Kad Raya dan Sampin Raya dari Blogger

 

Salam.

 

Raya tahun ini memang tak sempat nak pos kad raya dekat kawan-kawan macam raya tahun lepas. Konon busy. Padahal tak ada bajet. wakakaka. =p

 

Balik kampung check sampul surat yang tersusun atas kabinet dapur. Terpandang sampul surat kecik molek tertulis nama Hafiz Hafizol. Cepat-cepat buka. Rupanya kad raya dari seorang blogger. Blogger yang pernah aku jumpa sekali pada tahun lepas. Tak sangka dia still ingat dekat aku. Terharu kejap. Kad raya pertama dari seorang blogger pada tahun ini. Korang mesti nak cakap korang dapat lagi banyak kan? wakaka. =p

kad raya 2013

Masuk bilik ada kotak pos laju tertera nama aku atas katil ( Beb sejak lama tak menaip ini ayat aku pakai dah macam baku semacam ) .Terus buka laju-laju sampai tak ingat langsung nak ambil gambar sebagai bukti. Yela nanti tiada gambar korang tak percaya kan? hihihi. Excited gila kot nak tahu apa isi kotak pos laju itu. Mana tahu duit 12k ke .

DSC01773

Rupanya kain sampin. Lawa. Warna hijau gelap + jalur silver. Tengok dalam gambar macam hitam + jalur silver. Tapi hijau gelap + jalur silver. Thanks awak yang kasi kita sampin ini. Dia kata hadiah birthday aku bulan lepas. Alhamdulillah. Hadiah birthday pertama adalah dari orang yang baru pertama kali aku jumpa juga pada tahun lepas sekali dengan blogger yang kasi kad raya atas tu. Semoga murah rezeki awak ye. Hihi.

 

Hari itu jugak aku beli baju melayu baru. Ingat nak pakai baju tahun lepas je tapi mak suruh beli baju melayu baru sepasang. Mak kata ada sampin baru. Kena beli baju melayu baru. Mak kata gitu. Thanks mak sponsor baju melayu kita. Malu kita. Besar-besar mak sponsor lagi. Sepatutnya kita yang sponsor baju raya ke mak. sob. InsyaAllah tahun hadapan kita sponsor baju raya mak pulak ! Doakan kita dimurahkan rezeki mak. * konon mak baca blog kita. Comel kan kita haha*

 

Semoga ukhwah yang dibina kekal sampai bila-bila. InsyaAllah, one fine day kita pasti akan berjumpa lagi. InsyaAllah. Terima kasih kawan. :)

3 Komen untuk "Kad Raya dan Sampin Raya dari Blogger"

lawa sampin tu..bleh jugak dipakai masa duk depan tok kadi nanti..heheh

Hakhak..terharu kalo bagi mak baca neh.

Salam aidilfitri. Untonglah ada peminat.

Back To Top