Restoran Arab Best di Cyberjaya

Harini nak post pasal restoran Arab yang best di Cyberjaya. Mula berjinak dengan restoran Arab pun sejak tahun lepas kot. Masa kerja di Cyberjaya. Itupun sebab ada orang ajak. Kalau tak memang aku tak teringin pun nak cuba makan di restoran Arab. Orang cakap makanan di Restoran Arab mahal. Noob sangat kan. Padahal sedap kemain makanan di restoran Arab ini. Bukan setakat sedap, portion pulak memang besar. That’s why la harga pun agak mahal kot.  Order 1 menu, boleh makan 2 orang. Itupun kalau perut ko sebesar perut aku la hehe.


Restoran Arab Boleh Try di Cyberjaya



Sebenarnya memang banyak restoran Arab yang korang boleh cuba di Cyberjaya. Lagi-lagi area Neo Cyber. Banyak betul Restoran Arab yang terdapat di situ. Korang yang gemar makanan Arab, aku suggest cuba datang di Neo Cyber, Cyberjaya. Banyak pilihan Restoran Arab. Memang pening kepala nak pilih restoran Arab mana haa.


Antara restoran Arab yang aku telah cuba di sana ialah Restoran Sana’a dan Al Rayan. Kalau nak makan makanan Arab, memang akan pergi dua restoran ini jela.


Restoran Sana’a


My first expectation bila firstime datang Restoran Arab mestilah majoriti customers pun orang Arab LOL. Rupanya ramai nau customers melayu yang makan di sana. Chinese pun ada tau. Jakun pulak kita haha. Memang tak reti nak order apa. Order makanan yang murah tapi tempting (tengok gambar dalam menu). Sekali bila makanan sampai, portial dia besar betul. Dah terfikir nak tapau pun tapi boleh pulak habiskan semua. Power betul Apijol nie. –.-


Jpeg
Grilled Chicken

Grilled Chicken highly recommended! Ayam yang sangat besar & sedap. Memang puas hati makan.


restoran arab best cyberjaya



Bila tengok balik gambar-gambar ini, rasa terliur pulak. Korang tengok la portion dia tu besar kan? Ke aku je yang rasa banyak haha. Badan kecik macam aku ni boleh habiskan Kabsah Lamb bawah nie. Bila second & third time makan datang sini, dah tak larat nak habiskan semua. Terpaksa tapau makan pagi besok. T_T



restoran arab best cyberjaya
Kabsah Lamb


Dia punya nasi memang lain betul dari nasi kita. Tak tahu la beras apa yang diorang pakai. Beras Basmathi ke apa kan. Sangat sedap nasi dia. Makan nasi dengan lamb tu pun dah sedap. Lamb dia pulak punyalah lembut gila tak tahu la berapa lama dia rebus. Tak melekat pun celah gigi kita KAHKAH. Kuah dengan sambal cili tu aku tak berapa suka sangat. Tak kena dengan tekak aku. =P



makanan arab best




restoran arab best cyberjaya

Selalu kalau datang Sana’a, memang ramai je customers. Tapi services bagus. Takde tunggu lama sangat order.


Al – Rayan Restaurant


Makanan di Al – Rayan pun not bad. Sorry guys kita lupa dah apa nama makanan yang aku makan dekat bawah nie. Mana ntah aku campak receipt.


restoran arab best cyberjaya




restoran arab best cyberjaya




piza restoran arab
Tea Pot Mint & Al Rayan Piza



restoran arab best cyberjaya


So, apa Restoran Arab kegemaran korang? Share la dengan aku nanti boleh terjah. =D
15 Komen untuk "Restoran Arab Best di Cyberjaya"

Hmm alahai nasi arab,sabtu ni member nak belanja makan nasi arab kat jalan semarak,sempena birthday.Nampak cam best jer.Terliur jap hihihi...

pernah makan kat restorent saba di cyberjaya..sedap jugakk

Restoran Saba dah tak macam dulu, servis pun dah kureng, makanan yang dipesan tiada...tak tahu pula ada lagi restoran Arab yang lain

Cuba pergi Restoran Aroma Hijrah TTDI Jaya, Shah Alam... pergh...

sedapnya woii pahal makanan sedap sedap jauh ni hahahha

Sedap gilaaa.. nak jugaaa.. bawa la kesana ahaha

Untung betul tu member nak belanja hehe

Ok thank you Din tak pernah lagi makan kat sana. One day boleh try =D

try la makan di restoran Arab nie pulak kak oii hehe

Pernah makan sekali di cyberjaya, tapi lupa nama restoran tu

pernah pi saba..itu pun 2 tahun lepas :) waktu tu okay la sedap pagi..sekrg tak thu la

cik x prnah pi makan makanan arab.harga murah tuu standart berapa budget nak pi? ^_^

cik x prnah pi makan makanan arab.harga murah tuu standart berapa budget nak pi? ^_^

Back To Top