Assalamualaikum,
Tahun ini ramai betul kawan aku kahwin. Kawan baik, kawan office semualah pakat nak kahwin tahun nie. Kalau sebelum nie aku update mengenai kawan baik aku kahwin dekat kampung, kali ini kenduri kahwin ex-officemate aku pulak di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Majlis pada 2 November 2019 yang lalu.
Aku rasa majlis kahwin ini yang paling grand yang aku pergi pada tahun 2019 ini. Memamng meriah betul. Dengan makanan yang superb sedap & pelbagai menu, dewan yang sangat gah & deejay majlis yang sempoi diiringi beberapa persembahan. Rasa seronok bila datang majlis kahwin ratu sehari pada kali ini lain macam kahkah.
Kawan aku buat majlis sekali dengan kembar dia. Sebab itu jugak la majlis kahwin ini nampak meriah betul. Korang yang tengah tercari-cari dewan untuk majlis kahwin, aku recommend boleh try Dewan Perdana Felda ini kalau korang mempunyai bajet yang lebih. Lauk yang diorang hidang seriously sedap memang tak mengecewakan. Dewan pun luas, cantik & selesa.
Inilah ex-officemate aku tu, Suraya Suhaili a.k.a Eli. Sekarang dah happy bekerja di tempat baru. Memang murah betul rezeki Si Eli nie. Dulu masa kitorang kerja satu office, dialah geng breakfast aku. Sekarang beli je, makan dekat tempat T_T haha.
Kalau ada apa-apa event dekat department kitorang, department trip, etc dialah yang jadi photographer. Pastu suka belanja kawan-kawan. Memang pemurah gila. Sebab itu lah rezeki mencurah-curah kot.
Buat Eli, selamat pengantin baru selamat melayari alam perkahwinan. Semoga mu sentiasa bahagia dengan Hafiz, bahagia di dunia hinggalah ke jannul firdausi. Sorry lambat sikit wish di blog nie haha. Nanti kalau aku rajin, aku update lagi mengenai majlis kahwin aku aku pergi haha. Padan duk update pasal majlis kahwin orang jela mu, majlis mu entah bila laa oii. –.-
1 Komen untuk "Majlis Kahwin di Dewan Perdana Felda, KL"
Waalaikumussalam. Tahniah buat Eli dan selamat pengantin baru 😁