RIBUT SONAMU DIJANGKA MELANDA PANTAI TIMUR 7-9 JAN 2013

 

Tadi dekat Twitter ramai orang cakap Ribut Sonamu dijangka melanda negeri Pantai Timur especially Terengganu. Ada orang cakap siap amaran tsunami lagi dikeluarkan. Jangan gelabah dulu sebelum mempunyai sumber yang sahih. Semoga penduduk Pantai Timur selamat. InsyaAllah. #prayforTerengganu.

 

 

Tropical Storm Sonamu Sudah Makin Dekat Dengan Terengganu

 

Gambarajah di atas dari pusat penyelidikan cuaca menunjukkan kedudukan Sonamu yang sudah semakin dekat dengan Terengganu. Pada waktu ia mula-mula kelihatan, Sonamu dijangkakan akan bergerak terus menuju ke pantai timur Malaysia, tetapi keesokkanya kedudukan tersebut dijangka berubah ke Thailand.

 

Di dalam peta di atas dapat kita melihat laluan Ribut Sonamu betul betul tepat ke arah Marang dan Dungun, kemudiannya di jangka melencong ke selatan.

 

Mulai semalam pusat ramalan cuaca meramalkan Ribut Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Ribut Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air kita, Ribut Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .

 

Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan hujan lebat peringkat kuning akan bermula esok bermula dari pukul 7.10 ptg sehingga ke hari rabu. Ribut Tropika Sonamu telah menyebabkan satu kematian dan 500 kehilangan tempat duduk di Filipina.

 

Marilah kita membuat sembahyang hajat memohon di elakkan bala bencana daripada berlaku .

 

Ikuti jejak Sonamu di sini dan Facebook Jabatan Metereologi Malaysia

 

17 Komen untuk "RIBUT SONAMU DIJANGKA MELANDA PANTAI TIMUR 7-9 JAN 2013"

semoga semuanya selamat. :)
especially pantai timur.

Masya-Allah..harap-2 xmelanda negare kite :( Aminnn

insyaallah semuanya akn selamat. amin.

woooo..

orang tepian pantai trutamnya, sila ambil langkah berjaga2..

doa banyak2,harap semua selamat..

insyaAllah . Doakan yg terbaik utk mereka :)

InsyaAllah.. Sama-sama doakan baik-baik.. Aminn :)

Rumah aku dlm 4-5 km jugak dr pantai. insyaAllah x de apa . sama-sama doakan. :)

rumah den 100mtr je dr pantai.. huhuhu

Ada rakan-rakan saya yang terlibat sebagai agensi bantuan diletakkan didalam keadaan berjaga-jaga. Apa pun diharapkan penduduk Pantai Timur panik dengan ada laporan yang tidak benar dapatkan dari sumber yang sah dan tepat.

moga semuanya selamat..

minta doa ramai ramai memohon perlindungan allah s.w.t

seram pulak tgk gambar last tu . urm semoga semuanya diberi perlindungan oleh Allah s.w.t ..

Back To Top