Bufet Ramadan 2018 di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

Lagi beberapa hari, kita semua akan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Masing-masing mesti sudah mula tercari-cari bufet Ramadan yang murah & sedap area tempat tinggal korang kan. Nak juga rasa berbuka di bufet Ramadan at  least sekali dalam bulan Ramadan pun jadilah hehe. Harini nak share dengan korang mengenai 1 bufet Ramadan yang best di Cyberjaya.=D

Baru-baru ini aku telah memenuhi undangan ke preview Bufet Ramadan 2018 di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Sampai sana around pukul 6.30pm. Sempatlah ambil gambar makanan and bergambar sekitar Verandah, iaitu tempat buffet Ramadan berlangsung. Memang cantik sangat Verandah nie depa hias bagi menampakkan konsep ala dalam taman. Siap ada bulan & bintang lagi. \0/

bufet ramadan di cyberview cyberjaya

Bukan calang-calang tau bufet Ramadan 2018 di Verandah, Cyberview Resort & Spa nie. Ada kira-kira 26 station yang menyajikan pelbagai menu masakan Melayu, Cina, Japanese, Korean, Italian, Spanish, Mexican dan juga makanan tempatan sendiri yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. =P

bufet ramadan di cyberview cyberjaya

Aku sendiri pun rambang mata nak mula dari mana dulu. Nak pilih makanan satu hal. Sudahnya ambil menu kambing bakar dulu + nasi Arab + Nasi Putih. Haa banyaknya + kahkah. Sebelah kambing bakar, ada pulak menu  favourite aku which is ikan patin tempoyak. Apa lagi mintak la 1 pot wahaha. Yang specialnya ikan patin di sini, korang boleh pilih sendiri ikan patin bahagian mana yang korang nak, then bagi dekat staff diorang untuk dimasak. Confirm fresh la kan! And Padu betul. Allahu terus teringat balik dekat ikan patin tempoyak tempohari. T_T

asam pedas dan masak tempoyak di bufet ramadan

Oh ye, sambil enak menjamu selera, korang juga akan dihiburkan & ditemani dengan persembahan Ghazal. =D

Antara station yang pastinya menambat selera korang di Verandah ialah,
  • BBQ Station
  • Laksa’s Station
  • Teppayanki & Okonomiyaki (Korean Dishes)
  • Ramen & Soba Station
  • Sushi & Shashimi Station
  • Oyster Station
  • Warung Udang & Ketam
  • Dim Sum & Steamed Station
  • Satay Station
  • Kambing Panggang Golek Station
  • Assam pedas & Masak Tempoyak
  • Signature Crispy Durian Rolls & Tau Fu Fa
  • Cendol & Kelapa Muda
  • Ice Kacang Counter
  • Ulam-ulaman & Condiments
  • Jeruk Buah-Buahan
  • Dessert (20 type)
  • 15 Type of Malay kuih
  • Beverage Counter
  • Dan banyak lagi nak tau kena datang sendiri =P

bufet ramadan di cyberview 2018

kalau dah namanya bufet Ramadan, confirm lah banyak gambar makanan je kan. Jom kita cuci mata dengan gambar makanan yang terdapat di bufet Ramadan 2018 di Cyberview sambil menelan air liur secara berjemaah. –.-




bufet ramadan cyberview 2018

kambing panggang di cyberview verandah 2018



gambar cupcakes sedap di bufet ramadan




Since begitu banyak pilihan makanan di bufet Ramadan Cyberview, aku just makan mana yang aku larat je. Tempoyak ikan patin memang aku target dari awal. Alhamdulillah tempoyak ikan patin di sana menepati citarasa aku. Sedap!



Selesai makan, kitorang terkejar-kejar untuk solat Maghrib. Ralik sangat makan sampai tak sedar dah nak masuk Isya’ rupanya Allahu. Pengajarannya, make sure korang solat dulu tau sebelum menjamah hidangan di bufet Ramadan mana-mana jelah. Takut nanti terlepas solat Maghrib. Kan dah rugi pahala puasa. =D

Korang yang teringin mencuba bufet Ramadan di Cyberview Resort & Spa, bolehlah walk in sahaja ke sana. Sebarang pertanyaan, korang boleh call 03-8312 7042/7041. Berikut harga yang ditawarkan di bufet Ramadan,

  • RM 149 – Dewasa
  • RM 75 – Kanak-kanak
  • RM 100 – Orang tua
  • RM 120 – Early bird voucher limited time (dewasa)
  • RM 45 – Early bird voucher limited time (kanak-kanak)
  • Sempena ulang tahun Resort yang ke-20 pada 20 May ini, mereka menawarkan diskaun sebanyak 40%
 
Sempena Ramadan tahun ini, jom kita berbuka puasa di Verandah, Cyberview Resort & Spa dengan family & rakan-rakan tersayang. Pelbagai juadah berbuka puasa melambai-lambai korang di sana. =P
3 Komen untuk "Bufet Ramadan 2018 di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya"

Macam menarik je dessert and aneka kerabu dia tu .. Wah nak try lah lama tak singgah Cyberjaya heheh ...

Tanpa Nama
delete

Saya pergi hari pertama @ 20 May 2018..seafood macam kurang fresh

makanan luar negara pon ada ye. macam best ni.
JanjiKita

Back To Top