KEMATIAN TRAGIS DIEGO


Minggu lepas time aku tido, hampir setiap hari Diego masuk dalam rumah ikut bumbung rumah. Dia panjat bumbung, then masuk ikut bilik aku. Dia meow banyak kali dekat telinga aku sampai aku buka pintu bilik. Aku tahu dia tak suka tido luar rumah, dia nak tido dalam rumah. Tapi mak tak kasi dia tido dalam rumah takut nanti kencing/berak.

Minggu ini aku agak pelik sebab Diego tidak lagi masuk dalam rumah ikut bilik aku. Aku pulak memang turun rumah pagi, balik kerja lewat petang. Kadang malam hari baru balik rumah. Memang takde masa nak main atau silau-silau Diego buat apa.Tiga hari lepas, Nuar ada kabo Diego sakit. Sakit apa tak pasti. Aku terus pergi mendapatkan Diego dekat beranda rumah. Dia lemah sangat. Tak bermaya. Asyik tido je. Aku gosok badan dia. Picit-picit badan dia. Dia menggeliat.

Keesokannya, aku nampak Diego baring atas jalan depan rumah masa balik kerja. Diego memang suka baring atas jalan mungkin sebab jalan kan panas. Dia saja nak panaskan badan la tu. Aku angkat Diego. Aku letak dekat tempat dia selalu tido. Dia nak berjalan pun macam dah tak larat dah.

Semalam pun Diego macam hari sebelumnya. Asyik terbaring lemah. Aku gosok, dia gerak-gerak sikit badan dia. Ekor dia pun macam dah tak nak gerak. Aku rasa tapak kaki dia, sejuk. Dia marah aku pegang tapak kaki dia. Dia larikan tapak kaki dia. Aku tinggalkan Diego dengan harapan hari esok dia akan pulih seperti sediakala.

Harini pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah pergi kerja dalam hujan. Balik kerja sedikit awal daripada biasa. Bila pergi dapur nak cari makanan, mak kabo Diego dah mati. Aku macam tak percaya. Ingat mak bergurau je. Tapi memang betul. Bila bukak pintu luar, terus ternampak mayat Diego terlentang atas beranda rumah. Masih tak tanam. Diego dah mati beb. hm . Aku ambil Dora, aku letak Dora dekat mayat Diego. Dia macam faham dan turut bersedih dengan kematian Diego. Mata Dora penuh kesayuan. Lama jugak aku duduk sebelah mayat Diego dengan memeluk Dora. Macam tak percaya Diego dah mati :(

Disebabkan perut lapar semacam, aku tinggalkan mayat Diego. Terus capai pinggan dan ambil nasi dalam periuk. Serious memang tak lalu langsung makan nasi. Asyik teringat ke Diego. Teringat masa mandikan Diego seminggu sekali. Teringat masa Diego sibuk berjalan atas laptop bila aku online. Teringat masa Diego sibuk duk bawah kereta orang bila ada orang mai rumah. Teringat masa Syerah datang rumah bermain dengan Diego. Teringat masa Si Diego bermain-main dengan Dora dan Chombie. Membuatkan aku sebak. Last-last nasi makan secubit, buang gitu je nasi :/

gambar kucing comelDalam Kenangan
diego1

diego
kematian Diego mungkin disebabkan terkena gigitan haiwan berbisa, ular rasanya. Sebab sebelum ini mak ada kabo ada ular masuk bilik ayah. Mungkin Diego terkena patukan ular. Itu yang buatkan dia lemah tak bermaya asyik terbaring je sehinggalah disahkan mati pada pukul 2.00 petang tadi. Ayah kabo 8.00 pagi tadi Diego hidup lagi. Mata dia kelip-kelip tengok ayah.

Mayat Diego selamat dikebumikan oleh Nuar di belakang rumah dalam pukul 6.30 petang 10 Disember 2013.

Diego, I miss you. :(

25 Komen untuk "KEMATIAN TRAGIS DIEGO"

semoga diego tenang 'di sana'

alololo dia.. xpe na... yg pergi biarkan dia pergi..

Memang sedih . aku pun ade sekor kucing kat rumah . Tak kasi masuk dalam jugak , hari tu mama aku nak buang die menangis nangis aku tak kasi . yela kucingkan penyeri rumah :)

Ya Allah sedihnya. Sebak aku bace..takpe sekurang2nya dia meninggalkan adk beradiknya yg lain sbg kenangan.

sedihnya. hana pernah alaminya. be strong bro. :')

Sedihhhh...diego dlm kenangan.baru kenal diego tetibe dh xde..diego pasti doakan keluarga fizol sbb mjg dia sampai akhir hayat....

Kakak Liyana pon baru kematian kucing.. Saspek batu karang.. Ohaiiiyaiyai lama gile tak blogwalking kat blog awk ni.. Rase macam dah 11 tahun lamanye..

kucing pun ada batu karang kak? =.=

Tak sampai setahun lagi kak :'(

Entri dalam blog sebagai kenangan jugak hihik :'(

Nak kucing mu sekor Korn hakhak :D

x de kucing mcm x berapa nak berseri rumah haha

sedap nama kucing tu.. Diego dan Dora .. huhuh.. :3

Salam pijol...

Sedih tu....

Wah,nama kucing mmg sama dlm citer katun,diego & dora.go..diego..go..diego..go..mcm tu la lagunya kan.akhirnya diego go juga.saya byk kucing di rumah 9 ekor,da export ke kg,tggl 2 ekor je..tommy & jerry..hihii

hensemnye diego.


sedih :(

hemm.. teman pun pernah rasa sedih kehilangan kucen kesayangan..

sedihnya..diego dah "pergi'. Mesti Nuar menangis2 ms tanam Diego kan? ms balik kg hari tu pun nmpk Diego dh lain mcm.. mm.. jgn sedih2.. Dora n adik2 dia kan ade.. hehe

sedih la bce..xske lor tgk kucing mti depn mta..wa!!

takper nanti akan ada pengganti lain yg lebih baik.... kucing peneman yang setia tapi kalau mati memang sangat mendukcitakan...

kalau la Diego tu boleh cakap at least dua tiga hari sebelum tu boleh gak tolong kan? boleh faham kesedihan you atas kehilangan dia.

Back To Top