Salam.

 

Memang dari kecil lagi bila ada masa lapang, aku akan cangkul tanah belakang rumah. Itulah kelebihan mempunyai tanah sendiri nie. Bukan tanah aku, tanah ayah aku. Aku buat batas. Aku bercucuk tanam. Suka tanam pokok sayur macam pokok cili, kacang panjang, terung dan tomato. Kalau rasa nak tumbuk sambal belacan, pergi petik je buah cili belakang rumah. Seronok kan?!

 

 

Aku akan gigih belek majalah berkaitan pertanian sebab nak cari tips supaya tiada serangga perosak merosakkan pokok aku. Aku pernah cuba buat ramuan air sabun + bawang putih kemudian sembur dekat tanaman aku untuk halau serangga perosak. Misi berjaya beb. Tapi 40% je. Aku tak sempat pun menuai hasil tanaman aku sebab tak masak lagi dah ada ulat.

 

 

Kemudian aku pernah tanam pokok jagung sebab aku suka gila jagung rebus, bubur jagung dan makanan yang berasaskan jagung. Dalam 20 pohon lebih jugak aku tanam. Aku semai bijih jagung, aku siram, aku jaga elok-elok sehinggalah pokok jagung berbuah. Happy gila tak terkata terus terbayang-bayang aku sedang makan bubur jagung dengan mak.

 

Namun hanya mampu berangan sebab masa pokok jagung aku berbuah, ada kera datang makan dan musnahkan pokok-pokok jagung aku. Habis buah jagung aku. Menangis aku tengok pokok jagung aku musnah begitu sahaja tanpa aku sempat merasa. Beb sedehnya. Lap air mata dengan tisu Premier jap sob.

 

Tanaman Tidak Berbuah dan Mati

 

Biasanya aku akan menanam pokok yang aku suka makan buahnya macam pokok mempelam dan mangga. Aku tanam dalam 5 pohon pokok mangga. Sempat merasa buahnya 2 3 kali, pokok dah mati mapuh kerah. Mak kabo pokok mempelam tak sesuai ditanam di kawasan rumah aku sebab pokok tu batang dia lembut. Mudah anai-anai makan akar dan batang dia.

 

Tapi,seorang Apijol tak pernah putus asa. Tanam pulak pokok salak, tanam 3 pohon berbuah cuma satu. Lagi dua pohon mak aku cakap jantan so tak berbuah. So sekarang aku nak tanya korang camna nak jadikan pokok jantan berbuah?! Aku tanya mak aku, mak aku tak tahu. Nak kena google jugak nie.

 

I Plant A Tree Campaign

 

Korang mesti tak tahu bukan sekarang SENHENG ada menganjurkan I PLANT A Tree Campaign. Kempen yang sangat sesuai orang macam aku, yang suka menanam pokok dan berbakti kepada tanah nie. Paling best, korang semua layak menyertai kempen tersebut. Korang nak tahu details pasal kempen anjuran SENHENG boleh baca sini atau tengok gambar di bawah. Cepat sebab contest berakhir 6 Oktober 2013!

i plant a tree contest

Mudah kan cara nak join kempen ini. Cuma perlu like page Senheng, kemudian share je poster kempen di timeline Facebook korang. Jangan lupa lengkapkan butir peribadi anda di sini. Cuba aku merupakan salah seorang daripada 6 pemenang I PLANT A TREE CAMPAIGN, mesti aku excited gila babeng. Beb hobi aku sejak azali kot tanam-tanam pokok ini. Lagi-lagi bila tanam pokok yang merupakan buah favourite aku. Wawawaaaa menjerit macam iklan Zalora 10 saat.

 

pokok mata kucing

Sekarang aku gigih cangkul tanah belakang rumah aku sebab nak tanam sayur timun batang dengan kacang panjang. Mudah-mudahan tiada lagi makhluk perosak yang merosakkan tanaman aku. Dah lama tak pegang cangkul, bila kembali pegang cangkul rasa macam nak patah pinggang. Bukan kurang tak tahu bercucuk tanam juga boleh mengeluarkan peluh sekaligus menyihatkan tubuh badan !

 

P/s : Rugi tak ambil course Sains Pertanian masa sekolah haritu. lol jangan lupa tekan sini.

8 Comments

  1. Salam apijol..

    Cili padi yg ditanam sendri lebih sedap dr yg dibeli sbb yg beli tu,cilinya besolah..tak best buat sambal....

    Akakpun suka mkn jagung n apa sj makanan yg berasaskan jagung..kita samalah...tp syg ada kera plak...sob sob sob...nak tumpang nangis nih...

    Manggapun akak suka...alahai,tanah x sesuai plak...adoiii......mudah2an kacang panjang tu,tkde makhluk perosak yg suka kat dia..hehe sbb akakpun suka kacang panjang....

    Ada kempen oleh sengheng plak..ermmm

    entry dh ada tp bkn pasal kakak B..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Wirda.. Kacang panjang makhluk perosak x suka sbb dia warna hijau. haha =.=

      Delete
  2. aku adalah seorang yang tak pandai berkebun. tapi bile baca entri nih, aku ase nak blaja dari ko. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi nya tak suka berkebun. jom kita bukak projek tanam pokok pisang sama haha

      Delete
  3. bro, dpt gak eh ke Sabah nnt?
    23hb kan?
    klu join, boleh jumpa nnt

    ReplyDelete