14 Hotel & Penginapan Best di Port Dickson

Harini nak share dengan korang mengenai hotel dan penginapan best di Port Dickson. Firstime aku ke Port Dickson masa zaman belajar sekitar 2013 macam tu. Masa tu pergi naik KTM je dari Bangi. Dari KTM berdekatan Port Dickson, kitorang naik bas pulak ke Teluk Kemang. Gigih betul masa tu haha. 


Kalau ke Port Dickson, tak pernah lagi check-in di sana. Selalu pergi daytrip je. Cuma pernah sewa khemah sekali. Kitorang camping di Pantai Purnama. Memang seronok betul camping dekat sana. Aktiviti pagi & petang mandi laut je. Malamnya kitorang bbq sambil ditemani bunyi-bunyian ombak memukul pantai haha. Jiwang pulak ayat -.-


Hotel & Penginapan Best di Port Dickson


hotel menarik best di port dickson



Kalau ke Port Dickson, sepanjang jalan mesti ada hotel & penginapan. Dari penginapan bajet sehinggalah ke penginapan mewah bertaraf 5 bintang. Tak kurang juga ramai yang bercamping. Maklumlah Port Dickson kan port pantai paling best yang berdekatan dengan Kuala Lumpur & Selangor. Confirmlah selalu menjadi tumpuan terutamaya hujung minggu dan musim cuti sekolah. 




Kalau korang merancang untuk check-in hotel dan menginap di Port Dickson, apa kata korang cuba hotel & penginapan best di Port Dickson yang aku senaraikan dibawah. 

1. Avillion Port Dickson (⭐⭐⭐⭐)


hotel best port dickson


Hotel yang mengadap Selat Melaka. Korang yang gemarkan pemandangan pantai & laut, silalah merasai pengalaman bermalam di sini. Ada bilik yang mempunyai pemandangan taman & pemandangan laut. Mempunyai kolam renang yang cukup besar untuk anak-anak bermandi manda dengan selesa. 


hotel best port dickson



Harga yang ditawarkan adalah serendah RM294 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan disediakan untuk para pengunjung.

Tempah di agoda.com sekarang

Tempah di booking.com sekarang


2. Lexis Port Dickson (⭐⭐⭐⭐)


hotel best port dickson


Hotel mewah yang mengadap Selat Melaka. Kolam renangnya juga cukup luas & dikelilingi landskap taman menghijau. Terdapat juga bilik yang berada di atas laut untuk korang yang gemarkan pemandangan laut & pantai. Terdapat kemudahan gimnasium & bilik karaoke. 


hotel best port dickson


Harga yang ditawarkan bermula RM335 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan juga turut disediakan.

Tempah di agoda.com sekarang

Tempah di booking.com sekarang


3. Thistle Port Dickson (⭐⭐⭐⭐⭐)


hotel best port dickson


Hotel mewah 5 bintang yang menghadap Selat Melaka ini merupakan hotel mewah yang dikelilingi landskap taman menghijau. Hotel ini mempunyai kolam renang yang cukup besar & selesa. 


hotel best port dickson


Buka je tingkap bilik, terus nampak laut. Best kan?! 
Harga yang ditawarkan serendah RM228 sahaja bergantung kepada tarikh korang membuat tempahan. Sarapan disediakan.

Tempah di agoda.com sekarang

Tempah di booking.com sekarang


4. Tasik Villa International Resort (⭐⭐⭐⭐)


hotel best port dickson


Hotel bertaraf 4 bintang ini merupakan penginapan yang dikelilingi taman peribadi & kolam renang luaran. Terdapat juga private pool ya. Pemandangan bilik pula merupakan pemandangan taman & pemandangan tasik buatan. Kalau suka pemandangan laut, jangan menginap di sini ya. =P


hotel best port dickson


Harga yang ditawarkan bermula RM 251 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan disediakan.

Tempah di booking.com sekarang


5. Avillion Admiral Cove  (⭐⭐⭐)


hotel best port dickson


Penginapan pesisir Pantai Port Dickson yang menenangkan dan sejuk mata memandang. Pemandangan marina (pangkalan khas tempat kapal layar dan bot) yang membuatkan korang terpesona. Juga terdapat swimming pool yang menghadap laut. 


hotel best port dickson

 
Harga yang ditawarkan bermula RM209 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan disediakan. 

Tempah di agoda.com sekarang


Tempah di booking.com sekarang


6. Corus Paradise Resort  (⭐⭐⭐⭐)


hotel best port dickson


Penginapan dengan bangunan yang gah menghadap laut. Jarak hotel dari pantai juga sangat dekat. Korang yang gemarkan pemandangan pantai & lautan, boleh try menginap di Corus Paradise Resort. Swimming pool juga menghadap laut. 


hotel best port dickson


Selak langsir bilik terus nampak laut. Bestnya! 
Harga yang ditawarkan serendah sekitar RM114 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan juga disediakan. 

Tempah di agoda.com sekarang


Tempah di booking.com sekarang


7. Akar Beach Resort 


hotel best port dickson


Resort cantik ini terletak di Teluk Kemang, Port Dickson. Terdapat bilik yang mempunyai balkoni untuk korang menikmati pemandangan laut sambil menghirup kopi >.< Ada dua pemandangan dari bilik iaitu pemandangan laut & pemandangan kolam renang. 


hotel best port dickson

 
Jarak resort dari pantai juga sangat dekat. Bolehlah korang menghirup udara pantai & menikmati angin pantai diwaktu petang. =P

Harga yang ditawarkan serendah RM184 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan disediakan. 

Tempah di agoda.com sekarang

Tempah di booking.com sekarang


8. AlexaPD Private Water Chalet 


hotel best port dickson


Chalet ini berkonsepkan atas laut tapi versi lebih jimat berbanding Lexis Port Dickson. Sekiranya korang ingin merasai pengalaman penginapan bilik diatas laut, bolehlah cuba check-in di AlexaPD. Chalet ini merupakan private chalet tau. 


senarai hotel best port dickson


Sesuai sangat untuk korang yang inginkan penginapan menghadap pemandangan laut yang privacy. Hanya bertemankan laut. =D

Harga yang ditawarkan serendah RM275 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang.

Tempah di agoda.com sekarang

Tempah di booking.com sekarang


9. The Grand Beach Resort  (⭐⭐⭐)


senarai hotel best port dickson



Penginapan yang pasti menyeronokkan di pesisiran pantai Port Dickson. Bilik yang mempunyai pemandangan laut, kolam renang dan taman yang menghijau. Juga terdapat balkoni agar korang dapat menghirup udara segar tepi pantai yang mengasyikkan. -.- 



penginapan hotel best port dickson


Harga yang ditawarkan serendah RM123 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan. WOW! 

Tempah di agoda.com sekarang


Tempah di booking.com sekarang


10. Ancasa Residences (⭐⭐⭐⭐)



penginapan hotel best port dickson


Korang yang ingin menginap di suite atau apartment, boleh cuba membuat tempahan di Ancasa Residences. Setiap bilik mempunyai balkoni peribadi, ruang tamu & dapur kecil. Kolam renang juga cukup besar untuk menampung pengunjung yang ramai terutamanya pada musim cuti sekolah & hari minggu. 


penginapan hotel best port dickson


Terdapat juga karaoke di Restoran BabaReeba & hidangan steamboat di Restoran Steamboat Express. Pemandangan sekitarnya ialah pemandangan taman yang menghijau. 

Harga yang ditawarkan bermula RM152 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Breakfast juga disediakan. 

Tempah di agoda.com sekarang


Tempah di booking.com sekarang


11. Wonderland Private Chalet 


penginapan hotel best port dickson


Chalet ini berkonsepkan atas laut sama seperti AlexaPD Private Water Chalet dan terletak di Taman Tanjung, Port Dickson. Chalet ini sangat sesuai untuk mereka yang dah berkeluarga & membawa anak-anak kerana biliknya agak luas seperti sebuah apartment. 


Mempunyai balkoni & patio untuk korang beristirehat serta menikmati pemandangan laut. 


penginapan hotel best port dickson



Harga yang ditawarkan serendah RM196 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. 

Tempah di agoda.com sekarang


Tempah di booking.com sekarang



12. Villea Port Dickson (⭐⭐⭐⭐)



penginapan hotel resort best port dickson


Terletak berhampiran Blue Lagoon Beach yang merupakan tarikan popular di Port Dickson. Penginapan ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga kerana turut menyediakan apartment yang luas dan selesa. Swimming pool juga ada disediakan. 


penginapan hotel resort best port dickson


Jarak dari penginapan ke kawasan pantai hanya sekitar 50 meter sahaja. Harga yang ditawarkan serendah RM253 sahaja dan turut menyediakan sarapan.

Tempah di agoda.com sekarang


Booking: Villea Port Dickson



12. Grand Lexis Port Dickson (⭐⭐⭐⭐⭐)



penginapan hotel resort best port dickson


Sekiranya korang tidak kisah tentang bajet, boleh membuat tempahan di Grand Lexis Port Dickson. Penginapan bertaraf 5 bintang ini mempunyai kolam renang peribadi. Boleh mandi manda 24 jam okay! Penginapan juga dikelilingi landskap cantik dengan pokok menghijau. 


Terdapat bilik yang menghadap laut & pemandangan taman. Kolam renang terbuka juga sangat besar. Confirm puas hati. 


penginapan hotel resort best port dickson


Harga yang ditawarkan serendah RM708 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Breakfast yang enak & mewah juga ada disediakan buat para pengunjung. 

Tempah di agoda.com sekarang


Tempah di booking.com sekarang


13. Lexis Hibiscus (⭐⭐⭐⭐⭐)

penginapan hotel resort best port dickson


Sekiranya korang langsung tak kisah mengenai bajet & mempunyai bajet yang tebal betul, silalah menginap di Lexis Hibiscus. Penginapan yang mempunyai bentuk seperti bunga raya dan merentasi laut ini sangat mewah dengan kolam renang peribadi di dalam bilik yang mengadap laut. 


penginapan hotel resort best port dickson


Pastinya menjanjikan penginapan mewah yang indah untuk korang. 
Harga yang ditawarkan dari RM857 sahaja bergantung kepada tarikh korang menginap. Breakfast pula of course lah disediakan! 

Tempah di agoda.com sekarang


Tempah di booking.com sekarang


Kalau diberi peluang, diantara hotel dan penginapan best Port Dickson diatas, aku nak sangat menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson tu. Dapat menginap 1 malam pun jadilah haha. Mewah gila Lexis Hibiscus tu. Siap ada kolam mandi peribadi disetiap bilik. 


Tapi aku nak bilik yang kolam peribadi betul-betul mengadap laut. Kau buka je pintu bilik, terus nampak laut. Kau mandi kolam sambil tengok matahari terbenam. Fuh! T_T
1 Komen untuk "14 Hotel & Penginapan Best di Port Dickson"
Tanpa Nama
delete

Nice post thank you Fred

Back To Top