Pengalaman Mendaki Gunung Siku, Pahang (Mossy Forest)

Harini nak share dengan korang semua pengalaman kami mendaki Gunung Siku, Pahang. Ini bulan lepas punya cerita tapi biasalah nak tunggu mood menaip tu datang ya rabbi. Mujur dia tak datang tahun depan –.-. So sementara ada mood nak menaip nie marilah kita menaip laju-laju.


mendaki gunung siku mossy forest 2017


Actually plan sebenar nak naik Gunung Irau. Dah dapat pun pakej ke Gunung Irau but guide (Apit nama dia) yang kami deal tu recommend suruh naik Gunung Siku je dulu pasal kami nie noob lagi, bukanlah kaki hiking yang selalu panjat gunung pun. Nie baru nak berjinak-jinak dengan hiking. Takut nanti pancit bila naik Irau wahaha.


Kami follow jela cakap Apit, naik je Gunung Siku dulu. Lagipun Gunung Siku ada juga mossy forest macam dekat Gunung Irau malah lagi cantik sebab ramai belum tahu kewujudan Gunung Siku nie katanya. ehe.


dav


Bertolak ke sana lewat malam, sampai sana around 5am and solat subuh di Masjid Kg. Raja. Thanks driver yang bersengkang mata drive dari Putrajaya ke Masjid Kg. Raja. Hujan lebat kemain sepanjang perjalanan. \0/


Dah solat and bersiap apa yang patut, kami breakfast di area surau. ada 1 kedai makan sarapan pagi dekat situ. Makan sikit buat alas perut and supaya badan bertenaga sikit. Kami nak naik gunung nie weh. 1stime nak daki gunung memang agak excited jugak lah. Sebelum nie hiking di bukit Broga je. Kalinie kita upgrade ke gunung la pulak. –.-


dav


Dah settle breakfast, kami terus bergerak ke Gunung Siku yang tidak berapa jauh dari surau tadi. Group kitorang ada dalam 30 orang jugak campur dengan guiders. Yang lain macam dah biasa hiking nie. Masing-masing bawa beg besar 30liters above kami bawa beg Quechua Arpenaz 10 je. Pastu duk pelik kenapa diorang bawa beg besar sedangkan kami bawa beg kecik berisi air mineral dengan roti and biskut je hihi.


laluan ke gunung siku mossy forest


Dari tempat parking kereta, kena berjalan ke kaki Gunung Siku melalui laluan pejalan kaki. Kiri kanan ada kebun tomato. Around setengah jam perjalanan, sampai lah dekat kaki Gunung Siku. Time nie pukul 8.30am macamtu. Memang cantik view kebun sayur kaki Gunung Siku. Dari sinilah nanti kami start mendaki around 400 meter ke puncak Gunung Siku. Ada sedikit briefing and bacaan doa selamat oleh the guider sebelum start mendaki.


sdr


Geng kitorang nie stamina bukanlah kuat sangat. Si Tayen tu siap ada masalah lutut lagi. So, kitorang mendaki pun leklek jela. sambil tunggu orang belakang. Datang sama-sama, sampai ke puncak pun of course lah sama-sama jugak kan. Nasib si Apit nie seorang guider yang sangat memahami cuma mulut dia jela agak laser tapi hati baik.


mendaki gunung siku mossy forest


Hampir 2 jam hiking, kitorang pun sampai jugak ke mossy forest. Masing-masing muka dah excited and keluarkan handphone. Dia punya mossy forest memang cantik bakhang. Macam dalam filem Lord of The Ring. Tapi tree beard (pokok raksasa yang boleh bercakap) takdelah dekat situ haha.


mossy forest lord of the ringIni mossy forest dalam Lord of The Ring


Mossy forest di Gunung Siku pulak, korang boleh scroll gambar bawah nie. As for me yang firstime sampai di mossy forest, memang aku agak kagum dengan keindahan alam dekat sana.


mossy forest cantik di gunung siku


Sepanjang laluan di mossy forest, kitorang duk bergambar je sampaikan si Apit sound sebijik “korang kalau 3 minit berjalan pastu bergambar, bila nak sampai dekat puncak?” camtu la bunyi ayat si Apit haha. \0/


mossy forest cantik gunung siku


Chill la Apit pun. Ingat senang ke nak sampai atas nie 2 jam hiking kot baru sampai. Haruslah bergambar kenangan dulu dengan mossy forest yang cantek sangat nie. Oh ya, special thanks buat photographer yang snap gambar-gambar di mossy forest nie especially Kak Dayah. The photos you captured are absolutely priceless.=D


jejaka kacak di gunung siku


Lebih kurang 1 jam hiking dari mossy forest, kami berjaya sampai ke puncak Gunung Siku. Fuh, bangga sekejap haha. Ketinggian gunung siku 1916m, but actually dari tempat parking kereta ke kebun sayur di kaki gunung itu pun dah lebih kurang 1500m. So tinggal lagi around 400m macam tu je nak sampai ke puncak Gunung Siku hehe.


dav


Sambil layan view dari puncak Gunung Siku, kami isi perut dulu dengan biskut and roti yang kitorang bawa. Guiders kitorang ada bawak makanan (nasi + paprik) boleh la rasa sorang sikit, siap buat air nescafe panas lagi atas gunung. Diorang dah bawa sesiap dapur gas kecik semua dah lengkap. So, fahamlah kami kenapa geng-geng nie bawa beg besar masa hiking haha gila noob kan. –.-


nfd


Sebelum turun dari Gunung Siku, haruslah group photo dulu. =D


puncak gunung siku 2017


Korang yang ada keinginan nak menikmati keindahan mossy forest di Gunung Siku, boleh PM Facebook Apit. Kitorang bayar dalam RM40/head.


Maybe lepas nie akan ada banyak update entri hiking pasal sekarang mood nak hiking membuak-buak pulak dah kenapa la. Semalam dah beli kasut hiking dekat bundle. Nanti nak beli seluar hiking pulak haha parah macamnie. \0/

11 Komen untuk "Pengalaman Mendaki Gunung Siku, Pahang (Mossy Forest)"

teringin nak hiking sini.. Wish list!!

Tanpa Nama
delete

Jelas x trail laluan, mudah sesat x

1916 tinggi jugak.penat xrasa2? Maklum la sebab situ cuaca dy sejuk kan

1st May 2018 Insha Allah ke sana

Ingin nak pergi lepad baca,trail clear tak,kalau tanpa guide ok ke?

lawa nya ��

Ade trip x utk bulan march ni

Hafiz.. Thanks so much for sharing about Gunung Siku..

Back To Top