Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Yang Sedap

Sejujurnya aku bukanlah penggemar masakan asam pedas. Start mula belajar makan ikan masak asam pedas masa start bekerja after habis belajar. Member bawak pergi restoran asam pedas dekat Dengkil. Nama Restoran tu Restoran Bunga Cengkih. Sedap jugak asam pedas dekat situ. Bermula dari situlah jadi suka dengan menu asam pedas.
 
 
Aku pernah try asam pedas di Johor (dekat jetty apa ntah) boleh tahan juga. And pernah try beberapa restoran asam pedas di Melaka jugak. Boleh baca entry Pengalaman 2 hari di Philea Resort Melaka. Kalau pergi Melaka memang tak sah tak makan asam pedas. Entry 6 tempat makan best sekitar Johor pun ada aku mention pasal satu restoran asam pedas sedap di Melaka. Entry 3H2M Melawat Tempat Menarik di Langkawi ada aku cerita mengenai restoran asam pedas sedap di Langkawi. Lain restoran, lain rasa asam pedas diorang.
 
 
Kalau korang kerja di Putrajaya, korang boleh try makan asam pedas di cafe Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) pada waktu lunch. Ada satu kedai dekat situ asam pedas diorang boleh tahan. Pedas dia tu menyengat weh dan cukup rasa. Berpeluh aku makan. T_T
 
 
Sejak PKP, aku mula explore resepi-resepi baru. Antara resepi yang aku belajar termasuklah resepi asam pedas. Biasanya guna ikan siakap. Kalau nak save budget, guna ikan tongkol je sebab murah. Tapi ikan tongkol tak sesedap ikan siakap lah.
 

Resepi Ikan Siakap Masak Asam Pedas

 
resepi siakap masak asam pedas
 
Jom kita cuba resepi ikan siakap masak asam pedas. Resepi ini mungkin berbeza dengan resepi asam pedas korang. Rasa pun of course-lah berbeza jugak kan. Mana tahu lagi sedap keee hehe. =P
Hidangan untuk resepi ini kira-kira 2 ekor ikan siakap size standard. Pandai-pandai la korang adjust kuantiti ye kalau nak buat seekor ikan.
 

Bahan A (Tumbuk)

1) Ketumbar - 1 Sudu
2) Jintan Manis - 1 Sudu
3) Biji sawi – 1 Sudu
 

Bahan B (Blend)

 
1) Bawang Merah Kecik - 5 labu
2) Bawang Merah Besar - 1 labu
3) Bawang Putih - 7 ulas
4) Kunyit hidup - 2 inci
5) Lengkuas - 1 inci
6) Serai - 3 btg
7) Belacan - ½ inci (optional)
 

Bahan C (Blend)

 
1) Cili Kering - 15-20 tangkai bersamaan 3 senduk (Potong, buang biji & rendam dalam air panas, blend campur minyak sikit)
 
 

Bahan D

 
1) Bunga Kantan - 3-4 tangkai (dibelah 2)
2) Daun Limau Purut - 5 helai
3) Daun Kesum - 1 ikat
4) Tomato - 2 biji (Dipotong 4)
5) Bendi - 13 btg (dibuang pangkal)
6) Asam Jawa - 1 ibu jari (dicampur air dalam setengah cawan)
7) Gula Melaka – 2 ketul size kecil
8) Kiub Bilis - 2 kiub 
9) Garam & gula secukupnya
 

Cara Memasak

 
1) Panaskan minyak dalam ½ cawan, masukkan Bahan A. Selepas itu masukkan pula bahan B. Tumiskan sehingga naik bau & kekuningan gelap.
2) Selepas itu masukkan Bahan C. Tumiskan sehingga pecah minyak. Letakkan gula melaka & tambahkan air setengah cawan & ulang sehingga 3 kali.
3) Bila dah pecah minyak, barulah dimasukkan air asam jawa  diikuti daun kesum & daun limau purut. Masak sehingga menggelegak.
4) Tambah air mengikut kepekatan yang korang nak. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Masukkan bunga kantan, ikan siakap & bahan-bahan lain.
5) Jangan lupa masukkan sedikit garam, gula secukupnya.
6) Siap!
 
Selamat mencuba!
2 Komen untuk "Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Yang Sedap"

Sy suka asam pedas, suami plak xsuka dan xmkn. Jd malaslah nak masak..Ada skali teringin Beli lah jgk tapi xkena dgn selera hehehe

Mantap. Asam pedas ni jarang2 aku tolak klau jumpe 😆

Back To Top