Blogger & Influencer Jana Income USD di Intellifluence

Assalamualaikum 


Harini aku nak share dengan korang peluang untuk korang menjana income dengan Intellifluence. Blogger, social media influencer semua boleh join tau. Macam aku, aku join as blogger sebab followers aku di sosial media sendu amat and engagement pun kurang. Nanti siapa yang nak bagi job haha. Aku tahu kewujudan Intellifluence ini pun dari review blogger jugak. Thanks blogger zazaiman ! 



Kalau korang rajin blogwalking, mesti korang perasan kewujudan badge nie di blog sesetengah blogger kan? Maksudnya diorang pun dah join Intellifluence ini. Aku join Intellifluence pada 25 Februari 2022 yang lalu. Agak terlambat sikit aku tahu kewujudan Intellifluence padahal blogger lain dah buat lama. Better late than never kan? Hehe. So far, aku dah buat 4 task dari diorang. Setiap task dibayar dalam USD. Lumayan kan? Boleh la lepas buat bayar bill internet >.<


Antara Task di Intellifluence





Ini antara task yang aku dapat dari Intellifluence. Kebanyakan task aku dapat pada bulan April. Bulan March takde task langsung. Yang paling latest, task pada 10 May 2022. Kesemua task April dah selamat dibayar. Alhamdulillah boleh la buat beli kelengkapan raya. Payment boleh transfer terus ke bank korang or akaun Paypal. Macam aku transfer ke Paypal sebab macam leceh pulak nak register akaun bank. Banyak pula info yang dia mintak. Cuma kena dua kali kerja la pulak. Dari akaun Paypal nak kena transfer ke akaun bank. -.- Korang jangan risau tau. Memang boleh dipercayai! 


Kalau kita tengok gambar yang aku screenshot di atas, task yang paling bawah completed on 2/4/2022, kemudian processed on 22/4/2022 (transfer ke akaun Paypal). Dalam masa 20 hari macam tu duit dah ditransfer ke akaun Paypal korang. 




Ini antara campaign yang still ongoing di Intellifluence. Kalau korang nak cuba apply untuk kempen-kempen nie, boleh sign up di intellifluence.com . Sepanjang 3 bulan register di Intellifluence, aku memang berpuas hati. Walaupun bukan semua kempen di Intellifluence tu aku dapat (mungkin rezeki orang lain), but still ada beberapa kempen yang diorang offer dekat aku. Payment pun lancar je takde sangkut sangkut. Yang paling best, dibayar dalam USD. Bayaran setiap kempen pulak tak sama tau. Ada yang USD5 sehingga USD200 pun ada.




Korang try la okay. Mana tahu rezeki korang di Intellifluence. Tekan je link intellifluence.com untuk sign up okay. Good luck korang!

0 Komen untuk "Blogger & Influencer Jana Income USD di Intellifluence"

Back To Top