Assalamualaikum w.b.t

Hebat kan hebat kan hebat kan??? Nak jea aku p mana-mana panggung terdekat nak tengok sendiri apekah hebat sangat filem KL Gangter 2 sampai kutipan mencecah RM1.5j sehari tayangan.

Kutipan ini sekaligus mengalahkan kutipan filem Kongsi iaitu RM1j pada hari pertama tayangan.

Tak memecah rekod ape lagi kan sehingga mengalahkan tayangan pembukaan filem tempatan lain seperti Kongsi, Ngangkung , Hikayat Merong Mahawangsa mahupun Khurafat.

KL Gangster juga dikatakan mampu bersaing dengan filem Hollywood yang besar ketika ini seperti X-Men dan Pirates of The Caribbean. Walaupun filem nie mendapat kontroversi dan tamparan yang hebat daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah ( PEKIDA ), namun orang ramai masih kental memberi sokongan terhadap filem ini kan.

Ramai sekali peminat berpusu pusu ke panggung untuk membeli tiket KL Gangster namun keluar baris dengan wajah hampa sebabnya tiket habis yer bukan sebab lain.  Tahniah buat Syamsul Yusof dan seluruh warga kerja Skop Productions.

SINOPSIS KL Gangster

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.

sumber: Harian Metro

8 Comments

  1. tahniah untuk penerbit, pelakon dan semua krew produksi

    ReplyDelete
  2. best ke?ak nk tengok jgk ase tp xde mmbe nk..haha

    ReplyDelete
  3. cte ni mmg superbbb best ;p

    ReplyDelete
  4. ala, ta sempat lagy nak tengok busy je ni :( huhu

    ReplyDelete
  5. 1 kemungkinan...sbb cite nora elena..menjadi salah 1 faktor ramai orang nk tgok seth tah berlakon menjadi penjahat..hahahhahaha...

    ReplyDelete
  6. tahniah!! filem melayu semakin mendapat tempat dihati penonton :)

    ReplyDelete
  7. HH dh tgk ke? tak tgk lg :(

    ReplyDelete
  8. baest sangat ke cerita ni? ke sebab aaron aziz je.. hehe

    ReplyDelete