Baru-baru sempat tengok Drama Seindah Sabarmu Slot Ratu TV9 pukul 8.30 malam setiap Selasa dan Rabu yang menggantikan Drama Sangkar. Tepat pukul 9.00pm, abang tukar siaran ke Drama Diandra Slot Akasia TV3. Bukan main abang aku yang belajar pondok layan jugak Drama Diandra yang romantik komedi tu. Aku takde la nak gaduh dengan dia pasal aku pun layan jugak Diandra.

 

Awak yang nak tengok lakonan hebat Nad Zainal, Shah Iskandar dan Ika Nabila, bolehlah la layan Drama Seindah Sabarmu. Comel sangat Nad Zainal bertudung dalam Drama Seindah Sabarmu. Sabo jela.. T__T

Nad Zainal Drama Seindah Sabarmu

 

Sinopsis Drama Seindah Sabarmu TV9

 

Drama Seindah Sabarmu mengisahkan ketabahan seorang gadis yang disisihkan oleh bapanya setelah kematian ibunya. Kebencian Fuad terhadap anak kecil itu bermula apabila Fiqa dikatakan menjadi punca kematian Ayu yang sedang sarat mengandungkan anak kedua mereka. Fuad terlalu menyayangi Ayu dan kerana mengikutkan perasaannya, Fuad mula bersikap berang dengan Fiqa.

 

Fiqa dipukul dan dibiarkan kelaparan. Sehinggalah Fuad mendapat tawaran daripada rakannya untuk ke Dubai untuk memulakan hidup baru, Fiqa telah ditinggalkan bersama Pak Yob dan Mak Senah dengan alasan mahu mengambil Fiqa semula setelah keadaanya di sana stabil.

 


Namun semua itu hanyalah alasan untuk melepaskan Fiqa kerana di hatinya, dia tidak mahu Fiqa wujud dalam hidupnya lagi. Semenjak itu, Fuad tidak pernah kembali dan tinggallah Fiqa dibela oleh Pak Yob dan Mak Senah. Dalam usia sekecil Fiqa, hidupnya sekali lagi diuji apabila mereka bertiga terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa Pak Yob dan Mak Senah.

 

Ekoran daripada kejadian itu, Fiqa tidak dapat mengingati apa-apa kejadian sebelum dia ditimpa kemalangan. Kerana kasihankan Fiqa yang masih kecil, Ummi, adik kepada arwah Mak Senah telah membawa Fiqa pulang untuk tinggal bersamanya di Madrasah yang diusahakannya.
Walaupun agak sukar pada permulaannya kerana akibat daripada kemalangan itu, Fiqa tidak mengingati apa yang terjadi padanya sebelum itu, lama-kelamaan Fiqa berjaya menyesuaikan diri dan berkawan baik dengan Anissa.

Ika Nabila Seindah Sabarmu tv9


Fiqa mengabdikan dirinya di Madrasah itu dan setelah dewasa dia menjadi rebutan Firman dan Adam. Kecantikkan dan keistimewaan yang Fiqa miliki membuatkan dia dicemburui oleh pelajar-pelajar perempuan yang lain. Mungkinkah hidup Fiqa kembali teruji dengan kehadiran dua jejaka yang menagih cintanya? Adakah Fiqa akan berpeluang untuk kembali menemui bapanya yang pergi meninggalkannya tanpa khabar berita? Jangan tanya saya, saya pun tak tahu. hihi. Nak tahu kenalah tengok Drama Seindah Sabarmu setiap Selasa dan Rabu 8.30 malam di TV9. =p

Pelakon Drama Seindah Sabarmu

Senarai Lagu Ost Seindah Sabarmu TV9

 

Berikut merupakan Senarai Lagu Ost Drama Seindah Sabarmu yang mendayu-dayu itu.

 

Untuk Kamu – Suki

Rasa curiga alasan pertama
Hingga hatimu terluka
Tanpa kau ada buktinya
Harus apa bagaimana
Biar kita saling percaya

 

Ku ini milikmu
Ku ini untuk kamu
Ini kata yang selalu
Kau dengar dariku
Semua berlalu dalam benakku
Jangan kau biarkan ragu
Rasuki jiwamu
Harus apa bagaimana
Biar kita saling percaya

 

Bila kau mengerti aku
Bila pun kau tahu aku
Ku rasa kau butuh aku
Tuk tetap denganmu

 

Kau kan tahu diriku
Takkan mungkin ku mampu
Bila tanpa dirimu
Cukup jangan kau tanya
Ingat saja waktu berdua

 

Sumber

8 Comments

  1. ala..sni xdpt tv9..msti bes sbb nad zainal brlkon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Internet ada kan? Boleh tengok online timm_bill :D

      Delete
  2. Salam pijol....

    Sukalah akak dgn drama zman skrg ni,byk yg menampilkan watak bertudung wpun pd hakikatnya ada antara pelakonnya x bertudung di luar [email protected] terpesona dgn lirik lagu tu lah....utk kamu..suki...

    P/s...apa keputusan ujubakat aritu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Watak bertudung baru sedap mata memandang hihi. Keputusan ujibakat? Surprisee!!!! hahahah!

      Delete
  3. serius tv9 jrg gila aku tgk...hehe

    ReplyDelete
  4. kakak hana berlakon la. haha suka nad zainal. alahai. rumah hana tak dapat tv9. dulu ada lagi. haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tengok online lakonan kakak hana tu. haha. xoxo

      Delete