Butik Kelengkapan Haji & Umrah di Setia Alam (Al-Kauthar)

Pada 15 Julai yang lepas, abang & kakak ipar aku telah mengadakan majlis pembukaan butik diorang iaitu Butik Al-Kauthar di Setia Alam. Butik Al-Kauthar menjual segala kelengkapan haji & umrah buat mereka yang bakal menjadi tetamu Allah di tanah suci. 


Butik ini dah banyak cawangannya di seluruh Malaysia. Kiranya ini cawangan pertama di Setia Alam lah. Selaku adik yang baik, of course lah aku support diorang. Maaf bang lambat pulak entry ni aku post wahaha. =P
 

Korang tahu tak majlis pembukaan butik betul-betul jatuh pada tarikh birthday aku hehe. Pandai abang aku pilih tarikh. Terus perasan konon diorang ada buat sambutan birthday aku sekali dekat sana. Tapi malangnya itu hanyalah sekadar angan-angan haha. =p


butik kelengkapan haji dan umrah di setia alam


Mak dari kampung pun datang majlis pembukaan ini. Tahniah bang dapat banggakan mak dengan pembukaan butik Al-Kauthar. Nak tunggu aku banggakan mak dengan kerjaya aku memang lambat lagi la jawabnya hehe. Takpe la masing-masing ada bahagian dia kan.


butik kelengkapan umrah di setia alam 2018
Dari Kiri : Kakak ipar, mak dari kampung, founder Al-Kauthar, besan mak & abang aku.


Masa majlis pembukaan, founder Al-Kauthar ada bagi sedikit ucapan. Aku datang lambat sikit so tak sempat tengok majlis perasmian oleh founder. Mak aku pun dijemput untuk berucap. Diorang duk share video di whatsapp group. Comel je ucapan mak dengan loghat Ganu dia. =p


Jom kita tengok apa yang terdapat di Butik Al-Kauthar Setia Alam. Basically, diorang jual kelengkapan haji & umrah untuk lelaki & perempuan seperti kain ihram, telekung, jubah, kurta, handsock etc. Sorry guys kuali gambar tak berapa cantik since aku screenshot gambar di Instagram diorang je hehe. Haritu masa pergi sana tak ambil gambar pun. –.-


butik alkauthar di setia alam 2018



butik alkauthar setia alam 2018



jubah cantik di butik al kauthar 2018


kurta di butik al kauthar 2018


Jom support business abang & kakak ipar aku guys. Nanti kalau korang nak mengerjakan haji & umrah, sahabat handai, saudara mara yang ingin ke tanah suci, jangan lupa recommend diorang supaya singgah ke Butik Al-Kauthar Setia Alam tau. Janji? Hehe.


Lokasi Butik Al-Kauthar Setia Alam : No. 61-GF, Jln Setia Perdana BA U13/BA, Seksyen U13, Setia Alam.


Since aku bukanlah owner butik, korang jangan la duk mintak diskaun dekat aku okay haha. Korang pergi sana mintak dengan abang aku. Untuk abang & kakak ipar, saya doakan business awak berdua sentiasa maju supaya dapat berkongsi rezeki dengan mak ayah & kami semua hihi. Mana tahu nanti boleh buka 2nd branch di Terengganu pulak ke kan inshaAllah. =D
Jemput follow instagram diorang juga.


2 Komen untuk "Butik Kelengkapan Haji & Umrah di Setia Alam (Al-Kauthar)"

Bulih la bukak cawangan kt ganu plok bleh saya handle.kahkah.

Buleh simpan buat recommend sedare mne2 yg nk gi mekah ni. Nice

Back To Top