Tempat Makan Seafood Best di KL–Nice Catch Pavilion

Ada penggemar seafood tak disini? Harini nak share dengan korang mengenai satu tempat makan seafood yang best di Kuala Lumpur. Restoran ini baru lagi and aku pasti korang pun tak pernah dengar nama Nice Catch kan? Untuk pengetahuan korang, outlet Nice Catch yang pertama telah dibuka di Pavilion, Kuala Lumpur.

nice catch pavilion KUALA LUMPUR

Baru-baru ini aku dengan beberapa orang member telah datang menikmati hidangan seafood di Nice Catch, Pavilion. Sampai sana dah petang around pukul 6.00pm macamtu. Customer pun tak ramai maybe sebab restoran baru kan nanti bila dah famous confirm full house nie sebab menu seafood diorang pun boleh tahan sedapnya. Fuh,merecik!

nice catch pavilion KUALA LUMPUR

Uniknya Nice Catch, korang boleh tengok secara live diorang masak since dapur diorang dibahagian luar. Normally dapur dekat dalam kan? So, sambil menunggu makanan korang sampai, boleh la lihat sendiri chef di sana memasak. Nak tahu menu apa yang kitorang makan di sana? Lets check it out! =P

Wild Mushroom Crema Wild Mushroom Crema (Rate : 4/5)

Lobster Bisque Lobster Bisque (Rate : 4/5)

Peminat Lobster, wajib order Lobster Bisque & Canadian Lobster Roll nie. Seriously sedap sangat. Lobsternya yang fresh & lembut memang tak cukup la kitorang share 4 orang. Rasa sikit sorang jadilah ye. Bukan selalu boleh makan di tempat makan exclusive macam di Nice Catch nie. \0/


Kita zoom in sikit gambar Canadian Lobster Roll biar korang tertelan air liur!

Canadian Lobster Roll NICE CATCH PAVILION

Menu seterusnya, Captain’s Seafood Spread. Ikan salmon, sotong & udang yang digoreng garing. Siapa je yang tak suka kan? Cicah pulak dengan sos, memang mabeles! Menu ini didatangkan bersama corn dodgers dan fries seperti dalam gambar dibawah.

Great Ocean Fiesta at NICE CATCH PAVILION Captain’s Seafood Spread (Rate : 4/5)


Korang yang tak gemar makanan berminyak, boleh order Great Ocean Fiesta iaitu ikan salmon, sotong dan udang yang dipanggang (grill). Menu ini didatangkan dengan salsa rice dan 1 pot kupang rebus. Serious weh sedap sangat kuah kupang rebus tu ada rasa tomyam putih sikit and sedikit pedas. Memang kena sangat dengan selera kami semua.

Captain’s Seafood Spread at NICE CATCH Great Ocean Fiesta (Rate : 4/5)

Ini pula menu yang dinamakan Spicy Seafood Feast. Ada rasa pedas and manis-manis gitu. Kami pilih bahagian kaki king crab yang boleh tahan banyak juga isinya. Korang yang ingin mencuba king crab, this menu is highly recommended. Menu ini korang boleh pilih level kepedasan dia either Mild, moderate or extreme. Kitorang makan yang moderate je since aku sendiri pun kurang makan pedas. Yang moderate pun dah just nice tahap kepedasan dia. Kalau korang suka pedas punya orang, silalah ambil yang extreme tu ha. Kitorang siap tapau kuah dia tapi king crab alhamdulillah berjaya dihabiskan. =D

Yang bulat-bulat dalam mangkuk kaca tu Fried Mantou.


Penuh satu table! Memang kenyang & berbaloi sangat makan seafood di Nice Catch.

dav

Menu terakhir, mestilah dessert. Kitorang ambil dua dessert je kongsi 4 orang. Tiramisu Parfait dan Crunchy Cookie & Berry Parfait semestinya pilihan yang tepat. \0/



Muka masing-masing banyak happy ye sebab dah kenyang kan hehe.

 Makan Seafood sedap di Nice Catch KL

Thank you Nice Catch for having us. Nanti kalau mengidam nak makan lobster, king crab or seafood lagi nescaya kami akan terjah lagi lah korang. =P
Oh ya, mengenai harga makanan di Nice Catch pulak, of course harga standard Pavilion la. Pilihan seafood diorang pun bukan calang-calang. But, not to worry, diorang selalu buat promotion. Dapatlah rasa makan lobster and king crab secara berjemaah macam kitorang kan? –.-
Details mengenai Nice Catch (nak tengok harga, any promotion, senarai menu etc), kitorang boleh follow diorang di,


IG : https://www.instagram.com/nicecatch.my/
FB : https://www.facebook.com/nicecatch.my/
Website : http://nicecatch.my/
4 Komen untuk "Tempat Makan Seafood Best di KL–Nice Catch Pavilion"

Wah macam best. Nak try lah Pavilion kot dekat je dengan rumah ni ..

canggih manggih pulak menu dia tu.hidangan nampak sedap dan hebat.
JanjiKita

Syoknya makan seafood di tempat mewah ..

Back To Top