Superswing & Spacewalk di i-City Shah Alam

 

Salam.

 

Sebenarnya dari semester satu lagi aku dah ada kenangan di i-city Shah Alam nie. Hampir setiap semester aku datang ke i-city Shah Alam. Dari i-city Shah Alam hambar gila, hanya pokok-pokok lampu kiri kanan. Sekarang i-city telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, keseronokan, keasyikan dan pembaziran duit. kakaka. Anda yang nak berkunjung ke i-city sila jangan datang dengan poket kosong ye. =p

 

Baru-baru ini sekali lagi aku berkesempatan ke i-city Shah Alam yang cantik itu. Omey angak tobak pun lol. Mungkin lepas ini dah tak datang ke i-city. Maklumlah aku pun dah habis belajar. Memang tak kuasa la datang Shah Alam semata-mata nak pergi i-city. Mungkin lepas ini akan ke i-city dengan anak-anak pula. hiks.

 

Pergi i-city naik motor dengan Syerah. Berpusing juga nak cari parking. Rupanya parking kat atas. Kau naik jalan berbukit tu ha. Bayar parking RM3 sekali masuk.

Niat di hati nak masuk Trick Art Museum. Tiket RM10 sekali masuk. Bila usha Trick Art Museum macam kecik je tak berpadanan dengan harga kitorang pun cancel nak masuk sana. Bukan berkira tapi save budget hahak.

 

Then kitorang bergerak ke Superswing. Sekali naik RM10. Aku sebelum ini dah naik pun superswing nie. Takda la best sangat. Panas. Nampak muka Syerah macam teruja nak naik Superswing, aku pun ajak la dia naik. Excited dia. Firstime katanya. Naik je Superswing terus bergambar dalam tu. Mula naik sampai nak turun tak henti-henti snap gambar. Kitorang siap berdiri lagi dalam cable car dia tu. Habis bergoyang-goyang. Cable car ae orang panggil ? haha. Snap gambar banyak-banyak last-last delete jugak pun sebab gambar tak cantik. Biasalah pakai handset murah Syerah je. =p

 

988604_638910839470268_116245932_n (1)

 

Aku ajak Syerah naik Spacewalk. RM10 jugak. Natang bukan main lagi kan harga masing-masing tau. Padahal naiknya bukan seronok sangat pun. Diam ah kau Apijol complain je lebih takda duit datang bergambar dengan pokok lampu jela kat i-city ni kakaka kutuk diri sendiri. Sebenarnya seronok juga naik ini. Bila Spacewalk merentasi pokok-pokok lampu tu rasa macam duduk atas kayangan lol. Tak sempat nak bergambar pun. Handphone Syerah kamera dia cap ayam. Bila pasang flash, mata jadi macam mata rimau. Bila tutup flash, satu apa pun tak nampak. Lain kali Syerah kalau nak datang i-city bawak DSLR kau.

 

988604_638910852803600_2089255179_n

 

270432_638910849470267_1932184623_n

 

Penat naik Superswing dengan Spacewalk yang seronok angak itu, kitorang pekena coolblog dulu. Jangan ingat di i-city tiada coolblog. Lepak kejap situ tengok gelagat manusia. Masing-masing duk busy snap gambar depan pokok lampu yang macam-macam design tu. Ada kereta kuda, eiffel tower, swam, burung merak, dan banyak lagi la. Ada ke pembaca blog aku yang tak pernah pergi i-city? Ada ? Pasnie pergi la ok. Bawak kamera taw kalau nak pergi. Jangan jadi macam saya dengan Syerah pakai handphone murah je snap gambar.

 

 

Lepas cuci mata dan slot mengumpat orang sekeliling sikit, kitorang bergambar kejap dengan pokok bunga matahari yang comel gila itu. Pokok bunga matahari ini baru ada. Sebelum ini takde pun. Snap gambar dalam berpuluh-puluh keping yang ok hanya beberapa keping je. Thumbs up la handphone Syerah!

 

1017662_638913602803325_1482621980_nfeeling di Beijing

 

Tekan iklan nuffnang saya jap awak =p

17 komen

Best dapat jejalan cam gini.

saya yg x pernah sampai ke iCity lagi, sedih kot :P

salam.
awak,tumpang lalu.
kte nak promote sikit.
kte ade jual aura white RM130 je.
free postage + shaker + 5 free gift.
kalau nak, contact kte ae.
Diba 012 7009100 :)

icity dah makin banyak benda dah dari last time aku gi dulu..

hehe..pernah pergi sekali je....mmg mahal harga utk permainan2 kat situ heheheh

gua penah sampei icty tau! tp masa tu ada karnival kerjaya je pon ahakkkk

wahhh.
Lepas ni lepas berfamily boleh usung semua ke sana lagi.

omey la tu hafiz oiii......i-city kan...hahaha..tp mmg makan duit la kat i-city rtu...stiap bnda kena byar,...mmm

:) hai.. blog walking... jemput singgah n follow blog kami... tq..

Salam kenal dari bunda

Masa p aritue tak naik pun benda alah ni.

best naik spacewalk..tp dulu g kne byr 20hengget,,skrg i-city makin syok,,ade muzium patung lilin,,nk g tp bz yg amat pulak..hihi..anwy..rajin2 follow la blog ! tq..

Nanti bila kerja x ada masa dah. =p

Nanti datang la. Bawak duit banyak2. Bawak kamera besar2 yer :')

G cuci mata je bro ? hehe

alahai tak pernah sampai lagi I-city :(


EmoticonEmoticon