15 Hotel & Resort Best Sekitar Melaka

Harini nak berkongsi dengan korang mengenai 15 hotel & resort best di Melaka. Dalam senarai 15 hotel & resort dibawah, aku teringin menginap di resort no 12. Walaupun dah pernah menginap sekali, but tak puas rasanya sebab satu malam je. Dapat menginap 5 malam baru puas gamaknya HAHA. 



Baca Juga : 10 Hotel Murah Melaka


Link untuk booking di agoda & booking.com aku dah share tau di setiap hotel yang aku mention. Korang just klik je link agoda atau booking.com dekat hotel yang aku mention tu untuk membuat tempahan okay. 


1. The Shore Hotel & Residences (★★★★)


hotel best di melaka


Hotel mewah bertaraf 4 bintang ini terletak di Pusat Bandar Melaka. Kalau korang ke pusat bandar, confirm perasan kewujudan hotel besar nie kan. Lagi-lagi kalau waktu malam memang nampak sangat cantik hotel ini dengan lampu-lampu yang berwarna warni. 


hotel best di melaka

Bilik yang disediakan dari studio suite sehingalah ke pangsapuri yang boleh memuatkan kira-kira 8 orang penghuni termasuk kanak-kanak. Kolam renang juga turut disediakan buat para pelanggan. Hotel ini juga berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Melaka seperti Kampung Morten (sekitar 160m), Chinatown (sekitar 890m) dan Jonker Walk (sekitar 900m). 


Harga yang ditawarkan bermula RM135 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. 


Tempah di booking.com sekarang

Tempah di agoda.com sekarang


2. Hatten Hotel (★★★★★)


hotel best di melaka



Hotel yang gah berlokasi di Pusat Bandar Melaka ini bertaraf 5 bintang. Lokasinya digemari para pelancong kerana berdekatan dengan tempat tarikan yang menarik di Melaka seperti Jonker Walk, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan dan banyak lagi. 



Golden Screen Cinemas (GSC) sebelah hotel je. Boleh la tengok midnight movies Skan? \0/



hotel best di melaka



Hotel ini juga menyediakan pusat spa dan kecantikan, pusat kecergasan dan kolam renang yang besar. Harga yang ditawarkan bermula RM242 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan. 





3. Swiss-Garden Hotel (★★★★)


hotel best di melaka


Hotel yang menghadap Sungai Melaka ini terkenal dengan 2 kolam renang infiniti yang bersaiz cukup besar malah boleh dikatakan bersaiz Olimpik. Hotel ini boleh akses terus ke pusat membeli belah The Shore dan Kompleks Shore Oceanarium. 



Hotel berketinggian 32 tingkat ini juga menawarkan Sky Garden iaitu bar di rooftop hotel untuk tetamu menikmati pemandangan sekitar bandar Melaka. 



hotel best di melaka



Harga yang ditawarkan serendah RM167 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan. 





4. Imperial Heritage Hotel (★★★★)


hotel best di melaka



Hotel 4 bintang yang berwarna serba putih ini terletak di Bandar Hilir, Melaka. Hotel ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga & bercuti bersama anak-anak kerana ada menyediakan bilik family suite dengan harga yang berpatutan. 



Hotel ini boleh dikatakan agak murah berdasarkan review dari para tetamu yang sudah menginap di sini. 



hotel best di melaka


Harga yang ditawarkan serendah RM131 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi turut disediakan. 





5. The Pines  (★★★★)


hotel best melaka


Hotel ini menawarkan bilik yang selesa dan besar sehingga executive suite (family) yang boleh memuatkan kira-kira 5 orang termasuk kanak-kanak. Kolam renang & gimnasium juga turut disediakan buat para tetamu. The Pines terletak kira-kira 2.5km dari Jonker Walk Melaka. 


hotel best melaka



Harga yang ditawarkan bermula RM177 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu.






6. Bayview Hotel (★★★★)


hotel best di melaka



Hotel bertaraf 4 bintang ini menyediakan pelbagai bilik yang besar & selesa untuk para pelanggan. Bilik yang paling besar iaitu deluxe family suite boleh memuatkan kira-kira 5 orang termasuk kanak-kanak. Terdapat juga swimming pool bersaiz sederhana yang disediakan untuk tetamu mereka.



Hotel ini hanya sejauh 200m sahaja dari Kampung Morten.


hotel best di melaka



Harga yang ditawarkan agak murah iaitu serendah RM109 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 







7. Rosa Malacca (★★★★)


hotel best di melaka



Dekorasi hotel ini sangat cantik & modern style. Bilik Family suite boleh memuatkan kira-kira 8 orang termasuk kanak-kanak. Memang sangat sesuai buat keluarga besar yang datang bercuti ke Melaka. Terletak kira-kira 670m dari Dataran Pahlawan Melaka Megamall. 



hotel best di melaka



Harga yang ditawarkan dari RM226 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan juga ada disediakan buat para tetamu. 


8. The Sterling Boutique Hotel (★★★★)


hotel best di melaka



Hotel kolonial stail yang serba putih ini terletak kira-kira 850m sahaja dari Jonker Walk dan sekitar 1km dari Dataran Pahlawan. Hotel ini juga turut menyediakan bilik luas executive family yang boleh menampung kira-kira 7 orang. 


hotel best di melaka



Harga yang ditawarkan serendah RM135 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 





9. LaCrista Hotel (★★★★)


hotel best di melaka



Hotel mewah bertaraf 4 bintang ini terletak di Pusat Bandar Melaka. Pusat kecergasan, spa, kolam renang juga turut disediakan di hotel ini. Harga yang ditawarkan bermula RM255 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. 



hotel best di melaka



Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggannya. 





Hotel Best Ayer Keroh Melaka


Jom kita tengok hotel hotel best sekitar Ayer Keroh, Melaka pula. Tak kurang hebat ya hotel hotel di Ayer Keroh nie. 😍😎

10. Mudzaffar Hotel (★★★★★)


hotel best di melaka



Kalau korang nak menginap di Ayer Keroh, boleh try Mudzaffar Hotel. Sesetengah orang tak suka menginap di tengah bandar Melaka yang padat kan? Antara tempat menarik yang terdapat berhampiran Mudzaffar Hotel ialah Planetarium Melaka (450m), Melaka Wonderland (2.6km) dan MITC (550m). 



Terdapat kolam renang terbuka buat para pelanggan hotel.



hotel best di melaka


Harga yang ditawarkan bermula RM195 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan. 😋





11. Bayou Lagoon Park Resort (★★★★)


hotel best di melaka


Menariknya disini, terdapat kolam renang terbuka & taman air. Percutian bersama anak-anak pasti amat menyeronokkan. Boleh mandi kolam & bermain di taman air sampai puas. Bilik yang disediakan dari studio apartment, family deluxe, sehingga penthouse yang boleh memuatkan sehingga 9 orang penghuni. 


Memang sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar. 


hotel best di melaka


Harga yang ditawarkan serendah RM93 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapn juga turut disediakan buat para pelanggan. 





12. Philea Resort & Spa (★★★★★)


hotel best di melaka



Aku pernah menginap di Philea Resort Melaka pada awal tahun 2020. Seriously memang lawa sangat Philea Resort. Bilik yang selesa & luas. Kolam renang dia pun besar. Pemandangan sekitar pun cantik dengan konsep resort kabin kayu. 


Resort pula dikelilingi taman & pokok menghijau. Kalau nak menginap di sini, make sure poket agak tebal lah ye. Tak sesuai untuk korang yang inginkan penginapan jimat.  



hotel best di melaka


Harga yang ditawarkan serendah RM381 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan juga turut disediakan buat para tetamu. 




13. Amverton Heritage Resort (★★★★)


hotel best di melaka



Selain Bayou Resort, di Amverton Resort juga turut menyediakan kolam renang dan taman air untuk keseronokan para pelanggan terutamanya kanak-kanak. Harga yang ditawarkan serendah RM164 sahaja pergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi turut disediakan buat para pelanggannya.  



hotel best di melaka








14. MITC Hotel (★★★★)


hotel best di melaka



Walaupun hotel ini bertaraf 4 bintang, tapi bilik-bilik yang disediakan agak murah. Terdapat bilik dengan harga serendah RM137 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Kolam ronang bersaiz sederhana juga turut disediakan untuk para pelanggan. 



hotel best di melaka



Sarapan pagi juga turut disediakan. 




15. Hotel Seri Malaysia (★★★)


hotel best di melaka


Kebanyakan bilik di hotel ini ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang kurang tapi ingin merasai pengalaman menginap di hotel bertaraf 3 bintang yang turut dilengkapi dengan kolam renang yang sederhana besar. 


hotel best di melaka



Harga yang ditawarkan serendah RM120 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka. 





Semoga korang mendapat sedikit info mengenai hotel & resort di Melaka untuk percutian & urusan rasmi korang di Melaka. Harga yang tertera di atas merupakan harga pada bulan Januari. Harga hotel sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa. 


So kalau korang nak membuat tempahan dengan harga yang murah, maybe boleh tempah awal-awal & tempah pada weekdays harga lebih murah tau berbanding weekend. 
0 Komen untuk "15 Hotel & Resort Best Sekitar Melaka "

Back To Top