Haritu mak bagitau periuk kecil yang dia biasa buat masak singgang dah berlubang. Tengah-tengah dia masak tiba-tiba kuah singgang berjejeran keluar dari periuk. Mak tak terus campak tau periuk tu kedalam tong sampah haha. Kalau aku memang dah campak keluar rumah terus. Mak pergi rumah akak yang sekangkang kera je dari rumah mak. Mak mintak tolong abang ipar tampal yang berlubang tu. -.-
Set Periuk Murah buat Mak
Aku sebagai anak nie kesian la pulak dekat orang tua tu tau. Terus aku masuk Shopee, search set periuk murah. Keluar la pelbagai jenis periuk dari yang murah, sehinggalah yang mahal. Jenis mak aku nie tak gemar sangat periuk mahal-mahal yang canggih tu. Dia suka periuk jenis stainless steel yang berkilat tu. Kau tahu kan macam mana?
Yang jenis macam nie je. Tapi ini pun dah dikira cantik sangat nie sebab ada telinga and penutup kaca lagi. Kebanyakan periuk rumah aku jenis bulat, takde telinga, penutup pun stainless steel tu. Aku saja lah nak memudahkan mak aku. Kang senang dia nak angkat periuk pegang dekat telinga periuk je kan. Yang berpenutup cermin pulak senang la nak intai-intai lauk apa dimasak itu. Bijak kan aku?HAHA
So inilah harga periuk itu. RM75.50 sahaja termasuk postage. Bagi aku okay la kan dengan harga nie dapat 5 biji periuk pelbagai saiz. Aku dah survey gak seller lain yang jual periuk yang sama. Seller ni paling bagus and ngam la dari segi harga & feedback dari pelanggan.
0 Komen untuk "Set Periuk Murah Untuk Mak"