Pengalaman Hiking di Bukit Batu Putih, Port Dickson

Lama gila rasanya tak hiking. Last masa hujung tahun 2018 hiking di Bukit Bangkong. Lepastu start gantung kasut hiking hehe. Tahun 2017 merupakan tahun yang paling aktif hiking. Boleh tengok balik archive tahun 2017 aku ye kalau teringin nak baca entry mengenai hiking. Pengalaman hiking yang paling best mestilah masa mendaki Gunung Siku, Pahang. Masih terbayang-bayang dikepala kecantikan mossy forest di Gunung Siku. gituh. –.-

 

Alhamdulillah pada tahun ini diberi peluang mendaki Bukit Batu Putih, Port Dickson setelah sekian lama tak mendaki. Nasib baik tak semput & pitam. fuh. Nervous kita haha.

 

gambar di Bukit Batu Putih Port Dickson 

 

Kitorang sampai di Balai Penerangan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan lebih kurang 8.00am macamtu. After dah register semua, terus berjalan ke Rumah Api Tanjung Tuan melalui jalan tar. Laluan ke Rumah Api santai-santai je. Pukul 8.11am dah sampai rumah api.

 

Orang dekat sana bagitau dekat bawah Rumah Api ada pantai cantik. So, kitorang pun bergerak nak ke pantai yang dikatakan cantik itu. Laluan nak ke pantai tu laluan bertangga. Kena menuruni banyak anak tangga jugak ye. Bertabahlah semoga tidak semput & pitam. T_T

 

pantai cantik di port dickson bukit batu putih

 

Ini dia pantainya. Around pukul 8.35am dah settle menuruni tangga. Pencapaian yang sangat menyedihkan haha. Sayang betul tak bawa baju & seluar basahan kalau tak memang dah mandi dah nie. Aku dahlah sejenis yang tak boleh tengok laut cantik nie geram je nak mandi. Korang kalau datang sini make sure bawa baju basahan tau.

 

Dah puas mencuci mata menikmati keindahan pantai Tanjung Tuan, kitorang nak hiking ke Bukit Batu Putih. So, kena naik tangga balik ke Rumah Api and terus ke trek Bukit Batu Putih yang dihadapan Rumah Api. Trek ke Bukit Batu Putih takdelah mencabar sangat pun. Budak-budak pun ramai je hiking dengan parents masing masing. Maybe trek ke Bukit Broga lagi mencabar kot? –.-

 

mendaki bukit batu putih di PD

 

Nak ke puncak Bukit Batu Putih, kena mendaki laluan berbatu sikit. But jangan kuatir ya sebab depa dah sediakan tali untuk memudahkan korang semua. InshaAllah selamat pergi dan balik ye. Cuma kena waspada juga jangan suka sangat & mulut jangan celupar sebab ini pun macam hutan kecil. Laluan kiri kanan pokok-pokok besar. Jaga setiap langkah & perbuatan ye.

 

bukit batu putih PD

 

Around pukul 9.40am kitorang dah sampai ke puncak Bukit Batu Putih. Subhanallah memang sangat indah ye pemandangan dari puncak. Masing-masing duk cari port nak bergambar. Setiap sudut ada orang bergambar. Gambar aku sendiri pun asyik ada orang yang tak dikenali je interframe.

 

Aku expect nak bergambar betul-betul di tengah puncak. Since ramai sangat manusia, kita bergambar di tepi-tepi jela ye. Nasib baik port nie takde orang kacau hahaha.

 

4 Komen untuk "Pengalaman Hiking di Bukit Batu Putih, Port Dickson"

Boleh je mandi tu..Nanti dah naik, sepanjang jalan kering je baju tu



waaa akak dulu just turun ke pantai cermin aje..masa tu tak tau kewujudan bukit batu putih ni, kalo tak mesti nak hiking gak...next time bole masuk list..hihi

cantik tempatnyaa .. kalo saya terjun mandi jugak wak .. sebab nanti akan kering masa nak balik hehehe

wah..meanriknya baca pengalaman hiking you...teringin nak pergi jugak lepas2 covid ni...

Back To Top