Salam.

 

Banyak betul filem, telefilem dan Rancangan Menarik Sempena Hari Raya di TV3. Sambil beraya rumah sanak-saudara, sahabat handai, sambil tengok tv rumah diorang. Itu pasal satu rumah beraya sampai berejam. Bukan mengadap kuih raya atau mengadap muka tuan rumah, tapi mengadap tv. wakaka.

 

TV3 juga tidak melepaskan peluang menyajikan pelbagai filem, telefilem dan rancangan yang best-best sepanjang raya kali ini. Ada filem pecah panggung, drama panas yang di telefilemkan dan banyak lagi. Kita tak sabar nak tengok Setia Hujung Nyawa Raya tu je. hihihi. Karlos Bolos dengan Abang Long vs Kak Long pun macam best .

filem_telefilem_rancangan menarik raya tv3

 

Sinopsis :

Ersalina ataupun El (Nelydia Senrose) bakal melahirkan anak sulungnya dalam masa dua bulan lagi. Emosi El menjadi tidak menentu dan cepat rasa sensitif. Zain dan El membuat keputusan untuk pulang ke kampung Zain kerana ibu bapa mereka sedang mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Di sana, Zain bertemu semula dengan Maisara, bekas teman wanitanya. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pelakon: Nelydia Senrose, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Anzalna Nasir, Addy Asyraf, Ruminah Sidek

Pengarah:Amy Maziah

 

Sinopsis :

Selepas 18 bulan di Pusat Tahanan Teluk Panglima, Karlos dan Kenji sedang membuat persiapan untuk pidato dan mencari maklumat daripada suratkhabar. Kenji tertarik dengan gambar Sunny yang tertera dalam suratkhabar. Kenji menjadi marah dan mengoyakkan artikel tersebut. Karlos berjaya memujuk Kenji untuk menceritakan perkara sebenar. Ibu Kenji, Cuwie ialah seorang pelacur dan Sunny ialah bapa ayamnya. Sunny telah memisahkan Kenji dari Cuwie sejak kecil. Kenji ingin mencari Sunny untuk bertanyakan tentang ibunya. Jadi, Kenji dan Karlos meloloskan diri dari pusat tahanan. Di stesen petrol, mereka menjadikan Ella sebagai tebusan dan mengarahkannya memandu kereta ke Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, warden telah sedar akan kehilangan mereka dan pihak polis mengeluarkan waran tangkap untuk menjejaki Kenji dan Karlos. Berjayakah Kenji menemui ibunya? Apakah yang bakal berlaku?

Pelakon: Johan Asa’ri, Syazwan Zulkifly, Tiz Zaqyah, Zizan Razak, Sherlie Merlis, Namron, Rusdi Ramli

Pengarah: Feroz Kader

Sinopsis : Din Parang dan Man Todak sering bersaing sejak dari zaman muda. Din mempunyai seorang anak lelaki bernama Boboy manakala Man mempunyai seorang anak perempuan bernama Suraya. Suatu hari, Boboy terdengar perbualan antara ayahnya dengan Farouq di mana orang bawahan Man Todak telah menceroboh ke kawasan perniagaan mereka. Justeru, Boboy bercadang untuk bertindak sendiri untuk membalas dendam. Boboy menyelinap masuk ke rumah Man Todak dan Suraya bertindak pantas cuba melawan Boboy. Boboy tidak bernasib baik apabila Man Todak pulang ke rumah bersama penduduk kampung dan ternampak Boboy ‘berdua-duaan’ dengan Suraya. Demi menjaga maruah keluarga, Boboy dipaksa menikahi Suraya. Apakah yang akan berlaku nanti?

Pelakon: Akim, Yana Samsudin, Usop Wilcha, Susan Menon, Mak Engku, Hafizuddin, Shafik Kyle, Hafiz. 

Pengarah: Ahmad Idham

Credit : Anugerah Syawal TV3

Banyak lagi program menarik sepanjang raya. Cerita komedi pun banyak. Semua macam best-best. Nak tahu best ke tidak kena tengok dulu la. Boleh baca sinopsis program-program menarik sepanjang Syawal 2013 di Program Terbaik Raya TV3.

 

TV9 juga tidak melepaskan peluang menyajikan pelbagai program menarik kepada penonton setia mereka. Beraya di depan tv jela jawabnya kauorangf semua. wakaka. Boleh terjah program-program raya sepanjang Syawal di tv9 di Program Terbaik Raya TV9.

 

Tapi kebanyakan program yang menarik, filem yang pecag panggung dan telefilem yang best dengan pelakon yang mantap itu semua dia tayang waktu malam. Biasa korang beraya takkan sampai malam kan. Boleh layan la program-program menarik itu semua sambil berehat depan tv setelah penat seharian beraya. haaa..

2 Comments

  1. Sori aiollss takde tv3.bye!

    ReplyDelete
  2. sempat tgk yer setia hujung nyawa jer..yg len hampeh...tak pandang tv pon..huhuhu

    ReplyDelete