Cerita Kehilangan Wallet & Blackberry di Bulan Ramadan

 

Salam.

 

Nak cerita satu kisah menyayat hati di bulan Ramadan tahun ini. Bukan nak minta simpati awak semua, cuma pengajaran untuk diri sendiri dan awak diluar sana. Baca sampai habis tau. Penat aku tulis panjang-panjang ini wakaka. =p

 

Cerita ini berlaku pada 21 Julai 2013. Dah lama tapi baru sekarang aku nak cerita. Aku teman Amal pergi jual laptop di Lowyat. Laptop PRESARIO CQ45 dengan harga tak sampai RM500. Amal jual pun sebab nak bayar yuran. Bila dah settle urusan jual beli laptop, merayap kejap dalam Berjaya Times Square then cari kedai makan untuk berbuka. Thanks Amal belanja makan pizza.

 

pizza sedap

Memang meriah gila juadah berbuka kami hari itu. Amal la nak sangat makan pizza. Siap aku pegi tanya uncle teksi kat luar lagi dimana ada pizza hut restaurant area situ sebab dalam Times Square memang takde. Last-last makan pizza kat dalam Berjaya Times Square tu je. Bukan Pizza Hut Restaurant. Aku pun tak ingat dah nama apa Restoren Pizza tu.

 

Then, kitorang bergerak ke Golden Screen Cinema. Nak tengok cerita Pacific Rim orang kata best sangat kan. Bolehlah tahan. Robot buatan manusia berlawan dengan raksasa. Dah macam cerita ultraman pun ada. Hehehe. Tiket wayang midnight, lepak dulu Old Town White Coffee sebelah wayang tu. Bukan main duk gelak-gelak dalam kedai. Mujur tuan kedai tak halau balik. =p

 

hafiz hafizol

 

Dah habis mengadap Pacific Rim yang sangat mendebarkan macam nak luruh jantung tengok perlawanan antara robot dengan raksasa yang keluar dari bawah laut tu, kitorang pun bergerak ke Bukit Bintang. Nak balik memang tak boleh. Public transport ke kitorang mampu bai. Ha, tengok lagi midnight movie. =p

 

Pusing-pusing Bukit Bintang dengan Pavilion. Terjumpa la 2 3 orang artis duk lepak kat sana. Artis suam-suam kuku je. Tak famous pun. haha. Dah bosan pusing Bukit Bintang, bergerak pulak ke Pasar Seni, Petaling Street tanpa arah tujuan. Lastly, lepak kat Mcdonals area Petaling Street sebelah Mydin tu. Mcdonals yang telah menguji kesabaran aku dibulan Ramadan tahun ini. Geram.

 

Makan bubur bekas kecil untuk juadah sahur di Mcdonals. Kenyang. Ramai gila kot orang dalam Mcd. Orang tidur ramai. Orang makan tak ramai sangat. Memang pesen diorang kot tido dalam Mcd. Lepas habis makan bubur bekas kecil, aku pun tertidur berlapik lengan. Mengantuk gila. Amal duduk sebelah. Main handphone.

 

Dalam pukul 6.00 a.m camtu, Amal kejutkan aku. Cepat-cepat kitorang blah dari Mcd. Bergerak ke KTM Kuala Lumpur sebelah Pasar Seni tu. Sampai kaunter KTM, aku seluk beg aku. Cari wallet nak bayar tiket KTM. Wallet takde. Handphone takde. Aku dah cuak gila. Tak pernah sehayat aku wallet hilang.

 

Cepat-cepat pergi Mcd balik. Tengok dekat meja aku tertidur tadi memang kosong dah. Tenangkan diri, ingat balik mana aku letak wallet dengan handphone. Allahu, aku terletak dalam tray Mcd. Gila sekejap aku. Sekejap jela. Terus jumpa manager Mcd tanya ada tak pekerja dia ternampak/simpan wallet dengan handphone aku. TAKDE !

 

Aku syak wallet dengan handphone aku dah kena curi. Mintak izin dengan manager Mcd nak tengok cctv sebab tempat aku duduk tu memang ada cctv. Kena buat report polis dulu baru boleh tengok cctv.

 

Relaks kasi cool sikit badan then terus pergi Balai Polis area situ buat report. Dah buat report pergi balik Mcd tunjuk report dekat manager Mcd. Kena tunggu Store Manager Mcd pulak masuk kerja sebab dia yang incharge cctv nie. Aku tengok sendiri cctv. Memang tak nampak apa pun. Cuma nampak kaki aku dengan kaki orang yang keluar masuk Mcd. Suspek utama ialah customer yang keluar Mcd masa si Amal pergi toilet. Nak suspect pekerja Mcd memang tak logic sebab dalam cctv memang takde.

 

Balik rumah hampa gila. Wallet + blackberry curve yang selalu aku guna buat tweet, whasapp,we-chat dah hilang. Dah ah baru 2 hari lepas aku renew bis. Paling aku terkesan gila wallet aku sekali dengan duit dalam RM100, kad pengenalan, kad maybank, rhb, bsn, bank islam semua kena buat baru. Student card, kad diskaun siswa yang aku pakai naik tren semua lesap. Memang tak la orang yang curi tu nak pos balik aku punya wallet kan. sob sob.

 

Sampai rumah terus tertidur sampai petang. Penatnya Allah hanya tuhan yang tahu. Bangun tidur terus pergi dapur berbuka. Esoknya pergi Jabatan Pendaftaran Negara nak buat i/c baru. Kena RM40. Asalnya RM110. Aku mintak kurang. Dia bagi diskaun dengan alasan aku student kan. Sebenarnya kalau ada police report tak perlu bayar apa-apa pun. Disebabkan aku tertinggal report aku dekat manager Mcd tak pasal-pasal burn RM40. Lesen buat baru bayar RM40. ATM Card baru buat Bank Islam sebab bank tu je ada duit. Bank lain ada habuk je.

 

Then, duit balik kampung semua dah melayang. Kena bekerja keras cari duit nak balik kampung. Alhamdulillah, semasa entri ini di publish, aku dah ada kat kampung. Selamat sampai. InsyaAllah, Allah sebaik Perancang. Ada hikmah di sebalik yang berlaku.

 

berjaya times square

Gambar terakhir aku snap menggunakan blackberry aku yang hilang. sob.

 

P/s : Malaysia sudah tidak selamat lagi! –.-

15 Komen untuk "Cerita Kehilangan Wallet & Blackberry di Bulan Ramadan"

pergh.. dugaan di bulan ramadhan bro.. kena banyak bersabar...

alahai, kesiannya dia.. sape lah mencuri tu kan.. sabar2 :)

siannya...pengajarannya kena jaga brg berharga kan...lain kali hati2 nohh....penah gak letak hp bagai sume dlm tray huhu cuaknya

amal pun tidur ke ? dua dua tidur x sedar pape ? hmm . ada tu hikmahnye . mana tahu ganti dengan blackberry z10 . haa kerlasss gituu

pergh...dugaan beb!
tapi nanti ada lah ganti yang lebih baik :) insya'allah

kesiannye :( lepas ni kena lebih bhati2 >.<
takut gak kalau jd bende2 cmni. btw salam syawal..

Allahurabbi.Besor dugaan...

jadikan pengajaran yer..walau kat mane pun kamu berada,hati2 K. Ade hikmah disebalik kejadian..Semoga esok lebih baik utk kamu..

buat pengjaran yer apiz...dugaan nk raya kan..sabar yer..pasti ada imahnya..rezeki akan ada bt apiz ye.r..don nuff utk bli BB baru ea :))

hati2 k lepas ni .. semoga dimurahkan rezeki lg

ps: Terbang melayang dari blog & mendarat di sini ('',) Salam Ziarah, & jemput ke blog ya : Blogger Sekalian, Tolong Zam Sound Budak Blogger Baru Ni Boleh Tak?

nak bb z10 satu Bolat spons ?! hehe... InsyaAllah.. :")

InsyaAllah.. hehe.. Thannks =p

Back To Top