Exhibitor @ KL CONVERGE! 2014

Pada 17-19 September yang lepas, satu event yang sangat gempak anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dan FINAS yang dinamakan KL Converge telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre. Apalah Apijol nie event dah habis baru nak tulis entry. Habis saya terlepas event yang sangat gempak ini. Ha itulah kau. Siapa suruh tak follow instagram aku hihi. =P


poster kl converge_1

Event KL Converge telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia kita yang disanjungi, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Apa itu event KL Converge? Ok senang cerita camnie ah. Kalau korang yang terlibat dalam industri kreatif dan menggemari bidang IT,gemar applikasi android,applikasi mobile,update terkini mengenai bidang IT di Malaysia,korang wajib terjah this KL Converge!

poster kl converge

Banyak company IT yang gah dari Malaysia telah turun padang untuk memperkenalkan produk IT mereka terutama yang berkaitan muzik, video, applikasi dan internet kepada anda semua. Terdapat juga company dari negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan banyak lagi.


Jom kita terjah apa yang menarik di KL Converge! sepanjang 3 hari aku berkampung di sana. Sambil bekerja, sambil cuci mata pun boleh. Antara yang menarik di sana, ruang pameran Klik Dengan Bijak (KDB). Diorang jemput selebriti tanah air seperti Hani Hatim, IamNeeta dan Narmi. Paling aku suka mestilah persembahan iamNeeta tu. Siap duk depan pentas lagi ha.


kl converge iamneeta


Di exhibition Astro pula disajikan pelbagai aktiviti menarik, jemputan artis astro seperti Aznil Nawawi, Jihan Muse etc dan pembahagian goodie bag. Suka kumpul goodie bag? Boleh karaoke kat sana nanti diorang kasi goodie bag macam mamak muka tak malu pergi karoke tapi suara tak sedap dalam gambar bawah nie. Tapi sedih, mamak nie tak dapat pun goodie bag. Bias la exhibitor dia. Nak kasi goodie bag ke awek cun suara sedap je. Pakwe handsome suara sedap dia taknak pulak kasi. Tapi takpe la memandangkan guy yang jaga karaoke tu puji seikhlas hati kabo suara kita sedap, kita blah cepat-cepat. malu. –.-


kl converge_


Ruang pameran Celcom pun tak kurang hebatnya. Bila lagi nak promote ESCAPE dari Celcom kan? Di KL Converge! lah. Diorang siap menari ramai-ramai lagi dekat ruang pameran diorang nak tarik perhatian pengunjung. Dengan model-model skirt biru diorang yang cun dan seksi. Sakit pulak mata kita tengok haha.


kl converge_1

Tak sah tak jumpa artis kalau pergi di event yang gempak macam ini kan? Antara artis yang aku jumpa dan sempat bergambar ialah Cik Yana Samsudin kita. Yana tengah ralek duk main game dekat ruang pameran Celcom. So kita lambai ke dia, dia lambai balik wei ke kita. Terus pergi dekat dia ajak bergambar. Sempat lagi Yana kabo lama tak nampak aku, rindu. kahkah ok tipu.


bergambar dengan yana_


Ini sorang artis jugak, artis blogger yang meletup dan popular di media sosial iaitulah Nisa kay. Kemain happy Boboiboy boleh bergambar dengan Nisa. Dengar cerita, Boboiboy tu yang ajak Nisa bergambar. Kelas kau Nisa maskot Boboiboy pun kenal ngko.

nisa kay_boboiboy


Sepanjang KL Converge!, aku ditugaskan untuk cover program Mobile Apps for Student. So memang aku takde pun di ruang pameran. Tak payah la tanya aku kenapa I tak nampak pun you? You dekat mana nie sebenarnya menyorok dalam stor ke? Hey takde nya. Seronok layan adik-adik dari rumah anak yatim nie tau. Bila ada sesuatu yang dia tak faham, masing-masing duk panggil, “abanggggg”. Pening kepala abang tau dak? Padahal benda yang korang tengah belajar itu, abang pun baru firstime belajar macam korang. Tapi abang acah-acah tahu \0/


dalam bilik komputer


Hai entah bila pulak dapat breakfast, lunch dengan minum petang free dekat sini. Tunjuk voucer, tampal sticker di baju, ok kau pegi masuk dalam kau makan la apa-saja kau nak makan. Wah, makanan dah la sedap-sedap tapi takde la sedap sangat. Tapi boleh la sebab aku makan banyak. Adik-adik pun semua happy je.


gambar makanan petang


Itulah serba sedikit mengenai KL Converge! 2014 . Mungkinkah ada KL Converge! 2015 pada tahun hadapan? Kalau ada, semoga lebih gempak dari tahun ini. yeah. Nak tahu lebih lanjut mengenai KL Converge! 2014, boleh masuk website http://klconverge.com/.


nisa kay selfie

12 komen

Fuhh... gempak habis event nih.. dapat bergambar dengan retis pulak tuh. :D

bestnya event ni.untung dapat pergi.

fuh selpie dengan nisa kay. beruntung lah tuan badan btw tahniah anda di umunkan penerima Liebster Award Dari BBL jangan lupa check it out

Wahh....best dapat pergi event meriah ni...dapat berselfie dengan blogger femes lagi....

gempak la jugak. kalau tahun depan ada lagi, jgn lupa pegi

nie pasaipa tak pergi nie? tahun depan kalau ada lagi, pergi laa

Nie la peminat fanatik nisa kay kan? haha

haah blogger famous ajak kita selfie, kita on je =p

wahh yana samsudin pun ader gak, klaazzz gitu..

Hulamok amek gambar ngan retiss bloger feymes. Aishh..jeles tau tak. -,-

Tula dia ajak kita bergambar hakhak

peminat fanatik nisa kay? dah beli baju by nisa kay belum?


EmoticonEmoticon