Semalam iaitu 7 Julai 2012 aku telah diberi kesempatan oleh Allah SWT melihat keindahan bunga-bungaan di Pesta Flora Putrajaya. Sangat islamik sekali ya pendahuluan entri. kikiki
Tapi betullah gua cakap sama lu memang sangat cantik dan indah terasa seperti di alam kayangan pulak bila pusing-pusing sekitar Pesta Flora tersebut. lol. Over la kau macam alam kayangan tu kau dah pergi je kan. Umpamanya aku seperti berada di luar negara bila pusing-pusing sekitar Pesta Flora tersebut. Ayat nie baru nampak tak macam over sangat. kikiki
Kepada mereka yang tak berkesempatan ke Pesta Flora tersebut silalah jumpa lagi pesta seperti ini pada tahun hadapan. Kalau kerajaan nak buat lagi la kan. Serious aku cakap tak rugi pun datang pesta nie. Masuk percuma. Nak bergambar dengan bunga dalam tu pun percuma. Nak bergambar dekat replika dan landskap pun percuma. Cuma pokok percuma takde pulak dijual dalam nie.
Pintu gerbang Pesta Flora Putrajaya yang sangat pink. Aku agak bunga tema tahun ini bunga kertas kot. Tu la yang dekat pintu gerbang ada bunga kertas tu.
Percuma je nak bergambar dengan replika cengkerik nie. Eh cengkerik kan? Ke korang panggil ape? Kagum sekejap aku tengok natam nie. Unik betul la orang yang reka natam nie.
Antara pokok bunga yang dijual di Pesta Flora. Selain pokok orkid nie, ada jugak pokok kaktus 3 pasu kecik RM10.00 sahaja. Korang boleh pilih nak kaktus mana. Semua comel-comel. Ada jugak pokok buah-buahan yang dijual macam pokok mempelam, rambutan, limau dan seumpamanya. Mujur takde pokok anggur dengan pokok epal je. Kalau ada nak juga aku tanam depan bilik. lol.
Mula-mula aku ingat pokok orkid nie orkid plastik tau. Setelah aku perhati betul-betul barulah terbukti keoriginalannya. Kau nampak disitu betapa orkid yang dijual sangat bermutu dan sedap mata memandang.
Nie sejenis bunga jugak ke apih apijo? @$#@% betol la kalau ada orang tanya soalan camnie kat aku. Hoi ni spesies binatang comel yang dinamakan arnab atau rabbit. Comel gila yang warna putih tu. Korang yang kalau nak masuk dalam kandang arnab nie kena bayar RM3.00 . Kalau nak beli makanan arnab bayar lagi RM1.00. Lepas bayar, korang nak main dengan arnab sampai malam pun takpe.
Pusing-pusing terjumpalah pelukis yang sangat aku kagumi bakat semulajadinya ini. Walaupun akak ni seorang yang kurang upaya, namun hasil lukisan dia yang dilukis menggunakan kaki itu boleh mengalahkan hasil lukisan aku atau anda sendiri yang melukis menggunakan tangan. Ohsem gila. Lama aku ralek duk perhati akak nie melukis. Cantik sangat lukisan dia.
Ni ruangan indoor Pesta Flora haritu. Indoor la sangat yer. Dalam nie memang ramai pengunjung. Masing-masing galas DSLR gedabak. Siap beratur lagi tu nak masuk. Macam-macam dekorasi bunga yang korang boleh lihat macam dekorasi penari kat atas tu haaa. Dekorasi lain lagi amazing dan menarik. Battery kamera dah nak habis nie dek terlalu taksub dengan arnab comel kan so tak dapat nak ambil gambar dekorasi lain. Penuh satu kamera gambar arnab je. Kahkah.
Gambar oleh : Lutfi Syafiq
10 Komen untuk "Gambar Menarik Sekitar Pesta Flora Putrajaya 2012 (Floria Putrajaya 2012)"
gua tak pegi lagi, dah berapa blog update pasal ni, jeles ni.haha.
syokkkkk nya dpt p.
time nk p selalu je ade bnda.
tensi
sudah nya tgk gmbr org yg p je la
wahh.. bestnye dapat pg.. kali ni haz x dpt pergi sbb tgh exam.. ='(
wah lawo gambor? hahaha... kalau pakai dslr lg lawo nim. :P
hari ni banyak masuk blog yg citer pasal ni..napak best jer tp jauh nak pergi hihi
dya xsempat nk pergi.tpi rugi lh xdpt g sana..huhu
kalau dekat boleh juga melangkahkan kaki tengok bunga-bungaan nih hehe
laa nak bergambO ngan arnab
meh ler dtg uma ahkak
siap2 bole men2 guling2 lagi
dgn arnab trsbut huhu ;)
untungla dapat g sane....okbai!
Pembetulan: anak pokok anggur ada di jual. Serius.
Sekian. tq