Skincare Routine Untuk Kulit Berminyak

Post kali ini aku nak share mengenai skincare routine untuk kulit berminyak yang simple. Actually aku bukanlah rajin sangat nak apply skincare routine nie but terpaksa la juga merajinkan diri bagi melambatkan tanda-tanda penuaan di muka –.-.


Aku pernah mendapat consultation dari pakar kecantikan. Bila dia scan muka aku, ada banyak jeragat (penuaan)., and kulit agak berminyak. Kulit muka macam tak kena dengan usia aku yang masih muda HAHA. Muda lah sangat kan -.- So dia recommend aku supaya menggunakan produk skincare untuk kulit berminyak dan jangan skip pakai sunscreen and amalkan skincare routine dengan cara yang betul. 


5 Skincare Routine yang Aku Amalkan


Ada 5 skincare routine yang aku amalkan sekarang untuk kulit aku yang berminyak & berjeragat. Korang yang jenis kulit berminyak boleh try amalkan tau. Korang boleh beli produk dibawah di drugstore kegemaran korang atau di Shopee kalau korang malas ke drugstore. Link Shopee aku dah share di bawah setiap produk. 


1. Pencuci Muka


Aku amalkan memakai pencuci muka dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Sekarang aku pakai pencuci muka dari Eucerin iaitu Eucerin Pro Acne Solution. Aku ada tulis review ikhlas mengenai produk nie. Korang boleh baca di review Eucerin Pro Acne Solution



produk eucerin untuk jerawat




Korang kalau jenis kulit berminyak dan berjerawat, boleh try produk ini okay. Untuk aku, memang berkesan Alhamdulillah. Make sure pakai produk pencuci muka yang sesuai untuk masalah kulit muka korang. 

2. Oil-Control Toner 


Actually sebelum ni aku tak pakai pun toner dekat muka. But beautician bagitau awak kena pakai toner untuk control masalah oily skin awak and mengatasi masalah kulit muka. Sekadar mengikut saranan beautician, aku pun pergi la cari toner di drugstore. -.- 






Terbeli la toner nie. Katanya sesuai untuk oily skin. Toner pun jangan guna yang sembarangan okay. Toner yang aku pakai nie dari Clean & Clear and untuk oily skin. 


3. Niacinamide Serum 


Aku juga apply serum di muka dek kerana terpengaruh dengan video-video di Tik Tok. 😂 Serum kena apply after ko apply toner. Nak tahu tak serum apa yang aku apply? Memang agak popular jugak serum ni. Harga pun boleh tahan. 






Ini serum dari The Ordinary. Dekat drugstore takde jual tau. So aku beli di Shopee je. Boleh beli dekat link yang aku share dekat atas nie okay. Korang hati-hati ya dengan produk yang tak original di Shopee. Make sure product original baru beli.


4. Moisturiser 


After dah pakai serum, aku apply moisturizer pulak untuk melembapkan kulit. Untuk moisturiser, aku pakai produk dari Aiken Tea Tree Oil. Kelebihan produk untuk perlindungan dari UV, kulit wajah yang berminyak & untuk mengawal pertumbuhan jerawat di muka. 


Cuma botol dia tak best. Botol jenis pulas kemudian calit tu. Aku suka botol yang picit-picit hehe. Harap nanti Aiken keluarkan packaging yang dalam botol pulak.



simple daily basic skincare for men


Link Shopee Aiken : https://shp.ee/b5r3dxf


Since aku tak berkenan dengan packaging dia yang agak tak mesra pengguna (haha) aku bertukar ke moisturiser dari Cormoderm pulak. Korang yang kulit berminyak kena cari moisturiser untuk oily skin tau. Contohnya produk Cosmoderm nie. 








Bagusnya produk ini ia mengandungi Niacinamide yang bagus untuk mengawal masalah hyper pigmentasi, memudarkan bintik-bintik hitam, mengecilkan liang pori, etc. Salicylic acid pula berfungsi mengawal pertumbuhan jerawat, pori tersumbat, blackheads, whiteheads, etc. 


5. Sunscreen SPF 50+ PA++++


Penggunaan sunscreen ini merupakan pengetahuan baru untuk aku. Aku pernah terbaca sumber dari beauty blogger/thread dekat Twitter (aku lupa dari siapa). Dia kata kalau tak apply sunscreen macam sia-sia je pakai facial cleanser, scrub sebab nanti lambat memberi kesan. 


Kulit still terdedah dengan sinaran UV sebab tak apply sunscreen. So, gigih lah aku duk cari sunscreen nak lumur dekat muka aku. 






Sekarang aku pakai product Biore Uv Aqua Rich nie. Haritu aku tertengok sorang penyanyi nie duk apply sunscreen ni masa tengah live. Ramai pulak yang komen kata sunscreen nie best. Itu yang aku pun terbeli sama 😑


Baru-baru nie aku ada buat review mengenai satu sunscreen dekat Tik Tok. Bagus gak sunscreen tu. Since sunscreen Biore Uv aku pun dah habis (kau nampak gambar dekat atas tu dah kemek bekas dia aku picit😂) aku apply jela dulu sunscreen yang aku review tu. Harga dia pun okay. 






Rutin skincare diatas merupakan 5 step yang aku lakukan setiap hari mengikut urutan. Dari pencuci muka - toner - serum - moisturiser - sunscreen. Selain 5 step ini, aku juga apply chemical exfoliator & peeling solution. 


Toning Solution & Peeling Solution 


Product toning solution (chemical exfoliator) & peeling solution ini aku apply 1-2 kali je seminggu. Tengok atas tahap kerajinan lah 😅. 


1. Glycolic Acid Toning Solution


Since aku tak suka apply physical scrub yang kasar macam pasir halus tu dekat muka, aku cuba pakai Glycolic Acid dari The Ordinary ni. Botol dia besar, tahan lama. Aku pakai dah setahun lebih rasanya belum habis pun lagi. Memang jimat gila. 


Bila aku apply di muka, ada rasa macam semut berjalan atas muka aku. Produk ini bertindak membuang sel-sel kulit mati, and membaiki tona tidak sekata. Hati-hati dengan seller di Shopee tau. Takut diorang jual produk yang tak original. Nanti tak berkesan rugi je duit. 







2. AHA 30% BHA 2% Peeling Solution 


Produk ini bertindak membaiki pori-pori kulit dan kulit muka yang kusam. Juga boleh mencerahkan & memulihkan kesan-kesan cela pada kulit wajah. Korang yang mempunyai kulit sensitif tak digalakkan mencuba tau. 


Nak apply pun hanya 1-2 kali sahaja seminggu. Bila apply dekat muka, jangan dibiarkan lama-lama. Just 7-10 minit kemudian bilas terus dengan air.  








Itu sajalah skincare routine aku yang tak berapa nak helok sangat nie. Aku nie bukanlah kata nak bagi kulit nampak flawless macam artis k-pop tu. Cukup sekadar dapat melambatkan tanda-tanda penuaan & kesan-kesan akibat sinaran UV makin hilang/pudar pun dah cukup. 


Yela muka nak pakai lama lagi kan inshaAllah kalau panjang umur. Mestilah kena jaga elok elok. Kahwin pun belum nie. tiber.


Selfie Sikit Hasil Apply Skincare Routine


Aku belanja sikit la selfie (no filter) kulit muka aku yang terkini. Jangan komen aku makin tembam okay HAHA. Susah dah nak dapat muka yang runcing mana dulu-dulu 😭





Nasihat aku, better korang beli produk dari drugstore instead of beli produk tempatan yang diragui ingredients-nya. Bukan nak kata produk tempatan tak bagus. Ada je yang bagus. Just kena berhati-hati & do some research sebelum nak pakai sesuatu produk.


Korang boleh terjah blog www.imanabdulrahim.com. Banyak update mengenai produk/cara penjagaan kulit wajah di blog beliau untuk dijadikan rujukan buat korang.
5 Komen untuk "Skincare Routine Untuk Kulit Berminyak"

Waaa nice tips wak.. Kita pun smalah malas gila nak pakai mask.. Selalu scrub n cleanser.. Sunscreen pakai pun sbb da apply mekap pakailah bnda alah tu skali hehehe

Scrub muka kita samalah Pijol.

mak ai detail nya dah mcm review produk dah haha.. bagus2 kena la jaga penampilan kan baru smart
www.sihijo.blogspot.com

mak ai detail nya dah mcm review produk dah haha.. bagus2 kena la jaga penampilan kan baru smart
www.sihijo.blogspot.com

Back To Top