Salam.
Lamanya tak update blog. Laptop tertinggal di kampung. Tak kuasa la nak pergi cybercafe semata-mata nak update blog. Ini pun ihsan laptop Presario CQ45 orang. hihi.
Harini nak cerita pasal Pesta Flora di Putrajaya yang berlangsung pada 22 hingga 30 Jun 2013 di Precint 2. Aku pergi sana 23 Jun, 7 Julai baru aku nak update pasal nie. At least ada entri baru untuk anda semua pembaca setia blog aku. wakaka perasan ada pembaca setia. =p
Tema Floria tahun ini ialah bunga orkid. So,korang pun dah boleh bayangkan akan keindahan kecantikan keunikan bunga orkid itu. Terus teringat dekat iklan si ayah mengajar anak dia sebut nama bunga orkid, “bunga, bunga, orkid lah ! hiks. !
By the way, nak bagitahu masa kitorang pergi sana, indeks pencemaran udara (ipu) dekat sana boleh tahan juga tinggi. Boleh tengok dekat gambar pintu gerbang jerebu habis. Tapi ramai je orang datang.
Bila nampak je bunga orkid warna purple terus nak bergambar dengan bunga orkid purple. Sebab warna tema aku haritu dari baju sampai seluar semua purple. Mujur sandal je tak warna purple.lol.
Aku Sayang Putrajaya. Putrajaya merupakan sumber rezeki aku. Putrajaya tempat pahit manis aku. Putrajaya macam dah jadi tempat tinggal ke-dua aku lepas kolej. kakaka. Terima kasih untuk Puan Rosnita dan family. Halalkan semuanya ye. Ada rezeki, saya belanja awak sekeluarga Dominos =p * semoga saja dia baca entri ini *.
Aku tengok korang yang pergi Floria memang wajib pulak bergambar dekat frame besar ini. So, aku pun nak bergambar jugak lah. Nie tengahari tau. Panas gila. Dengan keadaan berjerebu lagi. Lepas bergambar sini, terus cari tempat yang ada kipas.
Kitorang tak bawak tripod. Nasib ada bangku tinggi kat situ. Letak kamera atas bangku. Timing 10 saat. Inilah hasilnya. Setelah berbelas kali jugak try and error. Gambar aku statik je. Syerah dengan Mekna la kejap tudung senget, kejap kaki senget, kejap mulut senget. =p
Picture taken by Syerah. Besarnya Mekna. Bila la nak slim macam aku. Semoga bila Mekna tengok gambar nie menjadi inspirasi kepada beliau untuk diet dengan lebih konsistem dan boleh menjadi slim macam aku. kakakakaka. kejamnya. Mekna baca nie terus masuk bilik, kunci bilik, nangis sok sek sok sek sorang-sorang.
Nak rasa suasana kampung pun boleh datang ke Floria pada tahun hadapan ye. InsyaAllah ada lagi. Boleh bakar lemang, kacau dodol, masak ketupat sekali. Jangan korang bungkus bawak balik pulak. Bila masuk tempat ini, memang terasa suasana kampung sebab dia pasang musik ada bunyi ayam, burung, macam suasana kampung tu.
Nak bergambar dengan burung kakak tua pun boleh di Floria. RM15/photo. Kalau takda duit ambik jela gambar dari jauh camnie. Jangan berangan nak usap-usap kepala burung kakak tua la ye.
Gambar-gambar bawah ini gambar indoor di Floria. Ada macam-macam hiasan dan replika yang digubah menggunakan bunga. Kreatif betul manusia-manusia sekarang ini.
Dalam pukul 2 petang camtu kitorang blah dari Floria. Tak sempat nak pergi dekat orang jual pokok. Kalau pergi bukan beli pun. Nanti suatu hari aku dah ada rumah sendiri aku beli pokok mempelam ye. Sekarang rumah kat kampung sana. Nak bawak balik pokok cemana. lol
Dah dua tahun berturut-turut pergi Floria. Tapi Floria tahun ini lagi seronok rasanya. hiks. Boleh baca entri Floria tahun lepas kat sini. Jerebu jela yang spoil sikit. Semoga Floria tahun depan tema bunga rafflesia pula. Dah lama nak tengok cemana rupa bunga rafflesia kakaka.
23 Komen untuk "Gambar Menarik & Cantik di Floria 2013 Dalam Keadaan Jerebu"
onie yang dekat ni pun tak kesampaian lagi,bhahahahaha
best giler dan gambar2 lawa... aku memang tak sempat nak pergi. bizi ngan final, then abes final terus balik...
gigih kn walaupon jerebu..tp berbaloi ah..semua cantek2..
Siang lg cantik bergambar kan. sy pegi ari tu malam . erkk kelam :p
nway, done follow :)
huiyoooo best ah pegi
Dan dan je saya mengklik nuffnang.haha.
nice pics.. ;)
salam ramadhan almubarak..
sama-sama ...domino jgn lupe... :)
Salam, wahh best giler...mmg duk area putrajaya ke? aku xpenah pergi lah floria ni, jauh..wuwu..
smpi ke seluar ungu nya tu haa~haha
btw, Selamat Berpuasa :D
hehe haritu nak pergi tapi jerebu plak hehe so dok kolej je la hehehe alasan :)
Hari tu mcm nak pergi...tp jerebu plak so dok umah je la hehe :)
fuhhh gila cantik gambar mcm kat rumah rasanya...heaven!! olala tropika~~
ni mekna bace ni terguris terhiris hati...hahahaha :p tp cantikla gmbar...clear..ni edit tak edit ni ek? ^^
haritu ada jugak pergi sini. hihi
Tahun-tahun depan kesampaian lah tu Onie.. Hehehehe =p
Thanks.. gambar edit mmg lawa.. kakakakah !
Malam pun best. Ada bunga api dengan bot berhias kan? heeee.. Thanks... :)
Hahahaha... Tenkiu awak... :") saya pun selalu klik iklan nuffnang awak wakakaka =p
Salam Ramadan Bunda :")
InsyaAllah kalau ada rezeki.. hiks. :")
Tak duk area Putrajaya. Belajar area situ hahahah !
Selamat berpuasa :")
Mestilah edit tapi bukan pakai 360 lah ! hihihik