Baru-baru ini aku telah dijemput untuk mencuba makanan Thai & Vietnam di Viet-Thai Canteen, Cyberjaya. Di Viet-Thai Canteen, pelbagai pilihan makanan dari negara Thailand & Vietnam boleh anda cuba. Yang pasti, makanan tersebut mestilah lazat & diinspirasikan dari makanan sebenar dari negara tersebut. Tak sangka banyak juga rupanya makanan-makanan best di negara Thailand tu. Dalam banyak-banyak menu yang disajikan, somtam je aku familiar. Sadisnya seorang Apijol hehe. =P
Appetizer
Vietnamese Rice Paper Roll
Vietnamese Rice Paper Roll merupakan menu sempena Ramadhan. Korang akan diberikan paper rice & bahan-bahan. Kena buat sendiri okey. Firstly, basahkan paper rice menjadi lembut kemudian letakkan bahan-bahan diatasnya. Gulung macam popia gulung tu. Siap! Sedap okey.=D
Antara bahan yang digunakan didalam Vietnamese Rice Paper Roll
Gai Tod Hat Yai (Hatyai Fried Chicken Wing) – RM4.50 1 pair (2 pcs), RM8.50 2 pair (4 pcs)
Gai Hor Bai Toey (Pandan Chicken) – RM7.50
Tod Man Pla (Thai Fish Cake) – RM7.00
Dalam 3 menu di atas, aku paling suka Gai Hor Bai Toey. Memang cukup rasanya. Tertelan air liur balik dah bila tengok balik gambar nie haha. High recommended appetizer bila korang menjamu selera di sini ya.
Somtam
Somtam memang merupakan makanan Thai kegemaran aku. Lagi pedas lagi mengancam. But, for sure somtam di sini memang terbaik yang pernah aku cuba. Dia punya pedas & segala ramuan dalam somtam tu memang kena dengan selera aku. Nak belajar buat somtam sendiri la lepasnie. =P
Noodles
Usai mencuba appetizer di Viet-Thai Canteen, kami disajikan pula dengan hidangan mee yang cukup membuka selera. Aku memang penggemar makanan berkuah ini.
Pho Bo (Vietnam Beef Noodle Soup) – RM10.00
Pho Ga (Vietnam Chicken Noodle Soup) – RM9.50
Noodles Soup versi Vietnam memang agak berbeza dari sup kita khususnya dari segi ramuan, bahan-bahan & cara pembuatan tapi still mengancam rasanya. Kalau di negara Vietnam, diorang menggunakan pork (isu sensitif nih) tapi bila dah masuk negara Malaysia, ayam & daging digunakan. Daun kemangi digunakan untuk menambahkan aroma & bau sup lebih mengancam selera anda.
Siamese Laksa – RM8.50
Siamese Laksa pula menggunakan laksa yang lebih halus berbanding laksa di negara kita. Penggemar laksa kena cuba menu ini. As for me, laksa di negara kita juga yang lagi best. Tapi belum cuba belum tahu. Lain orang lain citarasanya kan.
Main Dish
Com Tam Cuu Nuong Xa (Vietnamese Grilled Lemongrass Lambchop) – RM12.00
Vietnamese Grilled Lemongrass Lambchop yang sangat lazat sekali (Highly recommended). Aku ratah lambchop je as perut aku dah penuh sebab ini merupakan menu terakhir yang disajikan. Sorry guys perut kita kecik tapi nafsu makan kita besar haha.
Com Tam Dui Ga Nurong Xa (Vietnamese Grilles Lemongrass Chicken Leg) – RM11.00
Untuk penggemar grill chicken, korang boleh cuba Vietnamese Grilles Lemongrass Chicken Leg. Cukup mengancam jugak. =D
Minuman
Ca’ Phe Den Nong (Vietnamese Hot Black Coffee) – RM3.50
Istimewanya Vietnamese Hot Black Coffee ini ialah cara hidangannya sebijik sama dengan cara hidangan di negara Vietnam seperti dalam gambar diatas ye. Gelas dibawah tu air yang sudah siap ditapis. Tambah susu sikit dalam tu kemudian minum. Sangat sedap dan memang jauh berbeza dengan kopi dekat warung tu. Datang di Viet-Thai Canteen memang rugi la kalau tak order Vietnamese Hot Black Coffee nie gua cakap sama lu. =D Boleh feeling ngopi di negara Vietnam gitu hihi.
Iced Tea – RM2.50
Tadi kita cuba Hot Black Coffee, sekarang cuba pula Iced Tea mereka. Memang terbaik, pekat & aroma tea yang sangat wangi (amboi). Walaupun pekat tapi tak kelat pulak. Sekejap je kita sedut. hew~
Itulah antara menu yang kami cuba di Viet-Thai Canteen, restoran makanan Thai & Vietnam yang best di Cyberjaya. Restoran ini baru beroperasi sekitar April lepas tapi sambutan orang ramai terhadap restoran ini sangat menggalakkan. Bukan sedang tau nak cari restoran halal yang menyajikan makanan sedap dari Thailand & Vietnam. Korang yang ingin mencuba menu yang best di negara Thailand & Vietnam, bolehlah ke Viet-Thai Canteen ini.
Yang syok, Viet-Thai Canteen ini dekat betul dengan office aku. Haruslah lepas ini datang lagi ke sini kan. Inshaallah.
VIET-THAI CANTEEN
No. 6, Block E, Jalan GC 4 Glomac Cyberjaya,
Cyber 12, Cyberjaya
Facebook : https://www.facebook.com/viet.thai.canteen
Telephone: 03-8322 6986
● Open: Monday - Friday » from 10:30am till 9.30pm
● Open: Saturday » from 10:30am till 7pm
● Closed: Sunday
● Email: [email protected]
P/s: Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, Viet-Thai Canteen menyediakan pelbagi promosi yang sangat best. Boleh terjah facebook diorang okey!
15 Komen untuk "RESTORAN MAKANAN THAI & VIETNAM BEST DI CYBERJAYA"
Hatyai Fried Chicken Wing tu menggoda selera. Saya suka Iced Tea.
salam
Nampak menarik tempat ni, ada masa nak cubalah makan dekat viet thai canteen ni! :)
fuh somtan... fav tu
cehhh terbaca post ni time bulan puasa plakkk
Perghhh! Tergugat iman weh ahha
ermm.nakkk. btw nice blog!
kopi dan teh ais tu nampak macam sedap aje.
Affordablenya harga dia! Kedai pun nampak cozy je.
Sedap weiii.
Jemput cuba . Gerenti puas hati hehe
Yup mmg selesa pun :D
nampak sedap..harga pom ok lahh..x der lah mahal sgt dgn harga di cyberjaya...
Fuhhh. Salah timing masuk sini. Lapar tengok makanan sedap sedap tu. Hahah
wow macam best je semua menu2 thai dan vietnam ni..Memang menggoda jiwa betul..mesti kena cuba ni
wah..bestnyer somtam mesty try ney... ;0