Sebenarnya pakai broadband yes ini dah lama. Sejak di tahun kedua universiti lagi. Promosi broadband yes di universiti memang hebat. Gaya pujukan dia membuatkan kau yang selalu bagi alasan buat apa nak beli broadband, dalam bilik pun boleh main internet pun turut terkesan untuk membeli broadband yes. Sebabnya:-

 

1- Harga yang murah dan sangat berpatutan bagi seorang pelajar. Cuma RM100 pun dah dapat sebijik broadband.

2 – Pakej student sehingga kau konvokesyen. Setiap bulan akan dapat RM15 kredit percuma. Cukup la kalau nak facebooking dua hari huahua. Sebab kuota dia memang laju gila berjalan.

 

Bila dah konvo dan melangkah ke alam pekerjaan, tiba-tiba broadband yes rosak. Laptop tak boleh detect broadband yes. So tak boleh connect. Jadinya nak beli broadband yes baru sebab Yes 4G ada menawarkan harga promosi. Bila nak beli broadband baru, pengedar broadband yes kabo nama aku tak boleh daftar sebab nama kena blacklist. Malu siot dekat pengedar broadband yes tu siap dia call suruh hantar balik broadband lagi miahaha =.=

 

Makanya terpaksa pakai nama orang lain untuk mendaftar broadband yes. Kenapa broadband yes? kenapa tak beli maxis, digi, celcom atau u-mobile?

 

broadband yes murah

Kita pakai broadband YES 4G SUPER 48 2 GB All day je. Dekat office dah ada internet pun sebenarnya. Cuma tak best lah kalau update blog pakai notebook office. Kalau update pakai laptop sendiri baru best. Kiranya guna broadband pun semata nak update blog, blogwalking, online bila duduk kat rumah. Online pun pada waktu malam dalam 3-4 jam gitu.

 

2 December : Daftar Broadband Yes 4G Super 48
6 December : Dah mencapai 80% Kuota bulanan

 

Amboih ! baru 5 hari pakai dah nak habis kuota nie ape kes ! Memang boleh online lagi cuma macam siput lah. Asyik loading pahceroh. Sakit plok hati kite. Sobsob. Tapi jangan risau sebab Broadband YES 4G ada menawarkan SUPER BOOSTER!

 

broadband yes 4g superbooster

 

 

 

Untuk maklumat lanjut boleh godek website http://www.yes.my/.