Salam.
Sejak facebook memperkenalkan hashtag (#) nie, ramai yang pakai hashtag #ootd sambil upload gambar outfit of the day diorang. Lagi-lagi sekarang wabak instagram semakin berleluasa. Mujur aku tak ada akaun instagram. Kalau tak mesti hari-hari aku post gambar koya dengan hashtag #ootd. Haritu sebelum shoot pre wedding Kak Azie & Encik Mimpi, sempat jugak mengkoyakan diri feeling model majalah Maskulin kejap. Yela, nak jadi cover majalah kan tak mampu lol =p
Komitmen terhadap kerja membuatkan aku terpaksa berpakaian seperti dalam gambar dibawah. Seriously aku memang tak gemar sangat berpakaian kemas, berkemeja masuk dalam seluar, pakai seluar slack hitam dan berkasut hitam ginie. Kalau boleh nak pakai t-shirt dengan jeans je pergi kerja. Kena tunggu aku jadi bos dulu lah nampaknya ye hahaha. =p
Ditembak & Diedit oleh Hs Photog
Disebabkan tempat kerja aku sejuk dia sampai ke tulang sum-sum, aku terpaksa mengenakan blazer bila di tempat kerja. Andai kata blazer aku tertinggal ke apa, memang aku menggigil kesejukan kot. So, untuk langkah berjaga-jaga, aku akan tinggalkan blazer aku di tempat kerja. Lagi-lagi sekarang musim hujan. Bertambah-tambah sejuk la. Pakai blazer gini macam kerja pegawai padahal kerja kedai buku je pun lol muahahaha!
Apapun, sekarang memang tak boleh nak memilih kerja sangat. Grap jela mana-mana peluang pekerjaan yang ada asalkan halal. Tang gaji itu no 2. Lagipun aku dah nekad nak kerja dekat kampung je buat masa sekarang. Memang tak plan lagi nak berhijrah ke tempat orang.
Tak sanggup nak menanggung hutang keliling pinggang. Hutang ptptn, hutang dengan kawan-kawan, hutang dengan mak bapak. Mujur ada buku 555 boleh catat segala hutang cuma proses nak membayar tu lambat sedikit sebab gaji kita murah je sob. Pinjaman ptptn nie tak bayar langsung lagi apa cerita. Mujur masa terdekat ini tak plan lagi nak pergi oversee. Kang tak pepasal nama kena blacklist hahaha.
Terima kasih Hs Photog sudi shoot saya yang macam tiang elektrik ini tau. Terharu kejap. Boleh feeling jadi model profesional bila tengok gambar ini lol Apijol syok sendiri huahua!
13 Komen untuk "Photoshoot OOTD"
dah mcm Mr.Arrogant , hensem giteww :3
amboi apply jadi model la ^_^ hihi
Serius smart ! Haha .. moga dapat pekerjaan yang baik dan rezeki yang melimpah. Amin ..
gaji murah tak apa. janji halal dan ada pendapatan utk kita :)
fuyooo
haha. malu saya awak nie lol
x layak lah haha
Thanks.. Amin.. insyaAllah heee
Betul tu asha.
tu dia, possing sakan bro
Bukan akak dh baca ke entry ni..?keliru aku keliru.......
cantik baju tu
perghhh,,,,smart abg kita...steadyyy