Masa birthday akak aku haritu, aku ada belikan dia set makeup murah dekat Shopee. Mulanya konon taknak mengaku aku yang belikan untuk dia. Tapi risau pulak dia sedekah dekat orang ke, sekali dia campak dalam tong sampah ke naya je haha. End up kena mengaku juga.
Set Mekap Murah Untuk Akak
Aku beli set mekap yang nie lah untuk akak aku. Jenuh search dekat Shopee set mekap yang sesuai. Mostly tak banyak seller yang jual set macam nie. Banyak yang jual satu-satu. Cari punya cari terjumpa dengan produk nie haa. Baca review dari pelanggan pun macam okay. Terus buat payment. -.- Korang nak tahu harganya berapa?
Harganya RM65 sahaja belum termasuk postage. Korang rasa murah ke tak? Bagi aku murah la kan sebab dapat 7 items (lipstick, concealer, foundation, eye shadow+blusher pallete, highliter, blusher, loose powder). Kalau korang tahu yang lagi murah and bagus bagitau lah. Boleh aku beli untuk birthday dia next year pulak hehe. Produk-produk mekap nie aku tak tahu sangat.
Tapi sekarang set mekap yang aku beli tu dah unlisted. Apa maksudnya tu? Seller dah tak restock ke? But set mekap lain masih ada macam set mekap bawah nie.
Ini set mekap 11pcs (pvc waterproof bag, 4 colors contouring powder, precise brow difiner eyebrow pencil, mascara, waterproof liquid eyeliner, loose powder, traveler's eye & cheek pallete, liquid matte lip lacquer, full coverage concealer (2pcs), love highlighter powder). Korang jangan duk tanya aku tau apa fungsi, cara penggunaan, aku tak tahu! HAHA. Harganya sedikit tinggi dari set mekap 7pcs tadi iaitu RM76.56 sahaja tidak termasuk postage.
RM65.00 - 7pcs & RM76.56 - 11pcs . Perbezaan harga dalam RM11.56 je pun. Lagi berbaloi lah kalau beli yang RM76.56 11pcs kan. Kalau korang nak beli yang 7pcs tu memang produk dah unlisted pun. So beli jela yang 11pcs tu kan. Kalau nak beli, korang boleh tekan link nie (set makeup murah). Mana tahu nak beli untuk buah hati ke, untuk isteri ke, untuk diri sendiri pun boleh kan 🤣
0 Komen untuk "Set Mekap Murah Untuk Birthday Akak"