Tempat Menarik di Johor–Pantai Minyak Beku & Tanjung Emas

Selain singgah makan di tempat makan best sekitar Johor, kitorang juga sempat singgah di beberapa tempat menarik di Johor iaitu di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat & Tanjung Emas, Muar. Adakah Pantai Minyak Beku secantik pantai-pantai di kampung halamanku Kuala Terengganu? Jom kita tengok. =D

Pantai Minyak Beku, Batu Pahat


Seingat aku, pernah datang Johor baru dua kali. Masuk ini kali ketiga. So aku tak familiar sangat dengan tempat-tempat menarik sekitar Johor. So, aku follow jela kemana diorang bawak. Sekali sampailah ke Pantai Minyak Beku ini. Korang yang suka tengok matahari terbenam, dekat sini la port yang sesuai.

tempat menarik di Johor Pantai Minyak Beku
Kalau nak berkelah, minum petang, better bawa makanan sendiri sebab tak banyak sangat orang berniaga. Ada 1 – 2 peniaga je. Tapi tak tahu lah kalau hari lain meriah. Kitorang pergi sana Jumaat petang. Mungkin Sabtu pantai ini lagi meriah kot dengan pengunjung? Wallahualam. iols tak tahu ler. Ingatkan ada lah orang meniaga jagung manis ke, jagung bakor ke, sate ikan ke, teh ais kaw ke, goreng-gorengan ke macam Pantai Batu Buruk di Terengganu tu haha.


sunset Pantai Minyak Beku Johor

Sebenarnya ada satu port yang kita kena hiking sikit then nampak view pantai yang indah sebab member aku pernah tengok kawan dia post gambar. Tapi tak sure dekat mana. Nak explore pun hari makin petang. Sempatlah rehat-rehat petang sambil menikmati angin pantai & bergambar latar belakang sunset. =D 

Tanjung Emas, Muar


Sebenarnya kitorang datang ke Tanjung Emas, Muar nie sebab nak makan asam pedas dekat food court Tanjung Emas tu. Sekali kedai asam pedas tu tutup pulak. Keciwa kan? Hmm. Best gak lepak sini sebab angin dia kuat. Rasa segar badan.

tempat menarik Johor Tanjang Emas

Kitorang datang sini hari Sabtu depa cuti kan. Ramai la warga Johor & pelancong tempatan ambil angin petang dekat sini. Okay lah lepak petang kat sini dengan family & kawan-kawan. Diorang sediakan bangku untuk pengunjung duduk.


tempat menarik di Johor Tanjung Emas

Kalau korang suka mandi air terjun, boleh ke baca pengalaman aku ke Air Terjun Kota Tinggi. Itu sajalah tempat menarik sekitar Johor yang sempat aku singgah sepanjang dua hari di sana. Semoga panjang umur boleh lagi jalan-jalan melawat tempat menarik Johor yang lain. InshaAllah.

Sekarang ini pandemik COVID-19 semakin menular. Duduk rumah jela ye semua. Jangan gatal-gatal nak pergi jalan-jalan cuti-cuti Malaysia. –.-
0 Komen untuk "Tempat Menarik di Johor–Pantai Minyak Beku & Tanjung Emas"

Back To Top