Bulan Syawal lepas saje jela try buat rendang ayam. setelah duk google beberapa resepi rendang ayam mudah & sedap, tanya beberapa orang officemate (haha) akhirnya berjaya jugak buat rendang ayam and berjaya mendapat beberapa bakul pujian kahkah –.-. Ingatkan taknak pun buat entry resepi rendang ayam nie since baru buat sekali kan. Takut bila buat second time tak jadi. Habislah kena kecam haha.
Memandangkan baru-baru ini anak buah duk tanya “Pokjoe, macam mana cara nak buat rendang sedap yang Pokjoe buat haritu ye?”. Maaf nak. Pokjoe pun dah tak ingat apa yang aku campak haha. Sekali aku suruh je dia google blog azie kitchen tu =P. Since Pokjoe dah buat entry resepi rendang ayam mudah & sedap di blog ini, bolehlah dijadikan rujukan untuk anak buah or aku sendiri pun bila nak buat rendang lagi.
Resepi Mudah Rendang Ayam
Apa tunggu lagi, marilah kita mulakan. Resepi rendang ayam ni simple je. Aku bubuh bahan-bahan yang ada dekat dapur je and ada la beberapa bahan yang aku beli memandangkan dapur lama tak berasap pasal kakak aku sakan beraya kat kampung tinggallah aku dengan seorang anak buahku saje di rumah. Itu yang tiba-tiba rajin pula nak buat rendang –.-
Bahan-bahan Rendang Ayam
1. Ayam 1kg
2. Halia sebesar ibu jari
3. Kunyit hidup sebesar ibu jari
4. Bawang putih 6 ulas
5. Bawang merah kecik 12 ulas
6. Lengkuas sebesar ibu jari
7. Serai 4 batang (kerat halus nanti nak blend)
8. Cili kering segenggam
9. Cili padi 5 biji (x letak pun takpe sebab cili kering aku dah pedas rupanya T_T)
10. Daun kunyit 1 helai
11. Kerisik 1 paket kecil
12. Santan 1 paket kecil (aku tak guna santan dalam kotak sebab katanya kurang sedap)
13. Sedikit asam jawa (dibancuh) Kalau takde asam jawa boleh tukar asam keping
14. Sedikit gula melaka
15. Garam secukup rasa
Cara Penyediaan Rendang Ayam
1. Blend bahan-bahan no. 1 – 9 diatas.
2. Bahan yang di-blend tadi, masak sampai pecah minyak.
3. Hiris daun kunyit
5. Masukkan kerisik & daun kunyit + limau purut
6. Masukkan santan
7. Kacau sehingga sebati & pekat
8. Masukkan ayam
9. Masukkan gula melaka
10. Masukkan garam secukup rasa
11. Then pandai-pandai la korang bajet rasa. Make sure kurangkan manis & masin dalam masakan okay hehe.
Bila ayam sudah empuk, bolehlah angkat. Jangan biar kering sangat rendang korang kang tak sedap pulak nak makan dengan nasi impit. Aku suka rendang yang berkuah sikit sebab aku suka cicah banyak-banyak kuah rendang dengan nasi impit. Umphh!! Dap nyer oi!
Kalau korang google, actually macam-macam resepi rendang yang korang jumpa. Bahan-bahan pun ada yang lagi banyak dari bahan yang aku senaraikan di atas macam daun purut, asam keping, jintan, ketumbar, serbuk kari pun ada orang letak. Disebabkan aku malas nak pergi kedai cari bahan yang takde, aku redah jela guna je mana yang ada hehe.
Sekian sahaja resepi rendang ayam mudah untuk hari ini. Selamat mencuba ya. Ini resepi rendang versi dapur bujang je tau. Jangan la expect rendang ini sesedap rendang chef popular di Malaysia pulak. Yang pasti, budak office aku kelihatan sangat berselera bila makan rendang aku nie. Depa kata sedap. Taktahu la saja nak ambil hati aku ke apa kan. Anak buah aku pulak siap tapau nak bagi dekat kawan dia lagi. Allahu. Terharu pulak :/ haha.
2 Komen untuk "Resepi Rendang Ayam Mudah dan Sedap"
untung la pandai masak
sedapnya rendang ayam..terliur plak.