TELEMOVIE MENARIK SEPANJANG AIDILADHA 1434 HIJRAH

 

Salam.

 

Selamat Menyambut Hari Raya Haji 1434 Hijrah buat semua pembaca blog Bukan Sekadar Rupa. Buat Qurban tak raya tahun ini? Sempena Aidiladha tahun ini, stesen televisyen swasta dan kerajaan menyediakan pelbagai rancangan dan telemovie terbaik sepanjang aidiladha. Korang yang sakan bercuti di Aidiladha bolehlah lepak depan tv 24 jam tanpa henti. Biar meletup tv lcd 41 inci kau. harhar!

 

Korang yang tak dapat bercuti di Aidiladha macam saya nie, yang kuat berkerja mencari sesuap nasi, korang boleh menonton telefilem menarik sepanjang aidiladha pada waktu malam. Siang bekerja, malamnya boleh berehat depan tv tengok telefilem yang bakal disajikan itu. Pokoknya memang banyak betul telefilem menarik yang disajikan stesen televisyen untuk anda lebih-lebih lagi TV3 dan TV9 Dekat Di Hati.

 

Telefilem Menarik Aidiladha TV3

telefilem menarik aidiladha

Haritu berkesempatan tengok Telemovie Tersalah Cinta. Best cerita ini sebab diorang shooting di Mekah!! Tiba-tiba aku emo bila part diorang beribadah dengan berdoa dekat Mekah. Rasa sayu semacam . Then terfikir bila agaknya aku dapat pergi Mekah menjadi tetamu Allah? Sempat ke aku nak pergi menunaikan haji di Mekah? Panjang ke umur aku? Seriously beb aku terfikir sampai mata aku berair. Mujur aku layan cite tu sorang-sorang je tadi. Malu titew!

 

Teringin nak tengok Telefilem Kampungku dan AidilAdha dengan Cinta Mat Semperit. Kalau tak silap aku Kampungku AidilAdha lakonan Fida Ibrahim memang agak kontroversi mengenai Fida tak nak shooting dalam hutan. Ada part dalam cite ini di shoot dalam hutan. Nak tengok jugak macam mana tebal hutannya sampai si Fida kabo keselamatan tak terjamin la. Haa, nampak tak aku minat gila si Fida nie sampaikan boleh mengikuti cerita kontoversi dia. ihiks!

 

Kalau Telefilem Cinta Mat Semperit mestilah sebab rindu nak tengok lakonan Fasha Sandha yang dah lama gila rasanya tak berlakon sejak berumahtangga dan melahirkan seorang anak nie. Kita minat Fasha Sandha ok! Awak minat tak? Hahah! Izara Aishah duta Innershine Camu-Camu pun berlakon cite nie. Omey angak Izara. Saya suka saya suka.. * Versi Mei Mei Upin & Ipin*

telemovie menarik aidiladha_1

Telefilem Menarik Aidiladha TV9

 

telefilem menarik aidiladha tv9

Rasanya Telefilem Seberang Takir sudah ditayangkan masa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Telefilem yang sangat menyayat hati dan penuh unsur pengajaran ini apa salahnya tengok berkali-kali kan.

telemovie aidiladha tv9

 

Selamat menonton telemovie menarik sempena AidilAdha yang menjanjikan pelbagai pengajaran berguna kepada kita semua. Mana-mana yang terlepas menonton dek kerana terlalu kusyuk bakar daging kurban, anda boleh mengikuti telefilem ini di website tonton.my . Ini ada sedikit pesanan penaja, “makan daging korban banyak-banyak ye”. =P

 

Sumber : Portal TV3 dan TV9.

14 Komen untuk "TELEMOVIE MENARIK SEPANJANG AIDILADHA 1434 HIJRAH"

untungla. aku tersadai kat kolej masa raya ni. huhu

hu..xdpt siaran tv9 kat kota samarahan..huhu..

semuanya best.. kepada sesiapa x ada line tv.. tgk online je kat tonton.. free.. =)

kenapa la x tersadai di kampung hehe =p

siaran internet ada kan? Boleh tgk dekat tonton.my hehe =)

Nie tv3 dgn tv9 la cik kak oi. x payah nak tggu ada Astro pun hihi

daftar tonton pun belum..tetiba dah ade register emel..better tgk tv jerk.. senang skit..ada yg dah skip tengok

tukang promote cerita. haha cinta mat semperit nak tengok tp terlupa pulak. adehh. btw masih belum terlambat kan nak ucap salam aidil adha.? :)

Apa lagi. daftar cepat !! hehe

Apa lagi. tengok la dekat tonton.my hahah! salam aidiladha jugak ye :D

oitt..keje2..jgn melepak dpn tb jer smbil mkn daging bakor...

Back To Top