Semalam tonton Episod pertama Drama Puteri Malam di TV9 Lakonan Zara Zya yang juga heroin Drama Love You Mr Arrogant yang tengah meletup tu. Aku macam dah tersuka pulak dengan lakonan Zara Zya ini. Best Drama Puteri Malam. Aku tengok pun seriau gila terus terbayang-bayang bagaimana kalau aku berada di tempat Puteri lakonan Zara Zya dalam Drama Puteri Malam. Chill ar Apijol. Drama melayu je pun. Wakakakakah! =p Jangan lupa menonton Drama Puteri Malam, Setiap Isnin 10.30 Malam di TV9.

Sinopsis Drama Bersiri Puteri Malam

JBermulalah perjalanan hitam Puteri apabila dia telah dirogol oleh seorang lelaki sewaktu dia hadir untuk satu sesi ujibakat di Kuala Lumpur. Puteri kemudiannya telah diselamatkan oleh Farid (Ku Hariz) lalu dibawa ke rumahnya di sebuah rumah kedai yang terletak di Chow Kit.

Rumah itu turut didiami oleh Fiona (Puteri Chichi) yang disangkakan kakak Farid. Puteri tertarik melihat penampilan Fiona yang seksi dan berjaya menawan hati ramai lelaki.

Farid mula membelikan Puteri pakaian-pakaian baru yang seksi, sama seperti yang dipakai Fiona. Pada mulanya Puteri sangsi dengan tindakan baik Farid, tetapi lama kelamaan, Farid berjaya membuatkan Puteri percaya padanya dan akhirnya, Puteri jatuh cinta pada Farid. Puteri meluahkan segala perasaannya serta berkongsi mengenai impiannya untuk menjadi seorang artis. Farid berjanji akan membantu Puteri mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang artis.

Tanpa Puteri sedari Farid rupa-rupanya bapak ayam kepada Fiona dan kini dia cuba untuk memperdayakan Puteri untuk menjadi seorang pelacur demi mendapatkan wang. Apabila Puteri tersedar dirinya diperangkap Farid yang berniat jahat, semuanya sudah terlambat. Puteri terjerat dengan impian yang akhirnya membinasakan dirinya sendiri.

Mampukah Puteri meloloskan dirinya keluar daripada lorong hitam yang diciptanya sendiri? Ikuti perjalanan hidup Puteri yang cuba mencari sinar harapan untuk kembali bebas dalam Puteri Malam bermula pada 7 Oktober jam 10.30 malam hanya di TV9!
Sinopsis Drama Bersiri Puteri MalamPuteri Lakonan Zara Zya ketika menghadiri ujibakat di Kuala Lumpur

Sinopsis Drama Bersiri Puteri MalamPuteri dan Fiona (Lakonan Puteri Chichi) yang bakal mengubah kehidupannya.

Sinopsis Drama Bersiri Puteri MalamPuteri, Farid (Lakonan Ku Hariz) dan Fiona

Sinopsis Drama Bersiri Puteri MalamPuteri akhirnya jatuh cinta terhadap kebaikan Farid

Senarai Lagu Ost Drama Puteri Malam TV9


Tanda Tanya – Lan And The Typewriter(Ost Puteri Malam)

Melangkah di lorong tak bernama
Bersandar di papan tanda
Matahari bertukar arahnya
Bergetar seluruh jiwa
Terbayangkan kesunyian
Walau tergantung tanda tanya
Chorus
Kau adalah misteri yang bernyawa
Melihat mendengar dan kau menghidup cinta
Kau seperti wangian sanubari
Dapat menghapuskan indera
Kata hati semakin berputar
Mengikutkan arah masa
Melintasi lopak di landasan
Mengukir satu makna
Ada lagi seribu jawapan
Yang tersangkut di fikiran
Walau bercampur tanda tanya
Ulang Chorus
Tak pernah ku
Aku berlari
Menembusi saat indah sejauh ini
Tak terhitung tidak terganti
Waktu ku lewati sampai akhir nanti
Biarkan saja mereka kan lupakan jawapan
Tapi yang pasti tetap teguh menanti
Mencari rahsia ini
Ulang Chorus
Bangkitkanlah semangat mimpi-mimpiku
Engkau dan aku tetap terus bersama
Untuk menghiasi warna
Jelaskanlah segalanya

1 Comments

  1. Salam apijol..

    Amboiii...lama tkde gi mana?sekali keluar begitu panjang sinopsisnya..tajuk mcm best...Puteri Malam...

    ReplyDelete