Covid-19 Test & Prosedur Pelancong Masuk @ Keluar dari Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum, pada 1  April 2022 negara kita Malaysia sudah beralih kepada Fasa Endemik. Sehubungan dengan itu, sempadan negara Malaysia juga sudah dibuka dengan beberapa prosedur yang perlu diikuti oleh para pelancong yang ingin memasuki Malaysia, rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanahair atau rakyat yang ingin melancong keluar negara. Make sure korang study dulu tau apa prosedur untuk keluar atau memasuki negara Malaysia.

 

Prosedur Pra-Pelepasan & Semasa Ketibaan di Airport Malaysia

 

Pra Pelepasan di Airport Malaysia

 

1. Semua pelancong yang berumur 7 tahun dan keatas perlu menyediakan keputusan test covid-19 yang diambil 2 hari sebelum pelepasan.

2. Test covid-19 itu hanya valid untuk:

a. RT-PCR Test
b. RT-PCR atau profesional rapid antigen test (RTK-Ag) untuk pelancong dari Singapore
c. RTK-Ag jika pelancong baru sahaja sembuh dari covid-19 (6-60 hari sebelum pelepasan)

3. Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah (mengikut tahun kelahiran) dikecualikan melalui prosedur pra-pelepasan.

4. Jika result positif atau meragukan, sila postpone jadual pelancongan korang dan jangan pergi ke airport. Korang tidak akan dibenarkan sama sekali check in flight korang.

6. Korang yang baru sahaja sembuh dari covid-19, sila jalani ujian RTK-Ag dan membawa bukti pesakit covid semasa check in flight.

 

Semasa Ketibaan di Airport Malaysia

 

1. Pelancong berumur 7 tahun dah keatas perlu menjalani RTK-Ag within 24 jam dari ketibaan di mana-mana pusat kesihatan.

2. COVID-19 Breathalyser & RTK-Ag testing services juga terdapat di airport.

3. Pelancong yang gagal menjalani RTK-Ag within 24 jam perlu menjalani Digital Home Surveillance Order (HSO) sehingga test diambil.

4. Jika korang didapati positif, sila berhubung dengan COVID-19 case management protocol.

5. Keputusan ujian akan dimuatnaik ke MySejahtera oleh petugas kesihatan yang terlibat.

6. Semua kos ditanggung oleh para pelancong sendiri.

7. Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah dikecualikan menjalani ujian ketibaan.

8. Pelancong dari Singapore juga dikecualikan menjalani ujian semasa ketibaan.

 

Lakukan Ujian RC-PCR di eMedAsia

 

Korang yang masih lagi tercari-cari pusat kesihatan untuk melakukan ujian RC-PCR, jom daftarkan slot korang di eMedAsia. Melalui pengalaman member aku yang baru sahaja balik mengerjakan umrah pada bulan lepas, beliau perlu menunggu sekurang-kurangnya 4 jam bagi menyempurnakan test covid-19 di Airport semasa ketibaan. Dengan adanya eMedAsia, masalah ini sedikit sebanyak dapat kurangkan.

 

covid 19 test untuk pelancong ke malaysia

 

Apa Kelebihan eMedAsia

 

1. Menyediakan ujian saringan covic-19 – RTK test and PCR test dengan harga yang berpatutan

2. Menyediakan khidmat & rundingan kesihatan, terutama berkaitan covid, memudahkan urusan pelancong untuk menjalani ujian covid-19 dan menjimatkan masa.

3. Juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, ujian darah, dan banyak lagi berkaitan kesihatan.

 

Latarbelakang eMedAsia

 

1. eMedAsia dimiliki oleh HS Bio dengan kerjasama Koperasi Persatuan Perubatan Malaysia (KOOP) iaitu ahli kepada Malaysian Medical Associations (MMA)

2. MMA merupakan badan yang mendaftarkan pengamal perubatan di Malaysia.

3. eMedAsia mempunyai kira-kira 2,500 pengamal perubatan yang diiktiraf MOH diseluruh negara.

 

Virtual Covid Screening Tests dengan kerjasama CLEADOC

 

1. Tak perlu ke hospital atau klinik

2. RTK and PCR test boleh dilakukan anytime and anywhere yang korang selesa

3. Result verified by medical doctors & terus dikemaskinikan dalam aplikasi di MySejahtera

4. eMedAsia juga menyediakan perkihidmatan ujian darah dan diagnostik

5. Malah, eMedAsia sedang bersiap sedia menawarkan perkhidmatan insurans Covid-19 yang bakal dilancarkan pada penghujung bulan April 2022 ini.

 

Kemudahan buat Pelanggan eMedAsia

   
1. Korang boleh skip Airport Test Queue with Online Pre-Booking semasa ketibaan di airport melalui website mysafetravel.

2. Tak perlu beratur panjang dan bersesak-sesak di tempat saringan covid dijalankan.

3. Boleh kurangkan risiko terdedah dengan Covid-19 semasa beratur

4. RTK atau PCR boleh dilakukan ditempat anda (hotel) atau di klinik berhampiran

5. eMedAsia mempunyai lebih 2000 ahli berdaftar

6. Perkhidmatan yang memudahkan tapi harga yang berpatutan

7. Keputusan ujian tersebut akan terus dikemaskini ke MySejahtera oleh pekerja perubatan

8. Doktor perubatan yang diakui oleh MoH & KOOP MMA

 

Harga Perkhidmatan Covid-19 test di eMedAsia

   
Harga perkhidmatan RTK-Ag Profesional yang dilakukan di klinik:    
   
RM90 untuk bukan warganegara Malaysia   
RM70 untuk rakyat Malaysia

Sebarang maklumat lanjut mengenai eMedAsia, korang boleh layari portal web dibawah:


emedasia.com – medium utama untuk melakukan tempahan ujian RTK di klinik. Ia merupakan laman web utama dimana anda boleh mendapatkan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.    
   
traveller.emedasia.com- untuk menempah ujian RTK di panel klinik
   
mysafetravel.gov- medium untuk senarai semak untuk pelancong luar yang masuk ke Malaysia.

1 Komen untuk "Covid-19 Test & Prosedur Pelancong Masuk @ Keluar dari Malaysia"

terima kasih atas perkongsian

Back To Top