Medan Selera (Food Court) Best di Putrajaya

Kalau sebelum ini aku selalu makan petang di Food Court Presint 9 sebab dekat dengan rumah aku. Since sekarang aku dah duduk di Presint 11, port makan petang/malam aku pun dah beralih arah jugak. Aku suka makan di Food Court Presint 11 pulak.

 

Pertama of course-lah sebab dekat dengan rumah aku. Keduanya sebab makanan yang diorang jual ada yang menepati selera aku. Ketiga sebab ruang makan yang santai-santai, bersih & tak crowded sangat dengan orang ramai. Sejak usia makin bertambah nie, tak suka la tempat crowded ini. Lagi-lagi sekarang musim covid-19. Please la elakkan berada di tempat yang crowded. Seram!

 

Jom kita tengok apa yang terdapat di Medan Selera Presint 11, Putrajaya.

 

Medan Selera Presint 11, Putrajaya

 

Ada dalam lebih kurang 12 kedai di sana. Kalau nak compare dengan di Presint 9 lagi besar di P9 lah. But for me is still okay lah sebab apa yang aku nak makan biasanya ada je dijual di sini. Makan apa yang ada je wak. Kang terlalu banyak pilihan makanan boleh jadi rambang mata pulak nak makan apa tak tau nie.

 

tempat makan sedap di putrajaya

 

Kedai Char Kuey Teow

 

Sorry guys aku takde letak gambar makanan dalam entry kali ini. Maklumlah sampai je makanan terus ngap (ntah-ntah bismillah pun lupa haha). Aku sekarang dah kurang makan nasi waktu malam (baru 2 3 bulan ini je pun start kahkah). So, aku akan beli makanan selain daripada nasi lah. Konon nak diet. Tapi char kuey teow tuuu? hmm. :/


Aku dah lupa harga char kuey teow berapa maybe around RM5-RM7 kot tengok la korang nak yang biasa, kerang or udang. Amende la Apijol nie nak tulis entry tapi harga makanan pun lupa T_T

 

Rasanya takdelah sedap giler but boleh la makan. Ada lah rasa yang secukup rasa gitu. Aku bukanlah penggemar char kuey teow but kekadang mai rasa nak makan. =D

 

Kedai Aneka Masakan Panas

 

Kalau korang nak makan masakan panas macam tomyam, nasi/mee goreng, etc pun ada di Medan Selera Presint 11 ini. Rasanya ada dalam 2-3 kedai yang menjual masakan panas. Aku dah pernah order tomyam + nasi putih + telur dadar but tak berapa ngam sangat rasanya. Makanan bergoreng belum pernah order.  Selalu tengok orang order masakan panas nampak menarik je makanan diorang.

 

Kedai Selera Utara

 

Aku suka order bihun sup dekat kedai ini. Nabila pulak suka beli laksa penang. Aneka sup utara yang korang boleh beli macam bihun/mee/kuey teow then boleh pilih nak ayam/daging/perut/campur. Harga berbeza ye. Selain itu,  ada juga nasi ayam, royak mee, mee kari.

 

Kedai Nasi Ayam Goreng Kunyit

 

Seingat aku, kedai ini pernah bukak dekat medan selera dalam mall sebelah Dorsett Hotel Putrajaya but sekarang dah takde. Aku pernah la 2 3 kali makan sana orang beratur weh. Simple je dia jual nasi + ayam goreng kunyit + sambal + kicap. Ayam goreng kunyit dengan sambal dia tu yang special. Selain ayam, ada juga daging, udang, sotong. Harga berbeza. Rasanya dari RM6.00 kot.

 

Kedai Nasi Ayam

 

Kalau tak silap aku, ada 3 kedai yang menjual nasi ayam. So korang mempunyai option nak makan nasi ayam di kedai mana mengikut citarasa masing-masing –.-

 

tempat makan murah di Putrajaya

 

Nasi Ayam Hainan dalam gambar atas nie aku tak pernah try lagi sebab macam tak menarik pulak ayam yang dia display tu haha. Aku pernah beli nasi ayam dekat tepi kedai nasi ayam goreng kunyit tu je. Okay lah nasi ayam dia boleh tahan. Tapi staff macam busy je dekat dalam. Sokmo aku nak beli nasi ayam tapi takde orang nak ambik order aku. Kemudian aku berlalu pergi dengan rasa kecewa T_T

 

Nasi Ayam Berempah

 

Sebelah kedai Nasi Ayam Hainan ada kedai nasi ayam berempah. Aku tak pernah try lagi. Saya kan tak makan nasi waktu malam. Of course-lah tak boleh order nasi ayam berempah –.- But aku pernah order sup daging + nasi putih + telur dadar dekat kedai nie lols. Konon tak makan nasi. Tapi ini cerita dah lama before aku insaf T_T

 

Dapur Pak Boi

 

Kedai ini macam kedai baru. Dia jual nasi lemak, mee celop telur gedik, mee kari power, etc. Aku pernah beli mee celop telur gedik tu dengan harapan rasanya seakan-akan mee celop dekat kampung aku. Biasa mee celop ini dari belah-belah Kelate sana. Alhamdulillah aku berjaya habiskan semangkuk mee celop telur gedik. Harganya RM6.00. Kalau dia sediakan cili yang berkuah tu dengan limau nipis lagi mengancam kot. Chilli flakes macam tak kena pulak. Limau kasturi yang separuh tu diperah tak rasa sangat pun masamnya.

 

Actually boleh je nak mintak limau lebih or chilli flakes lebih cuma once aku dah duduk, malas dahlah nak bergerak hahaha. Oh, and maybe depa kena sediakan bekas set kicap/gula/garam tu kot. So customer boleh lah tambah perasa mengikut citarasa masing-masing gitu. Kalau kat kampung aku, camtulah diorang buat. Rindunya nak makan mee sup Nor Kampung Dusun T_T

 

bihun sup telur goyang

 

Roti John & Apam Balik

 

Kalau nak makan roti john, maybe jangan datang waktu petang time orang balik kerja sebab biasanya dah habis. Aku dah pernah try jugak roti john & apam balik nie. Tapi dah lupa apa rasanya. Kalau petang je roti john dah habis, of course la roti john diorang terkenal kan. Ada 2 pilihan size apam balik samada korang nak size kecil yang rangup tu or size biasa. Aku lagi suka saiz biasa tu je.

 

Kedai Burger & Takoyaki

 

Kedai Burger memang aku perasan sudah lama kewujudannya. But Takoyaki ini rasanya baru lagi. Sebelum nie kedai waffle, ayam gunting.

 

medan selera best di Putrajaya

 

Burger & Takoyaki pun aku dah pernah try. Aku suka takoyaki octopus & burger daging special. Rasanya 1 single set takoyaki (5 biji) harganya RM 5.00. Gebu jugak kejadiannya takoyaki itu. Kalau perut sebesar aku maybe boleh kenyang lah ambil 1 single set.

 

So, korang yang tak tahu nak makan mana di Putrajaya, boleh la cuba menjamu selera di Medan Selera Presint 11 nie. Waze jela okay. Btway, aku suka jugak breakfast dekat sana. Ada kuih muih, nasi lemak, lontong, roti canai pun ada okay. Aku suka roti canai dia kuah kari sedap. Tapi tak tahu lah sekarang ada lagi tak. Aku dah lama gila kot tak pi breakfast sana. Last pergi rasanya tahun lepas haha.

1 Komen untuk "Medan Selera (Food Court) Best di Putrajaya"

mee celop tu menakutkan rupanya bila nampak cili flakes banyak camtu...rupanya tak cukup gak ek cili flakes tu untuk seketul apijol

Back To Top