Kesan Covid19 Terhadap Rakyat & Pasaran Hartanah

Assalamualaikum

Ada tak dalam kalangan korang yang membaca entri nie masih berjaya menyelamatkan diri dari terkena covid19? Kalau ada, tahniah buat korang. Teruskan menjaga SOP tau. Aku sendiri tak terkecuali menjadi mangsa covid19. Aku kena pada tahun lepas iaitu dalam bulan December 2021, kategori 1 or 2. Bergejala demam, cirit birit, batuk & sakit tekak. 


Sekarang masih terasa effect bekas pesakit covid. Macam baru nie, aku pergi karaoke. Nyanyi 3 lagu je. Dada terasa berat semacam. Nak tarik lagu-lagu tinggi dah tak lepas huhu.

 

Kesan Buruk Covid19 terhadap Individu

 

Kita throwback pada awal-awal kedatangan covid19 di Malaysia. Pada March 2020, bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. So, memang semua duduk diam-diam bekerja & belajar di rumah. Sepanjang PKP, aku menetap di rumah family angkat aku di Banting. Rumah sewa aku di Putrajaya memang aku tak balik langsung. But sewa rumah memang tetap kena bayar ye walaupun tak duduk sana.

 

Kemurungan, Tekanan Perasaan, Gangguan Emosi

 

As for me, aku takde mengalami kemurungan, tekanan perasaan ataupun gangguan emosi sepanjang PKP. But, ada beberapa kenalan aku yang mengalami depression. Diorang berjauhan dari family, tak dapat balik kampung macam biasa, berseorangan di rumah tiada tempat untuk berkongsi masalah & sebagai membuatkan diorang stress & mengalami kemurungan. Sebagai kawan, kitorang lah yang bertanyakan khabar, selalu video call, whatsapp etc. Atleast diorang takde la rasa kesunyian sangat memendam perasaan.

 

Masalah Kewangan

 

Sepanjang PKP, aku sangat bersyukur sebab company tempat aku bekerja masih menjaga kebajikan pekerja. Tiada potongan gaji, tiada cuti tak bergaji etc. Sebab ada dalam kalangan kawan-kawan & saudara mara aku yang mengalami masalah kewangan semasa PKP. Ada yang gaji dipotong, yang berniaga paling teruk. Perniagaan tidak memberi keuntungan & tak dapat beroperasi seperti kebiasaannya.

 

Kehilangan Orang Tersayang

 

Tak kurang juga yang menghadapi dugaan kehilangan mereka yang tersayang seperti keluarga, saudara mara, rakan rakan sekerja, sahabat handai. Macam aku sendiri, kenalan sekerja aku juga ada yang telah meninggal dunia akibat covid19.

 

Ketakutan

 

Bila kerajaan mengumumkan akan mengadakan PKP, rakyat mula ketakutan. Masing-masing menyerbu pasaraya untuk membeli barang-barang keperluan harian untuk dijadikan stok. Tapi yang aku paling takut dan bimbang sepanjang PKP ialah bilamana angka kematian & angka mereka yang positif covid19 mula meningkat. Ini bermakna peluang aku untuk merentas negeri balik ke kampung lambat lagi untuk menjadi realiti. T_T

 

Pasaran Hartanah Mengalami Kemerosotan

 

Since aku bekerja dalam industri hartanah, aku ada mendapat sedikit info mengenai kemerosotan terhadapat pasaran hartanah terutama pembelian rumah. Keuntungan syarikat agak merosot sepanjang pandemik. Banyak projek tidak dapat disiapkan pada waktunya.

 

Antara sebabnya ialah,


1. Rakyat mula berjimat bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlalu. Cthnya, dibuang kerja, perniagaan yang tidak mendapat sambutan etc. Membuatkan mereka tidak berani mengambil risiko untuk memiliki hartanah dimusim pandemik.

2. Kenaikan kadar pengangguran di Malaysia juga menyebabkan permintaan terhadap rumah jatuh & pembeli juga dikatakan kekurangan wang untuk membuat pembayaran balik pinjaman perumahan.

3. Bank pula sukar untuk memberi pinjaman kerana risiko mendapatkan bayaran balik yang tinggi. Akibatnya, pasaran merudum apabila permintaan jatuh, tapi penawaran pula berlambak yang menyebabkan hartanah tidak dapat dijual di pasaran (overhang)

 

Jangkaan Pasaran Hartanah di Tahun 2022

 

pasaran hartanah dimusim covid19

 

Berdasarkan artikel dari Bernama yang bertarikh 8 Disember 2021, pada tahun ini iaitu tahun 2022, sektor hartanah mula menunjukkan kadar pemulihan yang baik dan secara berperingkat. Ini berikutan negara kita mula memasuki fasa endemik covid19 & kadar vaksinasi negara pula menunjukkan peningkatan yang baik. Begitu juga dengan pembukaan sempadan antarabangsa pasti menggalakkan kestabilan ekonomi seterusnya membaiki pasaran hartanah kearah yang lebih baik.

 

Untuk tahun 2022 ini, sektor hartanah akan lebih stabil & mula mengalami proses pemulihan. Antara sebabnya ialah

1. Kestabilan pasaran akan memulihkan minat pembeli

2. Jaminan pekerjaan yang lebih baik kerana negara sudah mengalami proses pemulihan yang agak baik.

3. Pemulihan ekonomi agak menggalakkan pelabur & mereka yang berminat untuk memilik hartanah

4. Kerajaan tidak lagi mengenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RGPT) bagi kediaman yang dijual pada tahun keenam & seterusnya. (Bajet 2022)

5. Program program mengenai hartanah seperti Kempen Pemilikan Rumah (HOC) juga mampu memperluaskan pasaran.

6. Peruntukan 1.5 billion untuk membina hartanah mampu milik bagi mereka yang berpendapatan rendah

 

Beli Hartanah 2022 Mengikut Kemampuan

 

Kata orang, ukur baju dibadan sendiri. Untuk memulakan pembelian rumah idaman korang, penting untuk korang mengetahui keadaan kewangan korang. Let say if gaji korang RM5000 sebulan, rumah berharga berapa yang korang boleh beli, berapa bayaran bulanan, kadar faedah,  and berapa ansuran yang korang kena bayar setiap bulan. Untuk membuat pengiraan, korang boleh ke website mortgagecalculator.

 

After dah yakin dengan kewangan korang, bolehlah cuba mencari iklan-iklan rumah yang terdapat di internet dan di sosial media. Makesure korang membuat keputusan yang betul semasa membeli rumah dengan melihat juga keadaan bentuk muka bumi, apa yang ada disekeliling kediaman korang. Lagi-lagi untuk jangka masa yang panjang. Kalau boleh cuba avoid membeli rumah dikawasan yang rendah bagi mengelakkan berlakunya kejadian alam seperti banjir besar, fenomena air pasang etc.

 

Kalau korang tanya aku nak berumah dekat mana? Aku mungkin akan membeli rumah di kampung halaman aku sendiri. Dekat kampung ada tanah sekangkang kera, so kalau diizinkan & umur yang panjang, bolehlah kita buat rumah atas tanah sekangkang kera itu hehe.

0 Komen untuk "Kesan Covid19 Terhadap Rakyat & Pasaran Hartanah"

Back To Top