Resort Murah & Cantik di Pulau Langkawi

Pengalaman bercuti ke Pulau Langkawi pada tahun lepas memang satu pengalaman yang sangat manis untuk dikenang dah haruslah dijadikan antara kenangan manis sepanjang tahun 2014. Ingat lagi trip kedua ke Langkawi which is trip yang tidak dirancang telah menyebabkan berlakunya banyak pembaziran. Contohnya apabila memilih hotel murah di Pulau Langkawi. 



Disebabkan kitorang agak rushing, so pakat pilih je hotel murah yang available. Tapi memang kecewa gila sebab dapat bilik yang kecil, tak selesa, panas (aircond rosak lol), dan bilik air yang problem. Lastly, terpaksa keluar dari hotel murah tersebut kemudian sewa hotel lain yang agak mahal sikit tapi lebih selesa. Keselesaan itu sangat penting okey apabila kita bercuti.


Perdana Beach Resort Langkawi


Bercakap mengenai hotel/resort murah dan selesa di Pulau Langkawi, aku ingin recommend satu resort murah, selesa dan cantik di sana. Resort tersebut dinamakan Perdana Beach Resort yang terletak berhampiran Padang Maksirat, Pulau Langkawi.

resort murah pulau langkawi

Perdana Bearch Resort Langkawi menawarkan 2 bilik berhawa dingin bersama 2 bilik mandi serta ruang makan dapur yang boleh dimasak. Ruang tamu juga sangat selesa dan luas serta memuatkan sofa bed extra. Memang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga & rakan-rakan yang ramai jumlahnya. Kalau kata nak honeymoon tidak sesuai la aku rasa.

resort murah pulau langkawi_1Ruang tamu luas dan selesa, memuatkan sofa bed extra


resort cantik di langkawi  resort murah di langkawi
2 bilik berhawa dingin bersama 2 bilik mandi

Bagi aku, toilet/bilik air sangat penting dalam pemilihan hotel/resort. Kalau toilet pun kotor, saluran tersumbat, atau sempit memang tak best untuk melepaskan hajat kan? Dengan kemudahan 2 bilik air yang bersih dan selesa di Perdana Beach Resort, pastinya percutian anda bersama keluarga dan sahabat handai menjadi lebih bermakna. Nanti takdelah adegan berebut bilik air. Siapa yang nak mandi dulu kemudian mulalah terlambat ke Cable Car atau ke Island Hopping. =p

resort murah langkawi


Paling best di Perdana Beach Resort mestilah kemudahan kolam redang yang turut disediakan di situ. Bangun tidur pagi-pagi rasa malas nak mandi paip air, boleh terjun ke dalam kolam. Badan rasa panas lepas balik makam mahsuri , boleh terus terjun ke dalam kolam. Tak seronok lagi ke macam gitu? \0/


resort bajet di langkawi


Di Perdana Beach Resort juga, anda boleh menghirup udara pantai yang segar dengan air sepoi bahasa yang sejuk, boleh mencuci mata melihat keindahan pantai dan laut serta berhampiran sawah padi. Seorang Apijol memang sangat gemar pemandangan laut dan sawah padi. Mungkin lepas ini kita boleh cuba menginap di resort ini sekiranya bercuti lagi ke Langkawi.


resort cantik pulau langkawi

Details mengenai Perdana Beach Resort, Pulang Langkawi


1) 2 bilik berhawa dingin bersama 2 bilik mandi
2) Ruang makan dapur yang boleh di masak. Ruang tamu yang mempunyai sofa bed extra
3) Pemandangan laut dan suasana sawah padi.Berdektan dengan laut.Hanya 5 minit dari Airport Langkawi
4) 25 minit dari Jetty langkawi. 5 minit dari Underwater World, Pantai Chenang dan Cable Car.
5) Sesuai untuk family yang ramai. Boleh memuat sehingga 10-12 orang
6) Kemudahan kolam renang

Kadar Sewaan Harian & Tempahan


RM258 (hari biasa)
RM298 (peak season)

Untuk sebarang tempahan, pertanyaan, atau nak mintak diskaun (hehe) boleh call, mesej, whatsapp 017-4017108 (Bahar Hashim).

Lokasi Apartment


Perdana Beach Resort Langkawi
Lot 79, Jalan Kuala Melaka, Padang Matsirat
07100 Langkawi, Kedah.


Facebook Perdana Beach Resort Langkawi

Post a Comment

24 Comments

  1. best...boleh cuba bila ke Langkawi nanti.

    ReplyDelete
  2. boleh la nanti pergi langkawi stay resort ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi, jangan lupa review dekat blog haha

      Delete
  3. Wah wah best lah not that pricey wiwiwi
    Ala takyah nak tahun lepas sangat lah hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes bg saya mmg tak mahal jugak sebab boleh memuatkan 10 - 12 orang. Tong-tong duit berapa je seorang. :)

      Delete
  4. Adoi. Hang buat aku rasa tak keruan and nak bercuti terus! hoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom pergi Langkawi Fawzy. Boleh photoshoot dekat sana. hehe

      Delete
  5. Boleh tahan juga harganya...tapi berbaloi gak dgn kemudahan, keluasan dan lokasinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Lagipun boleh memuatkan 10-12 orang kot. Agak berbaloi dengan kemudahan yang disediakan. :)

      Delete
  6. terbaik promotion..view lawa sangat lah hafiz

    ReplyDelete
  7. kalau harga tu ..tak apa jika keselamatan dan keselesaan dijamin..

    ReplyDelete
  8. murah sikit harga dia kalau hari biasa tapi nan hado nya nak bercuti sekarang. kerja kerja :D

    ReplyDelete
  9. dah lama tak ke langkawi..

    ReplyDelete
  10. rindu langkawi! k hotel ada pool ni yang best!hehe

    ReplyDelete
  11. wah.. boleh tahan murah gak tu.. den tak pernah gi Langkawi lagi huhu.. bila tah nak jejak sana.. duiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah kan. Nanti dtg sini boleh cuba stay resort nie. :")

      Delete
  12. Wahh x pernh lgi kita ke langkawi. Tringin Sgt nak ke cna huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah one day, kalau panjang umur akan sampai sana. Boleh duk resort nie. Hihi

      Delete
  13. wooah. nanti kalau nak pi Langkawi lagi, boleh try kat sini. :D

    ReplyDelete
  14. Pijol...review utk honeymoon pls...hahaha

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbt.

    tempat makan macam mana ya sekitar Perdana beach resort?

    sedia breakfast dak? sbb dari segi harga boleh tahan murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak untuk sebarang pertanyaan mengenai resort, boleh contact terus no yang saya bagi dekat atas,

      017-4017108 (Bahar Hashim)

      Delete