Assalamualaikum w.b.t
Baru-baru ini aku telah ditugaskan untuk menjaga checkpoint untuk program Interculture Explorace. Program yang sangat menyeronokkan bersama pelajar Antarabangsa.
Mujur ada kertas instruction nie. At least aku just tunjuk je kat peserta apa yang patut mereka lakukan. Bab english education nie aku lemah sikit. Aku speaking dengan diorang bukan main lagi grammar tunggang langgang. Last-last diorang pun tak faham. Muahaha.
Aku ditugaskan untuk menjaga checkpoint 4. Korang nampak kan apa tugasan yang diberikan?
Peserta dikehendaki memakan buah epal yang aku gantung sesedap rasa nie sampai habis. Dengan tangan di belakang. Tak boleh main tangan. By the way, aku lupa nak basuh buah epal tersebut. Harap-harap takde yang sakit perut la haritu yer. Hehe.
Pelajar Antarabangsa juga turut diperkenalkan dengan permainan tradisional kita iaitu congkak. Excaited diorang dapat main congkak. Gambar diatas pelajar dari Indonesia.
Kegigihan pelajar Antarabangsa bermain congkak. Jenuh jugak aku duk explain kat diorang cara nak main congkak nie. Last-last pandai jugak main. Orang sibuk berkemas nak balik pun diorang still tak habis lagi main congkak.
Lin bersama pelajar-pelajar Indonesia yang sporting. Boleh diorang cakap muka Lin macam orang negara diorang. Haha.
Tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada para peserta. Korang memang pelajar Antarabangsa yang best sebab telah berjaya menyertai program interculture explorace ini.
0 Komen untuk "Interculture Explorace"