Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa 2015, Putrajaya

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa kembali lagi. Aku selaku warga Putrajaya mestilah tak akan melepaskan peluang yang hanya datang sekali setahun ini kan. Pesta belon kali ini bermula 12 Mac – 15 Mac 2015 di Monumen Alaf Baru Presint 2, Putrajaya.

 

 

Petang 14 Mac aku pun pergilah merempit ke Monumen Alaf Baru Presint 2 itu untuk melihat kemeriahan di Pesta Belon Udara Panas. Jalan jammed gila wa cakap sama lu. Kalau korang ada motor, better merempit jela kalau taknak stuck dalam jammed. 

 

 

Jpeg

 

Gila ramai orang datang ke Pesta Belon Udara Panas pada kali ini. Masing-masing sangat excited nak melihat belon udara panas terbang di udara. Aku pun excited sama. Tunggu punya tunggu, around 6.30 petang macam tu baru nampak seketul belon udara panas dilepaskan. heh

 

 

Jpeg

 

 

Aku expect boleh la tengok belon 4 5 biji belon udara panas  di udara, macam di Cappadocia tu. Rupanya dapat tengok sebiji je haha. Ingat nak stay sampai pukul 7 petang sebab kalau tengok dari tentatif program, acara sampai 6 – 7 petang. Tapi member aku dah nak masuk kerja kan. So balik jela dengan perasan sedikit hambar. Kemudian bertekad esok kena datang lagi seawal 7.00 pagi.

 

 

Jpeg

 

 

Maka, pagi 15 Mac tu kitorang pergi lagi sekali around 7.30 pagi macam tu & berjaya snap gambar diatas & tengok live belon udara panas dilepaskan. yeay memang kitorang jakun sikit pun. lulz. Ingatkan pagi-pagi kuranglah orang rupanya ramai juga. Tapi takdelah jammed macam petang semalam. Acara waktu pagi bermula jam 7.00 pagi sehingga 9.00 pagi.

 

 

Jpeg

 

 

belon udara panas putrajayaMuka excited boleh tengok belon udara panas O..O

 

 

Korang yang belum berkesempatan ke Pesta Belon udara Panas Antarabangsa 2015 bolehlah pergi petang ini pula okey atau kau terpaksa tunggu satu tahun lagi. Slot petang belon udara panas bermula 6.00 petang sehingga 7.00 petang. Selain itu, banyak juga aktiviti lain yang disediakan untuk para pengunjung. Semalam aku berpeluang melihat Diana Danielle perform. Cantik gila Diana. \0/

 

 

Details,

Twitter/Facebook/Instagram : @myballoonfiesta
Website :
www.balloonfiesta.com
Hastag : #myballoonfiesta

27 Komen untuk "Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa 2015, Putrajaya"

kyaaaaaaaaaa bestnyaaa mana aci :((((((
hihihi terpaksa lah qila tunggu bertahun lagi kot haha

jelesnyaaaaa. untung dok putrajaya. macam2 event ada.

mula2 nak g gak, pastu bila fikir kena cari parking bagai trus x jadi g.. tgok dr instagram orang jelah. HAHAHAH

jo, nampak mcm berisi je muka awok.haha.

Bestnya dapat pergi..Tak pandailah nak turun putrajaya guna public transport..

ramai tiketnya sehari je dah habis

bestnya... tak berpeluang datang tengok kali ni. kali terakhir datang 2 tahun lepas

alaaa,,bestnyer! dari dulu lagi kempunan nak g..waaaa..hhuu

untung la dapat tengok..aku nak p putrajaya pun xtau jalan..guna gps bawak entah jalan mana..hahaha

tahun depan pulak Qila. :")

Bukan tempat awk dgn Putrajaya pun dekat ke? heh

Awk pergi pagi pukul 7am memang senang parking waha

muka jela berisinya. badan tetap maintain keding . =D

Boleh naik train dr KL Sentral. :")

Tiba2 macam banyaknya belon.. Tapi time akak gi ari tu naharom seketoi pon tak jumpa.. Hahaha! Last2 balik sia2.. T_T
RosmizaAli.Com™

habih dah baq hang ...tak dan nak merasa nek belon panas hehe.

takde can aku nak g, nak naik kereta, kereta rosak, nak naik motor, hmmm... gerak hari ni, esok kot baru sampai... rasa 6 tahun dah aku tak g tgk benda ni.

seronoknya gi event macam ni!

meriah betul event macam nih...

oh orite dah boleh pulak... lambat rupanya... kalau saya ke pesta belon ni cuma nak amik gambar jer... tapi takkan naik belon tu... gayat ... takut sesangat...

tak poie ponnn,tak sempatttt,huk

nanges sebab tak dapat pegi. dan dan masa ni kena admit dekat hospital T.T

Kena pergi pepagi la sng sbb ada dgr member pergi xnampak pon belon....huhu

ramai gilos org pegi tgk belon panas ni. tp puas ati la walaupon ptg sebijik je yg naik terbang hihihi.

http://adawiyahakhbar.blogspot.com/

saya yg duk Pjaya pun sampai skrang tak sempat nk pergi tengok ....huhu

Back To Top