Jom Hafal 10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi

Harini nak kongsikan 10 ayat pertama & terakhir surah Al-Kahfi beserta terjemahan. Ayat yang mempunyai kelebihan yang sangat besar untuk kita semua lagi-lagi kita umat yang berada di akhir zaman. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah ya.



Makin tua, makin susah susah nak hafal ayat padahal 10 ayat pertama & terakhir surah Al-Kahfi je pun. Allah, rasa rugi sangat tak hafal masa kecik-kecik dulu. Hati masih bersih dari bintik hitam dan noda hm. So, terpaksa save gambar 10 ayat pertama & terakhir surah Al-Kahfi kemudian buat wallpaper laptop dengan harapan apabila buka laptop baca la kita nie ayat-ayat Surah Al-Kahfi tersebut. =D


10 Ayat Pertama & Terakhir Al Kahfi



Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda:
 
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
 
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat"
(Hadis Riwayat Al Baihaqi, At-Tabrani, An-Nasai & Hakim)


Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda,
 
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."
(Hadis Riwayat Ahmad)


10 ayat pertama dan terakhir Surah Al Kahfi beserta Terjemahan

Terjemahan 10 Ayat Pertama Surah Al-Kahfi


Bismillahirrahmanirrahim
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

1. (Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya)

2. (sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan seksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,)

3. (mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.)

4. (Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak.")

5. (Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.)

6. (Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Qur'an))

7. (Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.)

8. (Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.)

9. (Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?)

10. (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.)

Terjemahan 10 Ayat Terakhir Surah Al-Kahfi


101. (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.)

102. (Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.)

103. (Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?)

104. (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.)

105. (Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari qiamat kelak.)

106. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.)

107. (Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).)

108. (Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.)

109. (Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.)


110. (Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.)



Mari sama-sama Menghafal 10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al-Kahfi. Semoga kita mendapat keberkatan dari-Nya. InSya Allah. =D


Catat Ulasan

75 Ulasan

  1. terima kasih bro share, sama2 kita amalkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama. InshaAllah semoga bermanfaat :")

      Padam
    2. BUKAN SEMOGA BERMANFAAT TP MEMANG BERMANFAAT.TAKE NOTES'

      Padam
  2. singgah klik iklan vanish awak =)

    BalasPadam
  3. sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal..jom baca ramai2 mlm jumaat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. InsyaAllah. Jom sama-sama amalkan :")

      Padam
    2. Terima kaseh..akk nk share ye..ilmu yg menafaat..

      Padam
  4. Terima kasih di atas perkongsian ilmu. Semoga Allah membalas jasa baik tuan. Ameen.

    BalasPadam
  5. Mekaseh pijol...ayut mtk share gmbr ye...credit kembali ke sini ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-samalah kita share benda yg bermanfaat nie. inshaAllah. :") terima kasih.

      Padam
    2. Tanpa Nama02 Jun, 2014

      Syukran saudara...semoga kita dlm redhaNya... amin..

      Padam
  6. terima kasih share .. sedang menghafal. moga dipermudahkn ... amin ...

    BalasPadam
  7. terima kasih ,saya mohon utk di kongsi bersama2

    BalasPadam
  8. Sy mohon utk share bersama kwn2

    BalasPadam
  9. Mohon share. Terima kasih kerana mengingatkan.

    BalasPadam
  10. Kalau bace 10 ayat yang pertama je boleh ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama17 Jun, 2014

      lagi banyak baca lg bagus.

      Padam
    2. Tanpa Nama17 Jun, 2014

      lagi banyak baca lagi bagus..

      Padam
  11. Assalamualaikum dan terima kasih untuk ilmu bermanfaat. Semoga kita dapat amalkan bersama-sama dan selamat daripada fitnah dajjal al-masih.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama30 Jun, 2014

    Terima kasih. Mohon share. Harap kita sama2 dpt mengamalkn nya.

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama01 Julai, 2014

    Moga tuan dirahmati Allah. Mohon utk sharing.

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama18 Julai, 2014

    tme ksh...mhon share :-)

    BalasPadam
  15. Semoga Allah elindungi kita Semua.. :)

    BalasPadam
  16. AllahuRobbi...Dari hari ke hari nak ngafal...Hari ni nak start...TQ for reminding n sharing for sure,,,;-)

    BalasPadam
  17. Subhanallah...tima kasih bro..besarnya pahala tuan..

    BalasPadam
  18. bro ayat pertama dan keempat tu dalam bahasa malaysia tu saya x berapa jelas sebutan dia.tq sebab share

    BalasPadam
  19. Masih lagii menghafal 10 ayat yang pertama surah Al-Kahfi. Br je 2-3 ayat

    BalasPadam
  20. maaf bertanya. yang bacaan dalam rumi tu betul2 ikut tajwid dan sebutan yang betul ke?

    BalasPadam
  21. assalamualaikum. terima kasih saudara kerana sudi berkongsi ilmu. saya doakan agar hidup saudara dipermudahkan dan diberkati Allah. tapi, saya ingin menegur sedikit tentang bacaan rumi surah ini. terdapat beberapa kesilapan pada sebutan. ini boleh mengubah maksud sebenar ayat tersebut. sebagai contoh, pada ayat ketiga saudara menulis "maakitsiina fiihi abadaa". sebenarnya ayat ini dibaca "maakisiina fihi abada" tiada sebutan 'T' atau "ta" dalam ayat ini. terdapat beberapa lagi kesalahan yg saya temui. harap saudara membuka youtube dan mendengar bagaimana ustaz2 dan sheikh2 membaca surah ini dengan betul dan membetulkan semula bacaan rumi ini. terima kasih, assalamualaikum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam 'tanpa nama'
      memang betul terlalu banyak kesalahan ejaan dalam rumi yang dibuat oleh admin blog ini.
      Belajarlah membaca AlQuran dengan guru Quran yang faqeh agar tidak terpesong maana apabila cara penulisan dan pembacaan yang salah tidak mengikut Hukum Tajwid yang betul, takut menambahkan dosa sahaja apabila orang lain ikut turut membacanya dengan cara yang SALAH!
      Seeloknya admin perbetulkan segera atau delete sahaja posting bacaan rumi yang tersalah eja maana bacaan ayat-ayat suci AlQuran.

      cth Qul hal nunabbi-okum bial-akhsareenaaAAmalan
      sepatutnya ditulis begini:
      Qul hal nunabbiukum bil akhsariina'amaala,
      bila 'ukum' ditulis sebagai 'okum' ini telah menyalahi kaedah ilmu makhraj huruf dan ilmu balaghah dalam pembacaan ayat-ayat Al Quran dengan menghasilkan bunyi hurup yang tidak tepat dan boleh mengunah maana ayat tersebut.

      Wallauhua'lam.

      Padam
  22. saya mohon untu share dan simpn untuk dibaca dan diamalkn setiap hari... :)

    BalasPadam
  23. Sy sdg hafal mengguanakan aplikasi hp...ulang berkali2 dan ikut bacaannya...insyaAllah boleh. Baru dpt hafal 2 ayat pertama. Masih berusaha hafal ayat2 yg lain...sy pun dah berusia...mmg lambat nak hafal. Hehehe

    BalasPadam
  24. Thanks for sharing :)

    BalasPadam
  25. Thanks for sharing :)

    BalasPadam
  26. Trima kasih bnyak2..sy mmbaca jawi merangka.dgn ada nye d,tulis bhsa mlyu boleh lh sy mngmal kn nye insyallah

    BalasPadam
  27. Alhamdulillah.sy sudah mghafal 10 yg pertama kerana sering membacanya dlm buku kecik yg dikenali 7 ayat hikal.,skrg ni tgh hafal 10akhr. Cuma dlm bukt kecik tu x disebut dr surah kahfi.tksh byk..semoga tuan dirahmati Allah

    BalasPadam
  28. Semoga saudara dpermudahkan segala urusan oleh Allah krn mempermudahkan urusan kmi utk menghafal surat diatas.. tq2..

    BalasPadam
  29. terima kasih, boleh saya sharing kpd rakan 2 yg lain?

    BalasPadam
  30. Terima kasih share. Tapi saya rasa tak perlu kot nak rumikan. Sebab boleh merubah makna ayat tu. Lagi pon kalau rumi orang xtau hukum tajwid. Salah Baca tak memasal je dapat dosa. Mana mana y xtau Baca jawi boleh la download mp3. Banyak kemudahan sekarang. Maaf kalau sy terkasar bahasa.

    BalasPadam
  31. me kasih bnyk2 ye

    BalasPadam
  32. Tlg jgn rumi kan klu tidak yakin dgn bacaan sebenar..mmg bagus tujuan tuan untuk kebaikan bersama, tapi bila ilmu yg disampaikan salah, boleh memburukkan lagi keadaan..terdapat byk kesalahan dlm rumi..sy juga bukan sempurna bacaannya, tapi sebelum menghafaz dlm rumi, mohon bandingkan dlu sama ad bacaan sebenar sama dgn yg telah dirumikan..boleh juga dgar sendiri di utube untuk lebih jelas..sy tegur sbb sy nk betulkan keadaan, bukan tunjuk pndai..

    BalasPadam
  33. Saya mmg suka ayat ini...

    BalasPadam
  34. Trm..blh sya shere..

    BalasPadam
  35. Terima kasih ats ilmu saudara

    BalasPadam
  36. TQ tuan. Jalan2 di blog ni, jumpa post ni. Secara tak langsung boleh baca ayat2 suci al quran. Kita ni cepat lupa dgn aktiviti harian nak baca sepotong ayat suci pun x ingat. Moga diberkati Allah

    BalasPadam
  37. steylles_shaf08 Mac, 2015

    Tq la sbb kongsi ..Alhamdillah dpt juga ilmu ..lps ny mohon teruskn perkongsian

    BalasPadam
  38. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  39. https://m.youtube.com/channel/UCo3J_YuxKiyxWvu5uhso7bw

    BalasPadam
  40. Assalam. Terima kasih atas perkongsian. Saya mohon share ya ayat alkahfi. Smoga awak sentiasa dibwh perlindungaan Allah & di Rahmati selalu olehNya.

    BalasPadam
  41. Tanpa Nama27 Mac, 2015

    petua untuk menghafal ayat alquran dengan mudah, baca dan fahami maksud, insyaAllah cpt dpt hafal. sekadar perkongsian.

    BalasPadam
  42. Terima kasih atas perkongsiannya ^^

    BalasPadam
  43. Wooww...banyaknya KAUM HAWA@ NAFSU @ NERAKA jadi peminat setia ustaz @ paderi muda fahaman mensonik @ vatican. . ?? syabas sebab muda2x lg dh bergelar PADERI BERTAULIAH..kih3x..
    Sendiri baca pun tak fhm mcm mana nk TERANGKAN tafsir @ MAKSUD ayat !! Dah la MELAYU ni golongan YAKJUD MAKJUD .." apa dia ckp dia tak fhm dia dgr pun dia tak faham tp mereka boleh BERBUAL SAMbil ketawa " .. jelas dlm 10 ayat terakhir .kih3x... nak tanya 1 soalan??
    TUHAN TU SIAPA ??
    Bukan sekadar rupa?? Tp apa?? Golongan ustaz yg menjual AYAT2X ALLOH SWT DGN harga yg sdkit ke?
    Nmpk mcm BODOH JE USTAZ NI "...
    ada bantahan???

    BalasPadam
  44. Terima kasih dengan perkongsian ni. 😃

    BalasPadam
  45. Terima kasih . Moga saudara mendapat kberkatan atas perkongsian ini

    BalasPadam
  46. Tanpa Nama13 Ogos, 2015

    Salam bro,
    Gud info but spelling quranic words in alphabatical is too dangerous. The tajwid might be wrong. The makhraj might wrongly pronounce. As a muslim, it a must to read quran with arabic words because it is the language of Allah.
    May Allah put His rahmat on us. Tq

    BalasPadam
  47. Mungkin lebih cantik kalau versi rumi ayat Al-Quran tersebut dipadam. Tapi apepun thanks for sharing!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah share la kalau banyak sangat sebutan yg salah bila baca Ayat ayat Suci AlQuran dalam rumi.

      Padam
  48. Assalamualaikum Saudara HafizHafizol..

    Salam perkenalan. Apa yang diperlihatkan dengan komen-komen yang positif, minta jasa baik cuma terjermahkan maksud ayat dalam versi bahasa dan hapus ayat bacaan versi bahasa tu, mungkin ada bacaan yang salah dalam versi bahasa.

    Apapun tahniah atas perkongsian info.

    Singgah & follow blog apijol...hehehe

    BalasPadam
  49. Alhamdulillahi Rabbil Alamiin..
    Terima Kasih Ya AkhunAkbar..
    Hafiz Hafizol..
    Jazakallahu khairan kasira..
    Barakallahu fikum..

    BalasPadam
  50. Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

    Apa pula kaitannya ayat 101 dan 10 ????

    saya biasa lihat orang menggunakan simbol 101 bukan 11 dan kenapa kita berhenti membaca selepas 10, kenapa tidak diteruskan membaca 11 hingga habis.

    seolah-olah kita benar-benar berhadapan dengan fitnah. mungkin hari ini orang akan menuduh sayalah fitnah itu.

    perhatikan ayat 101.

    ...orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali...

    adakah ayat 10 terhenti di situ, bukankah sambungannya masih ada. adakah kita termasuk mereka yang menutup mata dari meneruskan memerhatikan kisah penghuni gua itu. tiba-tiba kita lebih gembira mendengar kisah pemuda itu dari sumber lain sedangkan kita lebih memahaminya apabila membaca sendiri jika meneruskan bacaan itu.

    (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa:

    “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

    sambunglah membacanya.

    BalasPadam
  51. Tanpa Nama28 Julai, 2017

    Terima kasih untuk yg dikongsi

    BalasPadam