Motif sangat U torrent. Filem nie baru keluar panggung kita harini ( 29 Disembet 2011) tapi dalam laptop aku dah 2 3 hari ada kot. Baru semalam aku tengok cite nie dalam laptop. Kelas kau jah. Haha
Filem ini mengisahkan seorang eksekutif pengiklanan, Jack lakonan Adam Sandler yang mempunyai isteri cantik dan sepasang anak. Kehidupan mereka sentiasa ceria dan normal seperti keluarga lain. Kunjungan Jill ( kembar Jack) kerumah Jack mengubah kehidupan keluarga ini.
Walaupun mereka adik beradik kembar, Jack sangat membenci sikap Jill yang buruk kau tahu gila buruk sikap Jill nie. Tak tahulah mewarisi sifat siapa kan? Haha
Jack berusaha menolong Jill dalam mencari jodoh melalui laman sosial namun tidak berjaya disebabkan perangai Jill yang buruk dan dia jugak tak la berapa nak cantik sangat pun. So, camne la ada orang nak tersangkut dengan dia kan.
Dating pertama yang dirancang oleh Jack namun tidak berjaya
Jill dan peminat fanatik dia yang sangat suka gila kat dia tapi dia plak yang tak suka kat mamat tua kerepot nie
Jill kenal dengan mamat nie pun secara kebetulan apabila Jack ajak dia tengok perlawanan bola keranjang. Konon mamat nie jatuh cinta pandang pertama selepas melihat ‘kecantikan’ Jill. cantik ke? Kau tengok, rupa paras tak penting pun kalau nak jatuh cinta kat orang kan.
Si mamat nie sanggup datang umah Jack sebab nak jumpa dengan Jill. Pastu masuk bilik Jill n then baring-baring atas katil Jill. Memang angau gila mamat nie.
Banyak babak lawak dalam cite nie. Antaranya :-
- Lawak bila si Jill nie kalau bercakap suara tu tak reti nak cover. Gila kuat dia cakap siap dalam panggung pun dia cakap macam orang dalam telefon tu berada 10 batu dari dia. Gila betol. Apa Jack tak hangin kan. Last-last Jack sound dia terus pastu pandai plak dia majuk.
- Masa dia sign in laman sosial tu pun lawak. Boleh dia letak gambar yang ugly gila konon tu la gambar dia yang paling hot dan lawa. Pastu dia nangis-nangis sebab orang duk kutuk-kutuk gambar dia. Haha.
- Paling lawak masa dia pergi hari keluarga dan main sukaneka kat sana tu. Babak nie memang tak boleh blah langsung. Golek-golek aku suka bila dia jatuh atas padang nak sepak bola. Pastu nenek tua tu asyik jadi mangsa dia je. Siap dia terpukul makcik tu dengan kayu besbol lagi. Hakhakhak.
- Yang masa dia masuk program reality show tu pun lawak. Konon dia nak pusing roda impian ke apa ntah nama dia. Last-last dia sendiri yang terjelepok sebab terkena roda tu. Bangang gile kau Jill.
- Babak Si Jack menyamar jadi Jill pun lawak gak. Dia menyamar pun sebab dia nak jumpa si mamat yang kemaruk ngan Jill tu. Sayang jugak Si Jack kat kembar dia kan.
Jill and Jack. Chomel gila Jill kan kan? Auw auw gigi awak mengancam la Jill
Kembar seiras yang AWESOME. wek..
Dah kau kenapa budak? Suka sangat salotape binatang dekat badan. Boleh plak dia salotape udang kara belakang dia tu. Aku agak ni hobi budak nie kot. Boleh dia salotape burung si Jill dan ayam panggang dekat badan dia. Bangang jugak budak nie.
Adakah akan timbul perdamaian antara mereka berdua??
Adakah Jill akan menemui jodohnya atau jodohnya dengan mamat kerepot tersebut??
Sila terjah filem nie kat pawagam berdekatan anda. Selamat menonton.
Boleh tak taknak kasi bintang kat filem nie? Haha.
6 Komen untuk "JACK and JILL | Kebencian JACK pada JILL Adakah Berkesudahan??"
tak tgk pon lgi citer nih..sono comment..haahaa
nak tengok !
best ker weyh??? aku xder kesempatan nak tengok...
aaww comel giler jill tu. ;P
nak ajak tgk wayang
err.. x penah dngar cite nih.. kalau dr jekyll n mr hyde tu memey gelemer ann? kiukiu kiu~