Resepi Kuah Lodeh Yang Sedap (Lontong)

Kuah Lodeh bukan masakan yang popular di Terengganu so aku tak berapa familiar sangat dengan kuah lodeh sehinggalah kakak ipar aku yang berasal dari Johor masak kuah lodeh untuk hari raya. Mula-mula memang tak gemar sebab banyak sayur kan. Masa tu zaman sekolah. Aku memang tak suka makan sayur. Makan lodeh, tapi buang sayur yang aku tak suka. Pembaziran disitu ya.

masak kuah lodeh yang sedap

Baru beberapa tahun ini je aku mula menggemari menu lontong. Maybe sebab selalu breakfast lontong dekat cafe Pak Usop, KWP kot. Lontong Pak Usop memang popular dalam kalangan budak office. Lontong dari katering Puteri Bongsu yang selalu serve makanan dekat office time meeting pun antara sebab aku mula menggemari lontong.

Tapi lontong yang paling membuatkan aku teringat-ingat ialah lontong masa pergi raya rumah Ain. Seriously lontong paling sedap yang pernah aku makan. Ain kalau awak baca entry nie sila jemput lagi saya makan lontong dekat rumah awak bhahaha. :/ Oh ye, tidak dilupakan lontong sedap yang aku makan di Johor awal tahun lepas iaitu Lontong Warisan Haji Salim pun boleh tahan sedapnya. Korang WAJIB try tau kalau pergi Johor.

Antara menu utama Syawal pada tahun ini ialah kuah lodeh. Kemudian repeat lagi masak kuah lodeh pada minggu kedua Syawal sebab tak puas katanya. Bulan Syawal saje dah 3, 4 kali jugak buat kuah lodeh. Termasuk 1 tempahan untuk jamuan raya. Resepi yang digunakan semua sama je. Alhamdulillah ramai orang suka kuah lodeh ini.

Resepi Kuah Lodeh


Resepi korang mungkin berbeza dari resepi yang aku share nie. Kalau korang teringin nak cuba resepi aku, boleh cuba. Kalau resepi kuah lodeh korang lagi sedap and senang kacang je hek eleh, bolehlah share dengan aku resepinya. Nanti aku try buat okay. =D

Bahan-bahan Kuah Lodeh

*Menu kira-kira 10-15 orang makan

1) Bawang merah – 3 biji
2) Bawang besar – 1 biji
3) Bawang putih – 5 ulas
4) Serai – 3 batang (2 batang blend, 1 batang diketuk)
5) Cili padi – 7 biji (nak lagi pedas, letak lebih)
6) Cili besar hijau – 5 biji
7) Halia, lengkuas, kunyit – 1 inci
8) Udang kering – 1 genggam
9) Tempe – 3 plastik yang kecil (dipotong dadu, dan digoreng)
10) Tauhu – 6 keping (dipotong dadu, dan digoreng)
11) Kacang panjang – 1 ikat (dipotong pendek)
12) Carrot – 1 batang (dipotong halus anggaran sebesar batang mancis)
13) Sengkuang – 1 biji (dipotong kecil sama macam carrot)
14) Kubis – 1/4 bahagian dipotong kecil
15) Fucuk & suhun – Diletak sedikit sahaja nanti kuah jadi terlalu pekat kalau letak suhun banyak.
16) Cendawan hitam – 2 genggam (dipotong kecil)
17) Gula Melaka – 2 ketul
18) Asam keping – 2 keping
19) Udang segar – 1-2 genggam dibuang kulit
20) serbuk kunyit – 1 sudu
21) Air kosong – 3 cawan (kalau nak cair sedikit, boleh letak lebih)
22) Kiub ikan bilis - 3-5 kiub
23) Santan kotak – 1 liter (Jenama Kara best! )
24) Garam & gula secukup rasa
25) Daun limau purut (buang tulang) - 4-6 helai

resepi masak kuah lodeh sedap

Cara Memasak Kuah Lodeh


1. Kisar bahan 1 hingga 8. Bahan 8 iaitu udang kering dikisar menggunakan pengisar kering. Jangan campur dengan bahan kisar yang lain.
2. Tumiskan minyak, masukkan bahan-bahan yang dikisar.
3) Masukkan gula melaka dan asam keping & kiub ikan bilis.
4) Masukkan serbuk kunyit supaya warnanya kelihatan lebih cantik dan menarik.
5) Masukkan air kosong. Jangan lupa kacaukan perlahan-lahan ye apabila masukkan setiap bahan.
6) Masukkan serai yang ditumbuk tadi.
7) Masukkan santan.
8) Masukkan bahan-bahan 9 – 16. Masukkan bahan yang lambat empuk terlebih dahulu seperti carrot, sengkuang etc. Masukkan pula udang segar. Udang segar ini cepat empuk so takde problem pun nak letak lambat sikit. Masukkan juga daun limau purut.
9) Masukkan gula & garam secukup rasa.
10) Siap!

Kalau tengok pada cara masak, simple je resepi kuah lodeh nie kan. Tapi nak jumpa yang betul-betul sedap kalau makan dekat luar susah betul. Saya paling keciwa bila makan lontong di Restoran Teh Tarik Place. Menu lain seriously ada yang kena dengan selera and selalu juga repeat. But menu lontong awak sangatlah mendukacitakan saya selaku peminat kuah lodeh. :/ Haha tiba-tiba emo.

Semoga dengan resepi kuah lodeh mudah dan sedap yang saya kongsikan, dapatlah korang cuba dirumah ye.
0 Komen untuk "Resepi Kuah Lodeh Yang Sedap (Lontong) "

Back To Top