Breakfast Nasi Dagang Atas Tol & Hiking Bukit Kluang, Besut

Ini cerita masa balik kampung cuti PRU-14 yang lepas. Aku, Mok Teh & Khamil (adik Mok Teh) plan untuk breakfast nasi dagang sedap di Nasi Dagang Atas Tol and pergi hiking di Bukit Kluang, Besut, Terengganu. Plan kemain lagi turun rumah awal pagi end up dalam pukul 7.30am baru gerak. Maklumlah malam tadi duk tunggu result PRU-14 la katakan hehe. Awat la susah sangat nak announce result pong. =p

Before hiking, kitorang breakfast dulu di Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 2. Cawangan 1 dengar cerita susah nak dapat meja. Korang warga Terengganu rasanya dah tahu akan kewujudan Nasi Dagang Atas Tol nie. Famous giler kot. Antara nasi dagang yang sedap & popular di Terengganu. Seriously WAJIB try kalau datang Terengganu. Kitorang sampai sini aroung pukul 8.15am, dah ramai orang beratur. First thing first kena cop tempat dulu ye. \0/

Nasi Dagang Atas Tol TERENGGANU

Almost 15 minit macamtu beratur baru tiba giliran aku. Selain nasi dagang, ada juga nasi lemak, keropok lekor goreng etc. Oh ya, teh tarik pun famous di sini. Kitorang order nasi dagang and teh tarik. Tengok nasi lemak dia sedap pulak aku order la 1 pinggan huahua. Dah lama tak makan nasi lemak ikan tongkol weh. Rindu amat!

gambar nasi dagang atas tol

To be honest, memang sedap nasi dagang di Nasi Dagang Atas Tol nie. Bila tengok balik gambar boleh meleleh air liur woi. T_T. Nasi lemak dia pun best. Since aku dah kekenyayang pekena sepinggan nasi dagang, tak dapat nak menikmati sangat nasi lemak dia. Teh tarik pulak memang ditarik cantik sampai meleleh-leleh buihnya. Rasanya macam teh tarik jela hehe cuma bila tengok buih dia tu mari geram pulak nak order.

gambar nasi dagang atas tol

Around 9.30am macam tu baru kitorang gerak ke Bukit Kluang, Besut dari Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa around 1 jam setengah. Dalam pukul 11.00am kitorang selamat sampai di kaki Bukit Kluang.

Kaki Bukit Kluang

Tunggu apa lagi. Jom kita hiking!

hiking di bukit kluang

Trails di Bukit Kluang biasa-biasa je. Untuk beginner macam aku memang takde masalah inshaAllah. Kalau nak compare dengan Bukit Broga, of course Broga lagi mencabar ye. Hiking santai-santai je nie. Sepanjang trails ada pokok kiri kanan. Kalau rasa tak larat, boleh berpaut di batang pokok & rehat dulu macam Mokteh hehe. Laluan pun teduh je cuma bila sampai puncak bukit jela panas terik. Kitorang pulak sampai puncak around 11.30am. Hampir setengah jam ye hiking. Itupun terpaksa berhenti banyak kali sebab keadaan Mokteh yang agak parah –.- Kalau tak dalam 15 minit macamtu dah sampai ewahh berlagak mung Apijol oi haha.

hiking bukit kluang

Nah aku belanja korang view yang sangat cantik di puncak Bukit Kluang. Sampai puncak pun dah nak dekat tengahari memang matahari atas kepala la jawabnya. Maybe after this boleh repeat lagi hiking di Bukit Kluang kita tengok sunrise pulak. =D

View cantik di puncak bukit kluang

Rasanya view di puncak Bukit Kluang nie paling cantik lah antara bukit-bukit yang terdapat di Terengganu. Boleh lawan view di puncak Bukit Batu Condong. Thats why la beriya ajak Mokteh pergi hiking sini. Thanks to Mokteh yang melayan je permintaanku hehe.

Puncak bukit kluang



Di puncak Bukit Kluang, ada pondok rehat. Dah penat bergambar rest dulu dekat pondok. Almost sejam juga lepak & bergambar sakan di atas puncak Bukit Kluang. Baru berbaloi kan hiking ke puncak lenguh-lenguh takkan nak lepak situ sekejap je kahkah.

3 Komen untuk "Breakfast Nasi Dagang Atas Tol & Hiking Bukit Kluang, Besut"

Awak orang terengganu ke? saya tak pernah makan lagi nasi dagang atas tol ni.ramai sgt org beratur.bukit kluang pergi dah.

Hiking tepi laut.. cantik pemandangan :)

uuish beratur orang nak pi makan situ.. konfem sedap da tu.

Back To Top