7 Hotel & Penginapan Best di Cherating, Pahang

Perkongsian kali ini mengenai hotel & penginapan best di Cherating, Pahang. Kalau korang merancang percutian di Cherating, ingin menikmati percutian dengan keindahan pantai dan lautan, bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai rujukan penginapan korang di Cherating. 


7 Hotel & Penginapan Best Cherating, Pahang


hotel dan penginapan best di cherating pahang

Kalau korang berminat untuk menempah hotel dan penginapan Best Cherating yang disenaraikan dibawah, korang just tekan sahaja link agoda atau booking.com yang aku share okay (link biru disetiap hotel). Harga yang dipaparkan ialah harga pada awal bulan Ogos 2023 tau. Harga mungkin berbeza-beza mengikut tarikh juga. 

1. Holiday Villa Beach Resort & Spa 


hotel dan penginapan best di cherating pahang

Kalau bercuti ke Cherating, resort cantik ditepi pantai ini bolehlah dijadikan penginapan korang ya. Resort ini bertaraf 4 bintang dan mempunyai banyak tarikan yang menarik seperti kolam renang yang besar, kafe, restoran, pusat kecergasan, spa, sauna etc. Pemandangan pantai dan lautan sekitarnya juga begitu indah. 

Harga yang ditawarkan serendah RM244 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan tau. 

Tempah di agoda sekarang

Tempah di booking.com sekarang


2. Royale Chulan Cherating Chalet 


hotel dan penginapan best di cherating pahang



Chalet mewah yang terletak di Cherating ini terletak di lokasi yang strategik berhadapan pantai Cherating sahaja. Chalet ini mempunyai pantai peribadi yang cantik. Antara tarikan lain termasuklah restoran, spa, dan urutan. 


Harga yang ditawarkan pula serendah RM208 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu mereka. 




3. Residence Inn 


hotel dan penginapan best di cherating pahang


Penginapan seterusnya iaitu Residence Inn Cherating juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Penginapan ini juga berdekatan dengan pantai dan mempunyai balkoni disetiap bilik. Kolam renang juga turut disediakan. Begitu juga spa dan gym. 


Harga yang ditawarkan serendah RM199 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan buat pelanggan mereka. 



4. Royale Chulan Cherating Villa


hotel dan penginapan best di cherating pahang



Vila mewah yang bertaraf 5 bintang ini mengadap pemandangan laut yang sangat cantik. Kolam renang yang disediakan juga cukup besar. Disetiap bilik dilengkapi dengan balkoni malah ada beberapa bilik yang turut dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Vila mewah ini menjanjikan pemandangan yang indah serta pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik seperti spa, urutan, restoran, dan banyak lagi. 


Harga yang ditawarkan serendah RM837 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. sarapan pagi malah dinner juga turut disediakan buat para tetamu. 




5. The Kasturi 


hotel dan penginapan best di cherating pahang


Penginapan ini menjanjikan pemandangan pantai dan lautan yang sangat cantik untuk korang. Biliknya yang kemas dan mewah pastinya memberikan pengalaman bermakna buat percutian korang. Antara tarikan lain termasuklah restoran, spa, gym dan swimming pool. 


Harga yang ditawarkan serendah RM649 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu mereka. 

Tempah di agoda sekarang


6. LaVilla by Holiday Villa Cherating


hotel dan penginapan best di cherating pahang


Penginapan seterusnya ialah LaVilla by Holiday Villa Cherating yang sangat cantik dikelilingi pemandangan pepohon kelapa pantai yang rumput yang menghijau. Penginapan ini juga berdekatan dengan pantai. Pelbagai tarikan disediakan termasuklah spa, suana, urutan, steamroom, malah turut menyediakan private pool juga. 


Harga yang ditawarkan serendah RM558 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan. 


Tempah di agoda sekarang


7. eRYA by Suria Cherating


hotel dan penginapan best di cherating pahang


Penginapan ini juga terletak di tepi pantai dengan pemandangan yang cantik. Terdapat swimming pool sederhana besarnya dan dikelilingi kehijauan pokok pokok besar. Harga bilik yang ditawarkan juga lebih murah berbanding penginapan-penginapan yang disenaraikan di atas. 


Harga yang ditawarkan serendah RM153 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu mereka. 




Semoga perkongsian mengenai hotel dan penginapan best sekitar Cherating, Pahang ini sedikit sebanyak dapat memudahkan percutian korang serta dapat memberi sedikit gambaran mengenai hotel hotel best yang terdapat di Cherating. 


Selamat bercuti guys!
0 Komen untuk "7 Hotel & Penginapan Best di Cherating, Pahang"

Back To Top