Assalamualaikum.
Harini nak share dengan korang pengalaman aku bercuti selama 2 hari 1 malam di The Taaras Pulau Redang. Since The Taaras ini bertaraf lima bintang, cukuplah sekadar bermalam selama satu malam sahaja hihi ukur baju di badan sendiri gitu T_T Itupun menginap di Hill Top je.
Hill Top ini macam bilik paling murah la dekat sana. Paling murah pun almost RM 1000 ye satu malam. Gulp!
Baca juga : Percutian Garden Suite Taaras
Percutian 2 Hari di Taaras, Redang
Feri bergerak dari Jetty Shahbandar, KT around 9.15am. Boleh tahan juga ye pengunjung nak bercuti ke Pulau Redang. Since still dalam musim Covid-19, kami diminta mengikut SOP yang disediakan seperti penjarakan sosial, check suhu, memakai mask.
Yang paling susah kita nak ikut of courselah penjarakan sosial tu kan. Mesti ada jugak yang cuba nak rapat. Saje je kan korang nie. –.-
Feri menurunkan penumpang ke Long Beach terlebih dahulu sebelum ke jeti di The Taaras Resort & Spa. Long Beach ini dah 2 – 3 kali aku pergi. Memang tak dinafikanlah keindahan pantainya mashaAllah beautiful sekali ya.
But, ini merupakan kali pertama aku bercuti di pulau yang terletaknya The Taaras. Seronok tengok video orang bercuti di The Taaras dekat Youtube.
Dekat situ ada perkampungan. So nanti bolehlah sewa motor pusing satu kampung. Nak cari makanan pun takde masalah sebab banyak je kedai makan yang diusahakan oleh penduduk kampung. Haha Awal-awal dah survey ye.
Tiba di Jeti Pulau Redang
Kira-kira pukul 11.15am sampailah kitorang di Jeti Pulau Redang. Dalam 2 jam perjalanan jugak. Fuh! Kelihatan staff Taaras sudah menunggu kami di jeti. Kami ke Taaras menaiki van yang disediakan. Dekat je jarak dari jeti ke Taaras tak sampai 10 minit pun.
Bilik Hill Top di The Taaras
Ini bilik Hill Top di The Taaras Redang. Nice giler cuma kalau view laut rasanya lagi perfect lah. Yang kitorang dapat nie bilik view pokok. Bersyukurlah ye muga ini je yang termampu haha. Nanti kalau ada duit lebih kita check in bilik yang bath tub mengadap laut tu pulak. *berangan dulu* –.-
Aktiviti seterusnya melepak je dalam bilik.
Rasa macam sayang pulak tinggalkan bilik yang mewah ini haha.
Kitorang memang dah tapau sesiap ye bekalan. Ini semua bekalan dari Nasi Dagang Atas Tol. Seriously korang kalau datang Terengganu wajib try nasi dagang dia. Sedap! Banyak juga kitorang tapau. Ada nasi lemak lauk ikan, pulut kuning dan semestinya nasi dagang.
Makanan dekat atas nie baru first round. Second round kitorang makan nasi dagang tapi lupa pulak nak snap gambar hiks.
Jalan-Jalan Pesisir Pantai
Around pukul 5.30pm baru kitorang keluar dari bilik. Pusing-pusing The Taaras, kemudian berjalan ke pantai. Besar juga ye Taaras ini. Siap ada gym sendiri. Villa pun ada tau. Berapalah agaknya harga satu malam villa tu.
Cantik pulak model tak berbayar yang tengah posing atas buai. Kita mintak izin post gambar awak dalam blog ye. =P
Kitorang memang tak plan untuk mandi manda di pantai pun. Nak snorkeling apatah lagi. Memang nak datang untuk berehat je konon lama dah terperap je di dumah after kerajaan umumkan PKP. But seriously memang sangat cantik pantai di The Taaras. Depa ada private beach sendiri kot.
Ronda Malam & Dinner
Malamnya kitorang sewa motor pusing kampung and cari kedai nak makan malam. So, dekat mana nak dapatkan moto? Korang keluar je dari pintu pagar Taaras, akan ternampak iklan-iklan motor untuk disewa. Seronok gak pusing pulau waktu malam dengan moto nie.
Angin malam dekat sana sejuk betul. Angin malam menampar pipiku. tibe.
Tapi masa kitorang pusing naik moto lalu depan kedai nie takde pelanggan pun. Sekali masa nak tapau burger, ramai pulak customer.
So kitorang assume mesti kedai nie famous. Lagi-lagi bila kitorang nampak van Taaras dekat kedai itu. Lagi kuatlah naluriku mengatakan bahawa mesti makanannya sedap. Lepas tu menyesal sebab kedai yang kitorang dinner tadi hampeh betul rasa makanannya. Sangat mengecewakan ye. T_T
Breakfast & Check Out Taaras Redang
Besoknya turun breakfast seawal 8.00am. Boleh tahan banyak juga makanan yang disediakan. Tak larat nak rasa semua. Mengenai makanan pula, pada pendapat aku yang lidah pantai timur nie, makanan korang biasa-biasa saje. Tempat breakfast dah cantik mengadap pantai.
Kalau korang jaga kualiti & kesedapan makanan korang, mesti lagi indah pagi saya pada hari itu wakaka.
Aku ada upload video di Youtube mengenai percutian 2 hari 1 malam di The Taaras Pulau Redang ini. Panjang giler video nak dekat 30 minit haha. Dasar pemalas. Kau ingat aku rajin sangat nak buat video part-by-part. =P
Nie dia video-nya.
Selamat menonton. Video buruk je. T_T
Selamat menonton. Video buruk je. T_T
Untuk booking penginapan di Taaras, korang boleh tekan link dibawah okay.
After dah booking, jangan lupa tempah feri ke Pulau Redang sekali tau! Boleh tempah di website sejahteraferry.
Selamat bercuti ! >.<
After dah booking, jangan lupa tempah feri ke Pulau Redang sekali tau! Boleh tempah di website sejahteraferry.
Selamat bercuti ! >.<
5 Komen untuk "2 Hari 1 Malam di Hill Top Room The Taaras Redang"
Cantiknya bilik dia.. View dekat situ pun lawa nak simpan duit lah nak mai sini heee
bilik sangat cantik. :)
Selamat menonton yaa hahaha =P
Yup memang cantik Yana. Berbaloii pegi hehe
Kitorang plan nak pi Redang tapi tak sempat kot tahun ni sebab bulan 10 nak tutup dah. Nak tido Taaras memang tak mampu tapi kitorang aim kat satu tempat yang orang kata makanan dia memang semua sedap kat situ..kalau betulla sedap, nanti kita up story dalam blog ye..