Tempat Makan Best di Hutan Cafe, Cyberjaya

Setelah agak lama tidak bersiaran, akhirnya ada pun entry baru hehe. Kali ini nak share dengan orang mengenai tempat makan best di Hutan Cafe, Cyberjaya. Tahu kewujudan Hutan Cafe ini pun dari Kak Lin. Katanya mee rebus dia memang best. Sempat lah rasa sekali. Then second time kitorang datang sana, menu mee rebus dah takde. Sedih pulak :/


tempat makan best cyberjaya hutan cafe


Aku suka suasana di Hutan Cafe. Rasa nyaman je tempat makan ini sebab kiri kanan kedai ada pokok-pokok. Thats why la dinamakan dengan Hutan Cafe kot? Hutan Cafe agak jauh dari jalan utama. Then depan Hutan Cafe ada padang golf. Aku lagi suka makan di tempat yang tenang macam nie rather than makan di dalam mall yang sesak dengan orang hehe. Kitorang datang makan sini after balik kerja. Tak ramai sangat customer masa tu.


tempat makan best cyberjaya hutan cafe


Macam-macam menu yang terdapat di Hutan Cafe ini. Dari makanan asian, western, soup, snack, dessert etc. So korang boleh pilih menu apa yang korang suka mengikut selera tekak masing-masing. Jom tengok menu apa yang sudah kitorang cuba di Hutan Cafe ini.



Kuey teow goreng di Hutan Cafe seriously sedap! Memang berbaloi order. Tapi portion macam sikit pulak. Ke aku yang rasa sikit sebab enak banget kuew teow dia sampai tak cukup? Haha. No. Memang kecil portion dia ce tengok dalam bawah bawah nie haa.


tempat makan best cyberjaya hutan cafe kuey teow goreng


Mee goreng pun boleh tahan juga rasanya. Meriah dengan sayur-sayuran ye.


gambar mee goreng sedap


Korang juga boleh cuba mee kari diorang. Takdelah sedap sangat but boleh la tahan.


gambar mee kari sedap



Mushroom soup di Hutan Cafe agak mengecewakan. Mungkin boleh diperbaiki lagi supaya peminat soup akan jatuh cinta dengan menu soup anda . tibe –.-


gambar sup cendawan


Menu dibawah diberi nama Shakshuka. Pelik bunyinya kan? Terus rasa macam nak cuba sebab tak pernah dengar makanan apa nie awak? So korang pun order satu. Order satu dulu tau. Jangan tamak haloba. Kalau sedap, baru order lagi. Sekadar nak rasa boleh la order. Macam kacang pool pun ada tapi versi Eastern. Rasanya bhese-bhese je.


gambar menu shakshuka sedap


So, dimana lokasi Hutan Cafe ini ya? Kalau korang perasan, sebelah Majlis Perbandaran Sepang ada satu jalan kecil. Korang masuk je jalan tu sampai ke penghujung jalan. Jumpalah Hutan Cafe. Aku pun baru tahu kewujudan Hutan Cafe nie weh padahal tahun 2014 haritu kerja di Cyberjaya almost 2 years kot. Takde pulak orang perkenalkan dekat aku hehe. Kalau masih blur dengan lokasi Hutan Cafe, sila google maps ye.
Tempat Makan Best di Hutan Cafe, Cyberjaya Tempat Makan Best di Hutan Cafe, Cyberjaya Reviewed by Hafiz Hafizol on 23 October Rating: 5

7 comments:

  1. luas sungguh dan jarak antara table pun jauh. selesa betul. Dekorasi pun menarik

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Harga mahal sikit compare to kedai mamak hehe

      Delete
    2. Hafiz, sy nk tanya sesuatu pasal blogging. Kenapa dalam carian google, post title tak ada, yg ada blog title.. Sy post entry, lepas tu sy cari balik eentri sy tu dlm google. Entry saya muncul tetapi post title x de, yg ada blog title.. Knp ya?

      Delete
    3. Sy dah follow hafiz baru kejap td

      Delete
    4. Alamak saya x pakar sangat. Boleh cuba google dulu tgk cemana

      Delete

Powered by Blogger.