Jom Main Video Game yang Mencabar Minda Korang

Korang pernah tak main game Spider Solitaire? Game yang susun-susun kad tu lah. Paling excited bila main game tu kalau kita menang. Mesti automatically keluar bunga api kan haha. Mengimbau kenangan betul. Aku kenal game Spider Solitaire masa zaman sekolah rendah lagi. 


Sampai sekaranglah dalam laptop aku pun ada lagi game Spider Solitaire cuma tak sempat nak main. Nak bukak laptop pun dah jarang sekarang sejak wujudnya handphone. Mana mahunya nak bukak laptop semata-mata nak main game Solitaire kan? Hehe

 

game solitaire secara percuma

 

Free Video Game di Solitaire.org

 

Sekarang korang dah boleh main game solitaire di handphone je tau. Tak payah susah-susah nak bukak laptop dah. Baru-baru ini aku ada jumpa satu website nie. Website yang mengandungi pelbagai game yang menarik. 


Game-game yang mencabar minda korang pun banyak. Nama website itu ialah solitaire.org. Game solitaire merupakan antara game yang popular di website nie. Apa best sangat main game di solitaire.org nie?

 

1) Korang tak payah download apps dekat phone. Just masuk website solitaire.org terus boleh main semua video game diorang. So jimat memory phone korang disitu. >.<

2) Korang boleh bermain menggunakan phone atau pc/laptop.

3) Game sesuai untuk golongan kanak-kanak mahupun dewasa.

4) Ada beberapa kategori permainan yang korang boleh pilih. Mostly permainan dalam kategori yang mencabar minda korang.

 

Game kegemaran aku di Solitaire.org

 

Selain game solitaire, korang juga boleh bermain game lain juga mengikut kategori game yang korang suka. Antara kategori game yang boleh korang main ialah puzzle games, mahjong games, hidden object dan banyak lagi. Aku dah cuba main beberapa game di solitaire.org. 


Ternyata games yang terdapat disana mampu membuatkan aku ketagihan ya. haha. Awas korang kalau nak main game di solitaire. Kalau betul-betul free baru bukak website diorang tau haha. tacod. –.-

 

1. Klondike Solitaire

 

game solitaire free best main

 

Of course WAJIB main game Solitaire nie. Bila dah lama tak main, skill bermain game solitaire aku pun dah tumpul. Entah bila la nak menang nie. Stress betul haha. But aku yakin suatu hari aku mesti berjaya memenangi permainan Klondike Solitaire ini –.-

 

2. Zuma Legend & Zuma Ball

 

game zuma main online free di solitaire org

 

Game Zuma ini pun antara game yang menjadi kegilaan gak nie suatu masa dahulu. Di website solitaire.org, aku main dua jenis game Zuma iaitu Zuma Legend and Zuma Ball. Kalau korang nak main yang versi mudah, korang boleh main Zuma Legend. Nak yang versi mencabar sikit, korang pergi main Zuma Ball. Macam aku lagi suka main Zuma Ball baru mencabar. >.< Kedua-dua game bertujuan untuk menguji kepantasan & kepekaan korang.

 

game zuma main free di solitaire

 

3. Cookie Monster

 

cookie monster main game free di solitaire org

 

Kalau korang pernah main game Pac-Man, game Cookie Monster diinspirasikan dari Pac-Man nie lah. Konsep permainan pun lebih kurang sama. Aku main game Cookie Monster ni dah berpuluh kali lah rasanya. But tak pernah menang walau sekali haha. Ingatkan main game boleh la hilangkan stress, tapi makin stress dibuatnya T_T

 

Selain 3 games yang aku ceritakan diatas, ada banyak lagi tau game menarik di solitaire.org. Untuk bermain di website diorang, korang tak perlu download apps segala. Just taip je solitaire.org di Google or tekan je link yang share di atas. Link setiap games yang aku main pun aku ada share diatas ye. Boleh tekan gambar games yang aku attached tu terus direct ke games yang aku main.

 

Okaylah korang. Aku nak sambung main Cookie Monster la kejap. Rasa macam diperbodohkan pulak bila main dah berpuluh-puluh kali tapi still tak menang haha. T_T

0 Komen untuk "Jom Main Video Game yang Mencabar Minda Korang"

Back To Top