Resepi Ikan Singgang Terengganu Mudah dan Sedap

Jom belajar resepi singgang Terengganu yang mudah & gerenti sedap. Ini resepi dari mak aku & akak aku tau. Of course lah original resepi dari Terengganu. Kitorang kan anak Terengganu. Aku rasa resepi singgang setiap negeri berbeza-beza. Depends on korang punya tekak lah singgang negeri mana yang paling sedap. 


Since aku kecil sampailah sekarang, mak memang hari-hari masak singgang tak pernah miss lah. Hari raya je takde singgang. Singgang nie favourite ayah aku. So, memang menu wajib! Lagipun cara penyediaannya senang je. Thats why la mak aku hari-hari pun boleh buat. =P


Resepi Singgang Terengganu


Jom kita mulakan!      


resepi singgang terengganu yang mudah dan sedap

Bahan-bahan Singgang Terengganu

Tak perlu banyak bahan pun. Bahannya cukup simple & confirm ada didapur rumah korang.

1) Ikan (tongkol, selayang (sardin), kembong etc) Aku nak guna ikan tongkol atau orang Ganu panggil ikan aye.
2) 3 ulas bawang merah (dihiris halus)
3) 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
4) Kunyit hidup sebesar ibu jari (dihiris halus)
5) 1-2 cubit kunyit debu
5) Lengkuas sebesar ibu jari (dihiris halus)
6) 2-3 asam keping
7) Cili padi (Yang suka pedas letak la banyak)
8) Garam, gula & perasa
9) Kacang bendi (tambahan)

Cara Penyediaan Singgang Terengganu

Bila dah sediakan bahan-bahan seperti di atas, jom kita mula memasak.

1) Panaskan dalam anggaran 1 liter air.
2) Kira-kira air dah menggelegak, masukkan bahan 1 –7.
3) Masukkan pula sedikit garam, gula & perasa. Macam aku letak gula & garam je. Gula letak sikit je sebab aku tak suka singgang yang manis. Kalau korang suka manis, haa letak jela ikut selera tekak masing-masing. Ada juga orang letak ajinamoto tapi ajinamoto bahaya untuk kesihatan. So aku tak letak.
4) Masukkan sayur kacang bendi buat penggemaran kacang bendi.
5) Make sure ikan korang betul-betul masak tau baru tutup api gas.
6) Sedia untung dihidang.

resepi singgang ikan tongkol yang sedap


Simple je kan resepi singgang Terengganu nie. Mungkin cara penyediaan orang lain tak sama dengan aku. Aku style koboi je semua dicampak. Kalau boleh bahan 1 – 9 tu semua nak dimasukkan sekali haha. Just bahan yang digunakan make sure cukup ye. InshaAllah menjadi la singgang Terengganu korang. Kalau makan dengan budu atau sambal belacan, boleh bertambah-tambah nasi kot!


Selamat mencuba guys!
0 Komen untuk "Resepi Ikan Singgang Terengganu Mudah dan Sedap"

Back To Top