Menu-Menu Masakan Simple Untuk Anak Buah Pokjoe


Sekejap je dah masuk tahun 2019. Selamat tahun baru buat korang semua pembaca blog aku. Macam tak percaya rasanya seawal bulan Januari dah ada entry baru hehe. Actually aku draft entry ini pada tahun 2018 lagi. Tahun 2019 baru post weh. Tahun lepas beberapa kali jugak akak aku pergi outstation. Sebagai seorang pak sedara yang prihatin, of course aku akan menyediakan makanan untuk 3 orang anak buah aku especially for lunch & dinner. Breakfast normally diorang makan ringan -ringan macam roti atau biskut je. Dalam kepala dah fikir apa nak masak untuk diorang. Makanan yang simple & senang nak masak. And make sure tak pedas sebab diorang ni tak makan pedas langsung. –.- 




Antara menu yang berjaya aku masak sepanjang beberapa kali akak aku outstation pada tahun lepas ialah sup ayam, ayam masak lemak cili padi (cili padi ganti dengan lada besar haha), tomyam campur, tomyam putih, kuey tiaw goreng, mee goreng basah (resepi dari ig @khairulaming), nasi goreng etc. Allahu banyak juga ye haha. Sebelum ini aku pernah share dengan korang mengenai resepi tomyam campur dan resepi rendang ayam. So hari ini nak share beberapa menu simple yang korang boleh try dirumah ye haha kemain sekarang nak jadi blogger masakan pulak ye harap boleh se-popular Azie Kitchen –.- Actually ini untuk rujukan aku juga kang kalau nak masak menu ini lagi, boleh la rujuk blog sendiri gitu hehe.



Ada beberapa menu je yang sempat aku snap gambar/video & share dekat ig aku, @hafiz_hafizol. Yang lain aku tak share pun. Leceh kot sambil masak nak kena snap gambar video bagai nie. Tapi demi menaikkan engagement di instagram dan menunjukkan keriakan kononnya akulah seorang yang rajin masak, aku rajinkan diri sendiri update di Instagram haha. Nauzubillah semoga kita semua dijauhkan dari sikap riak tak tentu hala. Harini aku nak share dua menu je iaitu ayam masak lemak cili padi dan tomyam putih.




gambar anak buah makan

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi



Resepi ini aku main redah je tau. So, tak perlu nak compare dengan cara korang masak ayam masak lemak cili padi. Lain orang lain style-nya kan. Sebarang komen penambahbaikan, sila komen dibawah ye =D



gambar ayam masak lemak cili padi yang sedap


 Bahan-Bahan Ayam Masak Lemak Cili Padi

1) Cili padi, 3 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 3cm kunyit hidup (semua bahan ditumbuk lumat)
2) Ayam 1/2kg
3) Santan kotak kecil
4) 3 batang serai, 1 asam keping, sedikit daun kunyit
5) Sedikit air
6) Perasa – gula, garam

Cara-caranya

1) Masukkan cili padi, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup. Cili padi tu aku tukarkan dengan lada hidup pasal anak buah aku tak makan pedas. T_T
2) Masukkan 1/2kg ayam. Gaulkan.
3) Masukkan santan kotak kecil. Kacaukan.
4) Masukkan sedikit air supaya kuah tak terlalu pekat.
5) Masukkan serai, asam keping, daun kunyit.
6) Akhir sekali masukkan perasa – gula, garam secukup rasa.
7) Bila rasanya dah okay, kacau sehingga masak. Siap! Selamat mencuba.
8) Kalau korang nak tukar ayam dengan udang pun boleh. Kalau udang, aku suka letak last sekali sebab udang kan cepat masak.

Resepi Tomyam Putih



Resepi kedua, tomyam putih. Sebelum ini pernah buat tomyam campur. Ini firstime nak try buat tomyam putih. Aku suka buat tomyam sebab simple gila. Campak-campak je dah siap. Amboi haha. Lagi satu, dalam tomyam ada semua. Boleh letak ayam, seafood, sayur. Tak payah nak masak lauk sayur lain dah sebab dalam tomyam boleh letak sayur banyak-banyak –.-


Bahan-Bahan Tomyam Putih

1) 3 biji bawang merah & 3 ulas bawang putih
2) 500g ayam
3) 3 batang serai
4) 3 biji cili padi (nak lagi pedas, letak lebih)
5) 3cm Lengkuas
6) 4-5 cawan air kosong
7) 2 ketul kiub pati ayam
8) 3-4 biji limau nipis (diperah)
9) Sayur (kubis cina, bunga kubis, cendawan, tomato, carrot, etc)
10) 3 helai daun limau purut

11) Sedikit garam 


Cara-caranya


1) Tumiskan bawang merah & bawang putih yang sudah dipotong halus.
2) Masukkan 3-4 cawan air. Kalau nak banyak kuah, letak la lebih sikit.
3) Masukkan 500g ayam
4) Masukkan serai, cili padi, lengkuas. Biarkan sehingga mendidih.
5) Masukkan kiub pati ayam 2 ketul. Kacaukan.
6) Masukkan sayur. Terpulang dekat korang nak masukkan sayur apa mengikut kesesuaian. Macam aku suka letak kubis cina, bunga kubis, carrot, cendawan & tomato.
7) Masukkan perahan limau nipis. Kalau nak lagi masam, masukkan lebih.
8) Last sekali, masukkan garam secukup rasa. Done!

9) Biasanya step 4 – 7 aku main redah je. Tak ikut turutan pun. Asal ada rasa tomyam dah cukup bangga rasanya haha. \0/




gambar menu simple bujang masak



Mangkuk putih dalam gambar diatas, tomyam putih yang aku masak. Yang belah kanan dalam bekas tu ayam masak kurma jiran sebelah bagi. Selamat mencuba guys. Kita sebagai seorang lelaki kena tahu juga memasak ye. Kang boleh masak dengan isteri sama-sama didapur. Sweet sangat=D



3 Komen untuk "Menu-Menu Masakan Simple Untuk Anak Buah Pokjoe"

Wow.. menyelerekan. Hebat Di dapur yeh hehe

Wah.bangga saya tau awk boleh masuk dapur.

sape yg bertuah bdan dpt abam ni

Back To Top