Assalamualaikum.
Harini nak berkongsi dengan korang semua pengalaman manis kitorang bercuti 3 hari 2 malam melawat tempat-tempat menarik di Langkawi. Campur trip nie, dah 5 kali aku ke Langkawi hihi. Okay jom kita buat throwback sikit hihi. Korang boleh klik link dibawah kalau nak baca entry-entry berkaitan percutian ke Pulau Langkawi yang dah aku share.
- Percutian Pertama ke Langkawi
- Skytrex Langkawi
- 3 Hari 2 Malam di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi
- Tempat-tempat Menarik di Pulau Langkawi
13 October 2019 – 15 October yang lepas sekali lagi ke Langkawi. Kalini dengan staff dekat office. Ada lah dalam 33 orang staff yang join. Untuk entri percutian ke Langkawi kali ini, aku akan share part by part supaya takdelah blog bersawang sangat. Pandai kan aku? –.-
Tempat-Tempat Menarik di Langkawi
Jom kita mulakan!
Breakfast di Nasi Dagang Pak Malau
First stop kitorang after sampai di Langkawi ialah breakfast di Nasi Dagang Pak Malau. Famous nasi dagang di Langkawi. Ini kali pertama aku nak cuba. Selaku orang Pantai Timur, memang teruja nak cuba. Kita nak buat comparison wak hahaha.
Memang tak dapat dinafikan cantik sungguh ye view bukit-bukau & sawah padi di Nasi Dagang Pak Malau. No wonder penuh orang dalam kedai. Sampai tak cukup meja. Kitorang dahlah mai serang sebuah bas terus. \0/
Disebabkan group kitorang agak ramai, diorang macam tak dapat nak handle dengan sempurna. Ada yang tak dapat nasi and lauk. So kena tunggu masak dulu. Then meja pun tak cukup. Kena tunggu customer lain beredar dulu. As for me, Nasi Dagang Pak Malau nie biasa je. But kalau tanya member aku yang lain, dia kata sedap je.
Kami orang Terengganu nie nampak je kuah gulai dia dah tahu sedap ke tidak haha over pulak statement nie. Tapi memang betul boh. Color kuah gulai dia tak kick! Rasanya pun biasa je. Memang jauh lagi lah kalau nak compare dengan nasi dagang di Terengganu macam Nasi Dagang Atas Tol tu. *tiba-tiba rindu pulak nasik dagang ganung kitee
Kedai T-Shirt Langkawi
Dah settle breakfast di Nasi Dagang Pak Malau, kitorang singgah ke Kedai T-Shirt Langkawi. Tak jauh pun dari warung Pak Malau. Korang yang nak beli t-shirt murah-murah wajib singgah sini. Pelbagai pattern t-shirt korang boleh dapat dekat sini.
Pasaraya Billion Langkawi
Plan asal nak singgah bergambar di Dataran Lang. But disebabkan waktu tengahari, memang panas lit lit. Tak jadi group photo di Dataran Lang, kitorang ke Billion. Tempat shopping coklat yang pertama kitorang singgah. Nanti kami akan singgah lagi 2 – 3 tempat shopping coklat di Langkawi. Stay tuned tau kang aku update tempat mana yang paling best kalau nak borong coklat di Langkawi.
Harga coklat di Billion Langkawi okay tak?
Since nie tempat pertama kitorang shopping coklat, aku tak beli banyak pun. Just tengok-tengok harga and beli 2 jenis coklat je. Nanti banyak lagi tempat nak pergi nie haha. Harga coklat di sini lebih kurang je dengan tempat lain. Kalau tempat lain ada promo beli 2 dapat murah. Tapi dekat sini promo kurang. Kalau nak beli ubat gamat botol kecil, dekat sini lagi murah dari kedai jual minyak gamat tepi jalan tu.
Kedai Menjual Ubat Gamat
Kalau datang ke Langkawi, memang tak sah kalau tak singgah kedai ubat gamat kan haha. Trip sebelum ni pun wajib singgah kedai gamat. Gamat dekat sini kan murah & macam-macam produk gamat untuk pelbagai penyakit yang terdapat di sini. Memang rugi kalau tak beli.
Aku tak beli apa-apa pun. Minyak gamat yang aku beli 2 tahun lepas pun ada lagi dekat rumah tu aku beli 1 carton haha.
Lunch @ Restoran Selera Kampung
Kitorang singgah lunch di Restoran Selera Kampung. Memang menarik betul restoran nie. Banyak gila lauk pauk yang diorang sediakan. Ulam-ulaman, budu, sambal belacan, cencalok, tempoyak semualah ada. Sesuai sangat dengan namanya.
Ini lauk yang diorang sediakan special untuk kami semua. Kalau nak makan lauk lain kena tambah pakai duit sendiri. =D
Check In Adya Hotel, Chenang
Sepanjang 3 hari 2 malam di Langkawi, kitorang menginap di Adya Hotel, Chenang. Biasa je hotelnya. Bolehlah buat lena tidur sampai pagi hihi. Hotel betul-betul di hadapan Dataran Pantai Chenang. Memang syoklah cerita dia kan. Setiap malam jalan-jalan cuci mata area Pantai Cenang.
Pihak hotel juga menyediakan breakfast sepanjang menginap di sana. Malam terakhir ada bbq tapi agak kecewa sebab banyak lauk yang masin. Perapan bbq pun masin. Sayangnya tak boleh nak makan bbq banyak-banyak.
Semoga pihak Adya Hotel mengambil pengajaran dari kejadian ini supaya tidak berulang lagi untuk pelanggan lain ye. Sayanglah beb lokasi hotel dah strategik dah. Overall okay je menginap di sini kecuali kualiti makanan la tak berapa memuaskan sangat. Aku bab makanan nie cerewet sikit kalau tak kena dengan tekak.
Mangrove Tour Kilim Geoforest Park Langkawi
After check in hotel, bersiap pula untuk ke Mangrove Tour Kilim Mangrove Park Langkawi. Aktiviti ni aku tak pernah join lagi so agak excited jugak lah. Katanya Kilim Mangrove Park cantik! Jom kita tengok tang mana yang cantik sangat tu & apa aktivti yang kitorang buat di Kilim Mangrove Park.
5.28pm, kitorang dah get ready dekat jeti untuk memulakan tour Kilim Geoforest Kilim. Muka excited ye memasing. Ada jugak yang kelihatan cemas maybe tak biasa naik speed boat hihi. Kitorang dibahagikan kepada 3 group which is 3 speed boat lah.
5.40pm, kitorang dibawa melawat Gua Kelawar. Tapi takdelah besar mana pun gua macam Gua Kelam & Gua Tempurung tu. Bolehlah sekadar untuk belajar mengenali kelawar dengan lebih dekat. Unik ye sejenis kelawar nie. Sempat ye menggila dengan Kak Ayu dalam gua. –.-
After belajar mengenali kelawar, kita belajar mengenali ketam pulak. =D
Nampak tu Kak Ayu fokus bebenor atau buat-buat fokus sebab duduk sebelah tour guide handsome –.-
Then belajar mengenali jenis-jenis pokok di hutan paya bakau. Macam lawatan budak sekolah untuk subjek Geografi kan?. Nasib baik behave je semua dengar explanation dari Encik Azry. Kan seronok kalau zaman sekolah dulu-dulu cikgu bawa jalan-jalan macam nie. tibee.
Tempat Penternakan Ikan
After melawat Gua Kelawar, naik balik speedboat ke tempat penternakan ikan pulak. Dekat sini happening sikit. Kita diberi peluang pegang sendiri ikan & bagi makan dekat ikan-ikan. Seronok depa bagi makan siap pegang ikan pari ye. Ikan buntal pun kenapa la comel sangat haha. Sorry guys aku takde pulak ambil gambar dekat sini. Banyak ambil video je. Aku dah upload video kitorang di Kilim Geopark Langkawi di Youtube Channel aku. Jangan lupa tonton & subscribe ye =D gituu.
Melihat Sunset di Kilim Geoforest Park Langkawi
7.11pm, kitorang dibawa melihat sunset yang cantik sangat Masha Allah!
Thank you Kak Ayu tolong ambilkan gambar-gambar aku. Memang suka sangat nie bergambar background matahari terbenam. T_T
Thank you to Azry jugak selaku tour guide kitorang. Peramah dan lemah lembut orangnya. Semualah pasal Langkawi nie dia tahu. Terbaik! Ini geng yang satu boat dengan kitorang. Azry yang duduk tengah boat tu ye. But sorry girls semua dia dah tak available. =D
Bergambar di Mercu Tanda KILIM GEOFOREST PARK
7.22pm, hari pun hampir gelap. Kami sempat dibawa bergambar ke mercu tanda Kilim Geoforest Park. Since hari pun dah gelap, lighting kamera pun dah tak cantik. Maklumlah guna kamera phone je. Jadi lah gambar nie je ada sebagai kenang kenangan pernah datang ke Kilim Geoforest Park. =P
Dinner di Restoran Terapung (Aku lupa apa nama restoran tu lol)
7.33pm, kami dibawa ke restoran terapung iaitu di tempat penternakan ikan tadi. Aku lupa apa nama restoran. Ini macam candle light dinner pun ada nie. Berbumbungkan langit yang pekat, bulan & bintang, sambil ditemani lagu romatik. Chewah! Layan habis weh. Makanan yang diorang hidang okay la. Sedap jugak. Sate ayam dengan ikan bakar sedap. Ikannya fresh. Duk ulang alik ambil sate dengan ikan je 2 3 kali haha. Siap berebut sate dengan Kak Dot lagi –.-
Dah habis makan, tiba-tiba hujan pun turun. Right timing betul weh. Thank you Allah. So, masing-masing berlari anak masuk ke tempat yang beratap. Hujan stop around 8.45pm macamtu kot. Then baru kitorang bergerak pulang ke jeti. Best sangat dinner malam nie. Dinner yang paling bermakna & best sepanjang 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi. \0/
Jom tengok video kitorang di Kilim Geoforest Park Langkawi. Maaf la kualiti video tak berapa cantik. Maklumlah guna phone murah je. -.-
3 Komen untuk "3H2M Melawat Tempat Menarik di Langkawi 2019 : Kilim Geoforest Park Mangrove Tour"
Bestnyaa aktiviti macam .. Btw lawa gambaq .. Pakai camera apa eh .. Kalo nak jawab pm saya haha kalo jawab sini saya xperasan 😅
Mostly kamera phone je awak haha.
Bestnya tak pernah sampai ke sini lagi